Pada suatu malam tu hujan lebat turun dgn petir sabung menyabung. Dengan tak semena2 satu petir yg maha dahsyat telah berjaya menumbangkan sebatang pokok. Hasilnya, pokok itu tumbang dan menutup separuh daripada jalan untuk masuk ke rumah aku.
Jadi, keadaan trafik menjadi sedikit terganggu disebabkan jalan menjadi sempit. Tapi sbb kat jalan tu mmg tak banyak kenderaan pun, dan kebetulan ada lagi jalan alternatif yang lain, maka... takde la pihak berkuasa pun nak amik kisah utk alihkan pokok itu. Begitu juga org2 sekeliling yang rasa macam.. tak perlu la dialihkan pokok tu. Sbb dirasakan pokok tu pun selama ni dah banyak berjasa memberikan tempat berteduh dan jugak oksigen kepada manusia. Furthermore, pokok kan lama2 boleh mati sendiri, dan tanpa perlu dialihkan, ia akan dimakan bumi jugak akhirnya... kan?
Tapi.. setelah berbulan-bulan pokok itu di situ, tiba2 satu lori yang parking ngam2 dekat tepi jalan, dan sedikit menghalang separuh lagi jalan yang terselamat dari tumbangan pokok tadi. Ingatkan lori ni parking sekejap je.. tapi dah 3 hari, masih tak bergerak2. Kenderaan yang lalu sedikit stress, dah mula sumpah2 dan marah2 sang pokok tumbang dan juga sang lori yg parking.
Persoalannya, apa yang seharusnya aku lakukan utk memperbaiki keadaan?
Aku boleh...
Cari owner lori suruh alihkan lori tu sbb dia mengganggu kelancaran trafik yg takde la lancar sangat pun.
Ataupun, aku boleh...
Alihkan pokok tu dan benarkan jalan menjadi lancar seperti biasa
Kalau aku takde kederat sgt nak buat bebenda tu. Aku boleh guna konsep cabut lari...
Guna je jalan alternatif dan lari dari segala kesesakan yang disebabkan oleh punca yg tah pape tah itu.
Tapi kan.. adakah penyelesaian masalah itu harus ditanggung oleh aku? Dan bukan masyarakat di sekeliling aku yang turut sama menggunakan jalan itu?
Dan.. susah sangat ke owner lori tu nak simply alihkan je lori tu dan jangan parking kat tepi jalan tu?
Lagi satu, aku rasa... kalau lah aku jadi pokok yg menghalang di jalan, sudah tentu sebaik sahaja selepas jatuh, aku sendiri akan bangun dan keluar dari menghalang jalan itu. Nak buat apa terbaring kat situ. Hiasan? Nak suruh orang notice kwujudan kau wahai sang pokok? dan seterusnya menghasilkan lebih banyak gangguan?
Ataupun sang pokok sebenarnya sakit hati dgn petir yg memanahnya sehingga dia tertumbang? So, dia nak tunjuk dgn petir..
"Look petir, kau ingat kau aje boleh musnah kan aku? Aku pun boleh bawak kemusnahan tau!"
Pokok juga boleh salahkan lori kerana diletakkan di situ.
"Hey lori.. sebelum kau datang, semuanya okey je kat sini. Org takde nak marah2 aku halang jalan!"
Namun pokok pangkalnya, kalau pokok itu tak menghalang jalan, semua masalah takkan timbul.
Kadang2 kita tak sedar perbuatan yg kita lakukan sebenarnya membawa kesan yang besar kepada kehidupan orang lain. Kita pikir benda tu macam kecik je, tetapi, almaklumlah, kalau hidup dah bermasyarakat ni, mmg satu decision akan jadi perkara berantai yang akan memberikan domino effect.
So.. Adakah aku harus jadi pokok, atau lori, atau jadi diri sendiri?
yahuu... another entry terbelit yg aku sendiri pun macam tak paham, but i definitely know what i'm writing... yeak yeay!