June 1, 2007

Hikayat main-main cinta Sekapal yang pertama

Aduh... giler kekenyangan la pulak aku ni. Kengkonon takmo mkn byk. Er.. sebenarnya mmg tak banyak pun aku makan, tapi... tapi.. ikan yg aku amik tu giler beso. Last2 tersadai juga aku di hadapan pc ini, memikirkan, apa laa yg boleh aku makan malam ni. haha.. Tak abih2 cerits pasal makan je.. Korg tak bosan ke baca? Tak? Meh aku tulis lagi.. makan..makan.. makan..makan..
Eh alamak, aku plak yg bosan. hahaha..

OK.. dedolu aku pernah tulis pasal kepecahan diri aku kali pertama. Dgn sorg kakak bercermin mata masa aku darjah 5. Skrg ni aku nak plak cerita pasal chenta pertama aku, seorang perempuan yang aku kenal masa aku form 4, dan aku berkapel dgn dia masa aku form 5. Aku mmg sebenarnya masa sekolah dulu menabur umpan di merata sekolah. Yang mana mengena, kena lah. kalau tak kena, takpe lah.. heheh..

Memula aku ada minat sorg budak ni. Rambut dia panjang separas keti. Orangnya tinggi hitam manis. Hidung tak mancung sangat tapi bibir agak tebal la jugak. Nama dia.. erkk.. takbleh bgtau la. Nnt bapak dia marah. heheh..

Aku giler2 merapetkan diri dgn dia. Dia pun ok la.. kasi can la kat aku melepak2 kat bilik dia, berbaring2 di atas katil dia, tapi sayangnya minah ni giler stret. Jenuh aku kuarkan mata kail, satu pun tak menyangkut. Dan dari kejauhan aku nampak dia menggediks2 dgn jejants.. so, aku pun pasrah lah. Mmg tak menyangkut ikan ni.

Pastu..
Berjumpa pulak dengan.... si joyah.. (hehe.. nyanyi ala2 lagu apa dah jadi sm salim).

Ok la.. dipendekkan cerita, aku yg berbaik2 dgn beberapa org pmpuan ni tetiba terasa joranku bergerak2. Aik? Macam ada ikan sangkut. Ada can! Aku dapat satu kad utk mengucapkan selamt bercuti dr seorang budak yang takde la tinggi sangat, kulit itam manis jugak, rambut mak aih sampai ke punggung, nama pun macam pejuang wanita di zaman silam. Aku pun melenting la. hahaha.. ini boleh masuk jarum.

Nak dijadikan cerita, masa form 5 dia byk la cerita kat aku tentang pakwe dia yg mmg hensem gaban jugak la, dan bagaimana pakwenya ittew tidak romantis langsung. Ada ke org bagi lagu, mamat tu boleh reply surat tu, mintak tolong trenslet... bley? Bodoh ke hapa?! So, aku yg ala2 gedik gatal mintak di garu ni mula la menunjukkan sifat2 ala caring gitu kan (dan aku mmg bebetul care kat dia pun masa tu). Akhirnya dia bersedia menggaru kegatalan aku. Bestnyer..

Mmg hyper gak la satu sekolah dulu pasal kitorg. Tunjuk affection secara public. Boleh bersentuh2an dalam library, berdua2an time riadah, ber ber ber.. hahaha.. Iye la kan. Budak kecik. Bodo lagi aku masa tu. Sbb tu la aku pun sokmo kena jumpa ustazah. Siap tanya macam2 lagi. Aku buat muka badak je la kan. Cakap je la takde buat apa2. Giler ke nak mengaku? Tapi sebenonya ramai lagi lesbian kat sekolah aku dulu. Tido sesama gak, cuma tak kena repot. Motif? Aku glamer sgt kah sampai perlu direpot? Ataupun, aku yg terlalu bodoh tak reti kaver. hehe...

So, selepas spm, kitorg bawak haluan masing2. Aku pegi kursus kat NS, dia kat S'gor. So, aku kat NS, terjumpa sorg pompuan lain, yang membuatkan aku berpaling daripada dia. Pompuan kedua ni cerita di lain waktu la yea. hehe..

Jadi, on the day kitorg amik SPM, aku telah mengangkut perempuan yg aku jumpa di NS itu balik ke rumah aku. Kemudian masa aku kat umah, dia call aku, cakap dia ada kat bandar yang terdekat, nak jumpa aku. Aku yg tgh mabuk dengan org kedua ini, terus menyatakan kat dia yang aku takmo jumpa dengan dia lagi. Aku putuskan hubungan aku yg berumur setahun lebih itu di dalam panggilan telefon itu.

Boleh bayangkan tak bagaimana hancur luluhnya dia rasa? Dah la kat tempat orang, pastu org yg dia nak jumpa tu takmo jumpa, malahan memutuskan hubungan lagi, sebab ada orang ketiga. But that's my choice. Aku tahu mmg masa tu hati aku kering dan sejuk (coldhearted), sbb aku dah mabuk dgn yang baru, yang aku rasa lebih memahami aku, dan lebih sesuai dengan aku.

So.. aku rasa, sebab aku tinggalkan dia secara kering begitu, mmg patut pun aku kena tinggal jugak. hehehe..
What goes around comes back around.. hehehehe...

Itulah tadi hikayat aku dgn ex yang pertama. Sekiranya dia ada membaca, dan masey single, email la saya di alamat yg tertera di merata blog ini. Sekian.. hahahahaha..