Adusss... mataku mengantukkk.... Mlm tadi dapat tido 4 jam je akibat aku tergegeh2 bangun pi keja awal. Awal tapi lewat jugak sebenonya.
Semalam masuk opis pun pagi je, pastu sibuk dgn meeting yg aku pun takde nak cakap apa-apa. Hari sebelumnya, aku buat2 bz kat opis sampai tak larat nak apdet blog. huhu..
anyway, hari sabtu yg lepas, akhirnya aku berjaya jugok mencapai satu cita-cita yg telah lama aku pendamkan iaitu.. jengjengjeng..
hahaha... sabtu mlm yg lepas, aku pegi pavilion. Terimakasih kepada kampeni kakakebun yg membuat dinner kat Prince hotel, maka dapat lah aku menapak sahaja ke pavilion itu, setelah kereta aku parking di hotel tersebut... Eh, rasanya menapak bukan perkataan terbaik, tetapi melenting-lenting adalah lebih sesuai. kehkeh.
Dari prince, aku lenting2 ke pavilion dgn semangat nak makan donat! Ingatkan aku akan sesat mencari kedai donat itu, tetapi semasa aku on the way nak ke suraunya di basement 2, aku terlalu la di level 1 yg menjual j.Co donut itu.
wahwah.. lobang idong ai pun kembang semacam melihat dedonat yg disediakan dan juga barisan yg panjang. naik je dari basement 2, aku terus berator... berator dan berator.. sampai lah lebih kurang 20 minit baru sampai ke depan.
sewaktu aku beratur tu, ada la plak aku di interrogate oleh seorang budak pompuan yg keja kat pavilion jugak. disebabkan dia hanya kendu tahap tiga, ditambah pula dengan perbualan yg kurengg menjana mindaku, aku bo bo layan layan je la. hahaha...
Tapi ai tak gagal la memberikan senyuman sepanjang masa, walaupun budak itu tak boleh nak agak besar kecilnya perbezaan di antara RM2.3x24 dengan RM33. (ha.. kira cepattt!! banyak tak bezanya?)
hehehe
anyway, aku yg ala2 poyo ni takde la beli byk. Takut karang tak kena dgn tekak mengada aku nih. So, aku beli la setengah dozen sahaja (setengah dozen berapa ketul???) hehehe...
sampai je kat kaunter.. aku kata nak half dozen, budak jaga donat kuarkan kotak kecik. aku pun tunjuk2 enam donat yg aku nak.. yg mana nama2nya aku tatau, tapi last2 aku tau jugak la sbb aku pandai baca menu. keh keh..
Lepas aku pilih2, mamat tu tunjuk nombor. Ingat nombor tu, sebab dekat kaunter nnt, takut kita terambik donat orang lain. Pastu kat kaunter, sila la bayar kepada awek yg kendu tahap 4 di situ.. ahhhh.. nyamannn...
Donat yg aku amik (tengok gambo secara clockwise)
Glazzy (yg dah kena geget tuh)
Don Mochino
Cheese Me Up
Coco Loco
Oreology
AlCapone
6 ketul tu aku kena bayar RM11 + 5% tax. Kita sendiri berapa...
Apa kejadahnya nama2 donat sedemikian rupa? eheheh...
Okeh..
Glazzy
Donat berlobang yg ada selaput gula di atasnya. nampak macam tak begairah, tapi sesungguhnya, sewaktu digigit.. pergh. Rangup di luar, lembut di dalam. Harusla menjerit kesedapan. Ini ai punyer feveret.
Don Mochino
Donat takde lobang yg di atasnya dipenuhi coklat dan di dalam nya ada krim kopi.. Mateila kendu!!!
Cheese Me Up
Ini donat berlobang yg di atasnya ada krim berperisa keju, dgn ditabur jugak dgn parutan keju yg lezatt.. sesuai dimakan oleh orang2 yg tak suka donat manis, macam ai la.
Coco Loco
Ini donat takde lobang, kat belah atas ada coklat cair yg meleleh2 bila dimakan, dan kat dalam dia juga ada krim coklat yang takde la manis sgt. Sedappp.. Seswai la utk org yg suka mkn cekelat.
Oreology
Ini donat berlobang. Di atasnya ada beskot oreo yg dah hanco! hehehe.. Sesapa yg giler minat oreo harus la makan donat ni. Aku tak suka sgt oreo, tapi aku teruja tgk pekerja yg masak donat menggelek muka donat dlm kehancuran oreo.. huhu.. padan muka donat.
AlCapone
Ini donat berlobang jugak yg di atasnya dipenuhi dengan hirisan badam. Yg bestnya, bebadam di atas donat mmg sentiasa rangup walaupun telah dibawa ke dalam kedai buku, dalam kereta dan kedai mkn kerang.. hehehe
Wahahaha.. aku skrg ni tgh berkira2 nak pegi lagi, sbb aku tetiba tersedar yg aku tak amik donat yg bernama Tiramisu, yg di atasnya krim TiraMissU, dalam nya krim vanila... aiyohyoh.. kesedapan lagi.
Hmmm.. selain daripada donat tu, kepada food lover, aku cadangkan korg pegi la pavilion ni sbb ada byk good food. Aku tgk kat food court dia macam2 jenis mknn... melayu, cina, india, korea.... dan sangat mengujakan ialah aku tetiba terliur nak makan bibimbap.. boley? Harus la i kerinduan makanan dalam kapalterbang balik dari hawaii dulu.. isk iskkk...