sebab ada empat org je kat dlm opis ni, yang mana aku sorg je org pompuan. hehehe... yahuuu.
Disebabkan kemeriahan orang lain beraya sakan, aku meriah dtg opis sbb cuti aku dah abis, dan aku kena cuti time krismas. Hampeh kan? Motif memandang ke barat?
Anyway, tghari tadi aku pun mengambil kesempataan ini untuk mengulau keluar opis dan pergi buat benda yg tak boleh tidak, mesti aku buat, iaitu, tukar simcard aku ke 3G, semata-mata sebab skrg ni ai dah kemaruk nonton internet dari rumah. Dan juga disebabkan keadaan yang mencemaskan di mana aku terpaksa sorok2 kat mana2 kedai ber wifi semata2 utk gunakan line fre diorang kalau ada bebenda urgent. Sedih kan? Haha.. aku pun sedih tgk diri sendiri jadi kombat.
OK.. meh aku cerita sket pasal 3G
Harini, aku tuko simcard kuno aku tu, kepada 3G... kenapa? Sbb lepas ni aku boleh cucuk je tipon ke laptop dan nikmati dunia broadband celcom. Sesapa yg tatau... Celcom ada 3 plan broadband:
- Plan guna malu2 - 10sen/10kb
- Plan hari ini aku pulun - RM8/24jam
- Plan aku pakai postpaid laaa.. - RM68/bulan-384kbps atau RM98/bulan-3.6Mbp (ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan postpaid celcom sahaja)
Apa yg kena ada utk gunakan broadband ni (selain daripada komputer)...
- simcard 3G celcom dan
- 3G phone beserta data cable sebagai modem, atau...
- datacard, atau...
- bendaalah kecik kenit kaler putih yg mahal giler tu, aka sengkenit
Aku personally dah try dah guna celcom broadband ni kat umah aku yg letaknya di ceruk2 bukit tu. Terima kasih kepada buahati yg it/techie dan gadgety savvy..
Dgn mencucuk henpon dia ke laptop, menggunakan plan 'hari ini aku pulun', kami boleh la dapat dlm 460kbps data transfer rate. Boleh la. Walaupun nak tgh youtube agak terseksaaa jugak. Tapi.. boleh la dikatakan kendu tahap 3.5.
Kalau sesapa yg taknak menyusahkan kehidupan henpon 3G korg, haruslah korg pegi je beli data card atau menatang sengkenit itu. Tapi tadi aku pi celcom, rega datacard lima rats lebih, manakala sengkenit itu berharga Rm1100++. Tapi kalau alang2 pakai sengkenit tu, harus la amik pakej yg RM98 sebulan tu, sbb sengkenit tu ada kait mengait dgn HSDPA yg boleh bagi transfer rate yg lajunya berMBps adanya..
So.. kesimpulannya, kepada sesapa yg macam tak koser nak isi borang dan kuarkan duit berlebih2 utk pasang streamyx kat umah, aku cadangkan gunakan lah celcom broadband ini. Mudah, cepat dan pantas... Hanya dail *118# untuk keterangan lanjut. Makasih...
Tapi kalau korg ada hati buat enterprise of downloading kat umah, syudeh2 la... pegi tipon TM, mintak install streamyx.
p/s: Terima kasih celcom sbb bagi kredit free RM10 bersempena aku yang mengetopap di hari raya.. yeahuuu!!! Bleh broadband!