Aku tak rajin cuci baju. Tapi dalam masa yang sama, aku takmo la pakai baju kotor. Dan aku jugak macam kopakapik la kan kalau asyik nak anto dobi je. So, nak taknak, kena la basuh baju sendrik. Dan aku bersyukur sbb osmet aku ada mesin cuci. W/pun aku ni tak berapa reti sangat nak mengguna mesin2 cuci bagai ni, tapi aku guna jugak la.. ehehe..
Satu perkara yang menarik ketika aku membasuh baju ialah, betapa terharunya aku melihat harta2 karun yang terkarung dalam poket suar aku. Memang sejak dok sementara kat umah kawan aku ni, aku jadi gegeh la plak mengeluarkan segala mala harta benda kat dalam kocek suar. Kekdahnya masa guna mesin cuci kat umah lama dulu, haremmm.. aku biarkan je. Itu pasal la kot mesin tu tak reti2 nak sihat. hehehe
Baiklah, sebab mmg aku nak cerita pasal harta karun ni, aku nak cerita la di antara bebenda yang pernah aku jumpa dalam poket suar time mengirai suar utk dibasuh... Jom kiraii!!
- duit syiling:
paling best dapat limaposen la, sbb bleh beli eskrem mat kul mat kul kawanku.. mari kita ikut mat kul.. hahaha - duit kertas:
paling ganas aku pernah jumpa ialah doploh hengget terlipat2 dlm kocek suar. Ini masa dapat jumpa je, terus terasa nak pegi makan kat mekdonel.. bley? haha - slip kuar duit:
ntah apa pekdah aku simpan pun aku tatau. Tp ini adalah kertas yg dibuang sayang, disimpan malas.. *dasar takde disiplin..* - brooch:
motif ada brooch dalam kocek suar? hahaha - bil2 yg baru dibayar:
ini berlaku masa aku masih bayo bil tanpa menggunakan talian. Skrg ni, satu click sahaja.. hehe - alatulis:
iye, aku pegi keja tak bawak beg. Suma sumbat dlm suar.. - thumbdrive:
nasib baik aku kirai ok.. kalau tak.. haruuu!
OK.. itu bebenda yg boleh jumpa dlm kocek suar. Ini plak bebenda yang aku rasa tak akan aku jumpa dlm kocek suar aku time membasuh, maupun pada waktu2 lain..
- duit orang lain:
harus lah duit org lain dalam kocek suar diorg la - nasik lemak:
aku simpan nasik dalam perut, bukan dalam poket suar - makwe:
ada org kata makwe disimpan dalam poket. Tapi taktau acamna nak simpan buahati aku tu dalam poket suar aku nih. muat ke? - kondom:
duh?! wuzzaattt??
hehe.. kesimpulannya, aku ni walaupun bulat dan pendek, aku bukan la doremon yang ada segala mala benda dalam kocek suar. hehehe...
bluekkk!