January 2, 2008

Selamat bukak kotak baru. Ada diari baru ke? huhu

Wahaha... selamat menyambut tahun baru 2008. Happeeee new year everibadi!! Macamana korg sambut new year utk ini tahun?

Aku seperti biasa menyambut new year di dalam rumah sahaja bersama2 dgn sangkuriang buahatiku yg banyak bunyi seperti cengkerik. (erk.. motif cengkerik? takde motif...) krikk krikk.. Sebagaimana yg ramai pun telah sedia maklum, aku mmg lowrat tak suka la bersesak2 dgn ramai2 org, dan bergesel2an semata2 utk menonton bungapi. Kalau tetiba kemaruk sgt, aku beli je bungapi cap kucing tu. Main kat umah dgn si kucing. huhuuu... Meriah jugak.
Kalau diikutkan sepatutnya malam new year tu boo mintak tolong teman ke opis, dan pastu anto dia balik ke umah dia. Tapi sbb dia tak sihat sgt, lepas anto adik dia ke uni, aku dah hantar dia sampai ke depan pintu umah dia. Tapi umah dia plak takde org, apa lagi, aku hangkut je la dia balik ke umah aku, dlm keadaan senyum terkuar tanduk. mbwahahaha... Yahuu! Saya minum pawarut!

Anyway, setakat dok kat umah, harus la langsung tak nampak memana bungapi, hatta dari tingkap sekalipun kan. So, apa kerja kami. Tido saje la. Sbb esoknya pepagi dia mmg kena jugak2 ke opis. Cadangan nak ke opis jam 7 pagi, terpaksa ditunda ke jam 10 pagi atas alasan2 yg taknak dielakkan. So, aku plak mengambil masa manisku meneman dia kat opis dr kol 10 pagi saaaaaampai la kol 6 petang. Jadi.. new year aku, aku habiskan masa jadi tikus bawah meja gelprenku sambil dia buat keja. Produktif kan masa yg aku guna? adeh. hehehe..

OK.. bersempena tahun baru ni. Apa azam tahun baru aku? Kalau tahun 2007 aku berazam nak jadi glamer. Rasanya macam ada dah sesikit yg tercapai. Sbb masa aku tersingle haritu, tetiba ai terperasan glamer kejap. Bley? huahaha... Timakasih kepada ex-gf aku yg terlibat secara langsung dalam merealisasikan impian aku ini. keh keh keh...

Tahun ni... aku takmo jadi glamer dah, tapi aku nak jadi kaya. Camna nak jadi kaya tu, aku masih lagi pikir2kan. Ntah la nak jual dvd cetak rompak ke... jual alat pencabut bulu kaki yg tak menyakitkan ke... tatau la... Tapi, kena gak cari jalan nak jadi kaya. Whatever it is, dgn poyonya, tahun 2008 ni aku nak ada ong-ong-gedek-gedek. Kalau boleh semuanya mau ong2 dan kaya2 belaka. In money, health and definitely love...

Selamat tinggal 2007, satu tahun yg banyak sangat perkara berlaku dalam hidup aku. Perkara yg affect relationship, kerjaya dan juga jati diri aku sendiri. Sekarang tiba masanya utk aku bungkus bebenda lepas, dan bukak kotak baru.

Lastly, thanks to my beloved baby boo, for the months of never-ending passion+patience, helping me to realize a better... me.