Ngantuk.. ngantuk.. ngantuk..
Itu je yg aku boleh tulis skrg ni. Takde perasaan lain yg kurasakan melainkan ngantuk belaka.. huhuhu..
Kenapa ngantuk? Sbb kehidupan aku di hujung mggu ini terrrsangatlah meriahnya dgn kehidupan berjalan2 dan bermakan2 di luar rumah. Walaupun sebenarnya takde la semeriah org yg berkemampuan dan boleh pergi berjalan2 naik2 kapalterbang tetiap bulan, tapi.. meriah la jugak sbb bleh berjenjalan beramai2. ehehe..
Hari sabtu tu pukol 4 lebih pagi2 buto dah kena bangun tido, sbb ada plan nak pi picnic ke pantai PD bersama cik Jh dan cik Ch.
Aiyo.. gegeh aku bangun dan terjun masuk bilik air semata2 nak menyiapkan sandwich utk berpicnic. Tu la.. sapa suruh tido lambat itu malamnya, hehehe.. rasakan la menggelupur bangun terlewat.
Boo kononnya plan nak tgk langit gelap menjadi terang di tepi pantai (ye la.. karang kalau kata nak tgk sunrise kang.. apa je yg bleh nampak.. ye tak? huhu) tapi apakan daya, kerana keterlambatan, tgk je la dr dlm keta. hehehe.
Sampai sana, mereka bermandi manda, aku melangut je amik2 gambo, ushar awek2 kendu tahap 3, dan baring2 atas pasir. Biasa lah, ai kan lowrat skets. Mana nak mandi2 berpasir2 nih. HUahaha.. bestnya jadi org lorat!
Tghari lepas balik dr pd terus anto boo pi keja, dan aku pun tido sblm amik dia balik kol 6. Lepas tu mlm dia pegi keja lagi, manakala aku plak pi berpoye2 dgn kengkawan kat kakendu. eheheh.. Mmg sesungguhnya aku sangat2 rasa bersalah sbb biarkan dia ke opis sorg2, tapi sbb dah janji awal2 lagi, so... dia pun membenarkan aku jadi single satu malam. Tapi masalahnya, ai tak reti la plak nak fefeeling single lelebih bila gf takde di depan mata.. saba je la. Apa2pun tengkiu boo sbb benarkan sy keluar. ailabyu!!
Oh... nampaknya cik eid yg baru pindah ke kelumpur ni telah berjaya memijakkan kaki ke kakendu dan mkn chaketiau. Len kali kalau cukup korum, bersedialah utk balik selepas jam 2 pagi. hehehe... yahuu..
Hari ahad pagi plak.. boo call aku lepas subuh, dia kata, suruh aku sesiap, sbb kol 7.30 dia dtg amik aku, ikut dia dan family dia ke genting. Aku yg masih lagi kemalasan ni dgn gumbira la bangun, basuh baju bagai, main2 dgn saly, sementara tunggu dia tiba.
Kol 8 dia tiba, dan kami berjalan-jalan rayau2 sarapan pagi, pegi ke sana ke sini.. dekat2 jam doblas lebih jugak la baru tiba di puncak genting. Aku yg tak advencheres ni cuma naik corkscrew je. hehe.. yg lain semua ai tamau beratur dan tamau kecut perut terlebih. Boo siap bleh main terbang2 lagik.
Tapi sbb pegi dgn family dia, aku tahan je la dan terus mengeraskan diri dan mengelak dari bermesraan terlebih, walaupun keadaan di sana yg agak sejuk semalam sangatttt mengujakan untuk aku menggesel2kan diri dgn gelpren aku. Huih sabo sabo... harus la dua tiga minggu lagi aku akan ke sana semula melepaskan apa2 yg tak berjaya dilunaskan seperti main bumper car dan jugak masuk dlm snoworld. Keh keh keh...
Lepas pusing2, makan, main2, dalam kol 10 jugak baru kitorg gerak balik ke kl. Lepastu, gedebak gedebuk, sampai umah dlm kol 12 lebih jugak. Lepas mandi manda... dlm kol 1 lebih jugak aku tido. Dan pagi ni dah kena pi keja?!! Wargh... harus la aku ngantuk!!