December 11, 2007

Bila manusia suka berbicara, tapi lagi best kalau nampak muka...

Bila last korg guna public phone? hehe.. sure ramai yg dah lama giler tak guna kan? Aku? Last guna semalam...


Alkisahnya smlm henpon aku abis bateri lagik. Tensen betul. Aku pun sebenarnya tatau kenapa, tapi mmg dah berkali2 bateri abis kat opis, yg sah2 la aku tak bawak chajer. Masa kat umah, sblm tido tgk ada 2 bar lagi, aku relaks2 je, bila dah kat opis ada satu bar je, start la aku panik. Hampeh btol... Macam masih tak reti nak guna henpon pun ada jugak.. cheit.. Dan time tghari... elok je boo call, belum sempat aku angkat, itu talipon punya bateri sudah terjun. cis.

Maka terpaksa la aku buat aktiviti seperti semasa di zaman aku kat unibersiti dulu, iaitu, guna telepon public. hehehe... Mungkin ada gak la yg terpelik2 kot, kenapa masa dah masuk unibersiti masih guna tipon public? hehe.. takkan takde henpon lagi kot?

Haaaa... jgn la ingat aku ni muda lagi dan jugak kaya rayap sewaktu kat uni dulu. Sesungguhnya, semasa aku dah abis belajar, masa tu henpon 3210 baruuu je kuar. Dan sesungguh nya time tu rega talipon bukan calang2 mahalnya. ehehe.. So, sebab itu lah aku terpaksa guna tipon public utk tipon mak aku. Beraturr tuuu.. Especially time2 nak exam. Masa tu la baru masing2 gegeh nak mintak doa restu dari mak abah. Cheh.. sabo je la..

Bercerita pasal henpon... henpon aku yg perrrrtama ialah nokia 3210. Masa tu dia punya haippening mmg tuhan je yg tau. Betapa kegilaan untuk memperolehi henpon pertama tanpa antena dan henpon yg boleh tukar2 baju ini menjadikan manusia berpusu2 untuk membeli henpon 3210 ini. Termasuk la aku, yg tertinggal selama beberapa tahun, sbb tak cukup duit. Tapi merasa la jugak, masa aku beli tu rega dia dlm tujuh ratus lebih. Skrg ni dgn rega tu, bleh dapat yang ada kamera bagai.. Masa tu, skrin pun takde kaler,kecik plak tuh.. aiyoh..

Mmg giler lama jugak la aku pakai henpon tu. Sampai bateri dia dah naik hancus, akibat bergayut dgn org sekampung, yg memaksa aku tukar bateri. Lepas tu aku lenjan lagi, bateri kong lagi. Aku beli bateri baru...




masa ni ex aku dok bising2 sbb henpon aku problem, maka aku pun digegehkan supaya membeli henpon baru, walaupun time tu kekeringan poket ku mmg kering di tahap tekak org baru lepas orgasm... So, aku pun beli lah henpon baru.


Aku pakai nokia 3120 plak, selepas lebih kurang empat tahun aku pakai nokia 3210 tu, . hehe.. nombor model pun tak jauh beza. heheh
Henpon yg ni aku pakai mmg best. Kecik kenit, takde problem apa pun. huhuu... Mmg la takde kamera, takleh men mp3 sume bagai. Tapi yang penting, aku boleh sms, boleh make call dan jugak boleh main game sewaktu kebosanan di dalam tandas.


Masa mula2 dulu henpon ni mmg langsung la takde masalah bateri, aku siap bley caj bateri sambil off tipon lagik. Punya la takde kehidupan lain dan takde sapa nak call aku melainkan ex aku dan jugak al-familial aku.. tapi, lepas aku clash dgn ex aku tu, start dahhhhh bateri dia buat hal. Sbb masa tu ai tetiba gegeh bergayut seperti munyit sebelum, selepas dan juga semasa tidur. hehehe.. Tapi tipon yg ni masih belum dlm kondisi boleh buang la. Sbb ia masih tersangat efisien mengejutkan aku dari ketiduranku di waktu pagi..

Masa aku pakai tipon kenit ni, start la jugak aku berangan2 nak tukar tipon baru. Yg terbaru yg aku terjatuh chenta ialah henpon nokia 6500 classic.. fuh.. merembes la jugak tgk hitam anggun aluminium itu..

Adeh... Tapi rupanya, tipon yg ni tak melepasi spesifikasi yg telah ditetapkan oleh sirim kat umah aku. Sbb.... ada 3G tapi takleh nak video call pasal takde kamera kat depan. Bley?
Apa ni nokia??! Why u do dis to me?!!



Yg model 6500 slide boleh pulak ada kamera kat depan..Aku la plak tak suka yg slide2 punya tipon ni. Aku biasa la, takmo la selak2 ni, leceh. Aku nak terus direct je nampok segala butang2 yg ada.




So... disebabkan kekurangan henpon itu, aku mendapat rezeki tipon yang boleh la buat kesemua benda yg mendapat endorsement dr sirim umah aku.. which is, boleh video call, boleh amik gambo utk mms dan jugak boleh macam2 lagi yg aku sendiri tatau nak guna.. huhu.. Cuma kalau nak guna bebenda tu, harus la aku kena apgred ke simcard yg bleh 3G.. aicesh.. aku mmg tertinggal sokmo bab teknologi nih.. *maluu*

Kesimpulannya... mmg kita manusia ni kuat memilih. Dan kita ada kriteria memilih yg dah ditentukan awal2 lagi.. Tapi, ada masanya kriteria itu boleh di timbang2 semula menurut kehendak semasa..

Yg pentingnya, aku bukan a music person, so... Sony Ericsson? timakasih saja lah.. hehe.. Even iPod shuffle aku pun digunakan oleh pegawai sirim ittew...

idop Nokia.. Connecting People... tingtingtongtengtung (nyanyi cam nokia tune)..

Ingat, beli yg original... Nokia, bukan Norkiah...