OK.. aiseh.. aku terberenti bersms la plak. Pasal lilin bagai. Sampai terlupa apa nak tulis tadi. Cis cis.. Jap jap..
(setelah berfikir selama 15 saat)
Oh ya.. hehe. Aku skrg ni cam malas nak menulis perenggan. So, aku nak tulis list. Buat listing ye kengkawan. Bukan mengelistkan ciri2 makwe idaman (ye NSeries.. saya sedar, mmg makin lama makin bertambah plak ciri2nya kan? hehehe)
Aku nak buat list.. kenapa kita membaca blog. Aku tau korg semua ni kaki macam kaki pelompat rumput (omputeh kata grasshopper), suka melompat dari satu blog ke blog yg lain. Pantang ada link, laju je korg mengklik kan?
Tapi lepas tu akan ada blog yang menyentap di hati, ada jugak yang menyentap di minda, tak kurang juga yang menyentap di.. er.. ermm.. takpe, abaikan.
Anyway... Ini adalah di antara perkara2 yang menyebabkan seseorang itu suka dan kekal membaca satu2 blog itu adalah sebab...
- Gaya penulisan yang serasi dengan jiwa pembacaan.. Kiranya cam org senget menulis, dibaca oleh org senget gak. Kira serasi la tu kan? hehehe...
- Saje suka nak mengambik tau cerita terkini org itu. Dah kawen kah dia? Siapa makwe baru dia.. Sedih kah dia.. Bila dia nak clash.. haha..
- Blog dia boleh buat kita tergelak sampai tak cukup tangan nak kaver mulut
- Saje gatal nak baca cara penulisan yg tak best, belakang mau kutuk sambil gelak2 sendiri. Motif berfikiran durjana??
- Itu blog gelpren kita, kalau tak baca karang... kata tak menyokong plerkk..
- Blog dia ada pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna seperti ilmu kamasutra (ehemm ehemm), berita terkini dan juga hiburan sensasi
- Itu adalah blog seorang yg bergelar artis. Kira cam haippening aa kan baca blog artis
- Blog org tu sokmo ada lirik lagu. Suka nyanyi la tu kan?
- Orang tu baca blog kita, so, kita terpanggil la untuk baca jugak blog dia
- Dah memang blog kita sendiri dan sendiri suka baca tulisan sendiri.. hahah..
*ini macam punya worang pun ada ke? adaaa.. akuuu!*