Huhuhu.. ailaikk jugak la tetiba blog aku ni tempat terbincangnya pasal politik. hehehe.. Tapi rasanya, dah 4 hari selepas pilihanraya, segala realiti sudah boleh diterima oleh semua orang. Bahawasanya, BN walaupun dapat kuasai parlimen, tapi tak sampai 2/3 pun. Dan 5 negeri dapat dipegang oleh barisan alternatif. Okey.. itu fakta basi..
Boo selalu dok gelakkan aku kalau aku cakap pasal politik. Dia kata aku emo. Aku mengaku aku emo, tapi tak ngaku aku fanatik. Bley? Macam tak seswai aje kan..? Hasilnya, dia hanya akan gelak2 poyo kalau aku bukak mulut pasal politik, dan kalau tak pun, dia pekup je mulut aku, soh aku diam. haha.. Padan muko den. Cuma satu ayat boo yg aku suka dengo.. "you memang manyampah betul dengan si tut-tut-tut tu kan?"
Ye la kan.. apa benda prominent yg dia pernah buat selain daripada mencetuskan rusuhan? Hero sangat kah pacik itu? Tapi itu kata aku yg tak pernah tidur sebantal dgn dia. huahaha... sedangkan tido sebantal pun kita still tatau isi hati punya dalam seworang manusia...
Bottom line is, aku nak tekankan lagi, tak kira la sapa pun korg undi, samada barisan depan, belakang atau barisan senget, kita semua rakyat malaysia yg layak menerima segala jenis kebaikan yg dibawa oleh kerajaan, dan kita juga sudah semestinya dapat tempias kalau ada perkara tak best yg dibawa oleh kerajaan.
Takde la maksudnya org yg tak pangkah barisan alternatif tu still kena bayar tol, yg pangkah diorg je yg boleh lalu free.. kan? Apa? diorg nak check ke?
Camni:
budak jaga tol: Akak ni pegi ngundi tak?
org lalu kat tol: Pegi.
budak jaga tol: akak ngundi sapa?
org lalu kat tol: saya undi BN.
budak jaga tol: oh.. pengundi BN kena surcharge 50 sen.
org lalu kat tol: Apsal plak?!!
budak jaga tol: sbb itu management decision. kalau tak akak takleh lalu... Kalau akak tak puas hati sila jumpa boss saya.
hahahha.. ada ke macamtu? gila kapang la pulok kan. ini dah jadi macam kronisme terbangang dalam negara. huhuhu..
Apa2pun, takkan la terjadi macamtu kan? ehehe..
Macam kat penang, segala saman dah termansuh. dan semuanya dapat kelebihan tu. alhamdulillah.. Dan begitu juga dasar ekonomi baru juga bakal dihapuskan di penang. Baguslah.. dapat org penang merasa perubahan. Pastu penang akan gunakan duit petronas utk biaya pembinaan jambatan ke2. Untung depa semua. Jimat duit org penang.
Anyway, ai rasa mmg sebenarnya tak senang nak menguruskan satu negara majmuk macam malaysia ni. Kita pun tidak awal2 lagi telah terhidup dalam satu bangsa, tak macam Indonesia. org indonesia tak kira apa bangsa pun, nama masing2 tetap melambangkan bangsa indonesia. dan diorg cakap bahasa indonesia langsung takde pelat. Malaysia? veride majmuk. Even org melayu KL, jawa johor, gewe kelate, cakap dah lain. Cina dan india? huhu... lagi la tak sama, kan?
So... sesungguhnya rakyat dah bagi harapan besar kat barisan alternatif untuk walk the talk. dan bukannya talk talk until when when...
Dan sesungguhnya, Tuhan itu maha adil dan maha kaya. Diserahkannya negeri perak dengan majoriti kecil barisan alternatif yang sekarang memberikan kita peluang utk tgk kerjasama yang tidak berbelah bagi yang boleh mereka tunjukkan. Ala2 small test utk run a country gitu. Takmo la kerajaan belum pun menjadi, masing2 dah cakap sana, cakap sini... last2, rakyat negeri lain geleng kepala aje. eheh. Tapi nasib baik la kesultanan Perak mmg jenis yg pandai2.. huhuhu.
anyway, rasanya, lepas ni aku kena stop2 la tulis pasal politik kot. Nnt boo sure gelak2kan aku lagi. ahaha.. Dan kepada korg2 yg menyampah sbb aku tulis pasal politik macam org tah pape. Mmg aku tah pape. Sbb tu la aku takleh join politik. huhu... Anyway, marilah kita semua berdoa supaya dgn berlakuknya pergetaran di arena politik negara, kita sebagai rakyat akan mendapat yang terbaik. Tak kiralah siapa pun yang jadi kerajaan. Aaaamin...
p/s: Susah2 lari je. Biar jadi pendatang kat tmpat lain.. drpd jadi pendatang kat tpt sendiri. huhuhu...