Itu la, semuanya aku punya silap jugak. Dalam dua weekend yang lepas, aku mmg tido kat umah ex aku, sesama dengan dia lah. Sbb ex aku takde kat umah, balik kampung kekdahnya. Dan kalau weekdays mmg aku akan jenguk dia jugak, walaupun sekejap.
Tapi minggu ni, aku agak kebizian, dgn training, study dan exam. Sepanjang minggu, cuma sekali je aku sempat jenguk dia. Ada sekali tu plak, aku tak masuk umah, cuma pass makanan dia pada mama dia je dr depan pagar. Mmg aku tak sempat nak masuk dan jumpa dia. Dan aku agak malas jugak la nak masuk sbb hassle kena bukak kunci gate bagai dgn barang2 mknn dia dan jugak toto yang kena kesyeng dgn dia. So, aku tak jumpa dia.
Hujung minggu pulak, aku balik kampung seawal mlm jumaat. Lepas keja terus ciao balik. Mmg tak sempat jumpa dia, dan juga sepanjang hujung minggu aku tak ada langsung dengan dia. Balik sini hari ahad tu, dah malam baru aku sampai. Dgn kejenuhan mendrive sepanjang ujung minggu ni, mmg tak koser la aku nak ke rumah mama dia atas alasan letih dan hassle.. again.
So, mlm semalam, dgn rasa rindunya aku pada anak aku tu, maka muncul la aku di rumah itu. Masuk2 je, aku dok cari2 dia takde. Jenuh aku panggil, tak muncul2. Last2 aku kirai2, rupa2nya dia menyorok blkg rumah. Aku nak amik dia, dia takmo kuar. Siap buat bunyi mendengus2 lagik. Ingatkan ada kucing lain ke kat situ. Namun setelah dijenguk2, mmg takde, mmg dia sesekor je kat situ perasan territorial. hahah..
Pastu bila aku dok usap2 kepala dia, garu2 bawah dagu dia, baru la dia kuar, dok menggesel2kan kepala, badan dan ekornya kat kaki aku. Dan knowing him, dia akan la membuat attempt utk menggigit2 tangan, biasa la, anak jantan aku tuh. Tapi sempat gak la aku tepis2, sbb takde la gigitan dia tu kuat sangat sampai tak boleh dihalang.
Lepas tu dia masuk dalam rumah, aku hangkut dia, duduk kat sofa tgk tv sesama. Dah dalam 5 minit, dia kuar balik, aku pun ikut jugak kuar. Kat luar, dia nyorok lagi. Aku pun mencangkung sebelah tpt menyorok tu, dan tangan aku dok main2 dgn rerumput yg ada kat tepi pagar. Tengah aku dok terberangan main rumput sambil terfefeeling bagai, sepantas kilat dia NGAP! tangan aku. Aku goyang2 tangan dia takmo lepas. So, dalam 4 saat la aku terpaksa menahan kepala yg dah berpusing sambil bertahan dgn gigitannya tu. Dan kalau korg pernah jumpa anak aku, mmg korg tau kan, dia mmg besar dan sekali dia ngap tu, adalah agak payah la nak melepaskan diri.
Maka, tak pasal2 la aku dapat dua lobang ala2 gigitan vampire di bahagian atas pergelangan tangan aku, dan juga segaris kelaran di bahagian bawah pergelangan tangan. Macam org dah kena geget dgn vampire, pastu kelar tangan sendiri utk infect manusia lain supaya jadi vampire yg immortal. hehehe..
Tapi.. aku tak marah la kat anak aku, w/pun mama dia yg lagi sorg tu dah nak mencepuk dia. Sbb mmg salah aku lama tak jumpa dia sampai menyebabkan dia marah. Ataupun, mungkin jugak dia ingatkan tangan aku ni burung ataupun tikus yang harus ditangkap. Adeh.. baby, baby.. kenapa la tangan mama ini jugak yg kau nak ngap? heheh..
So, kesimpulan yg dapat aku simpulkan adalah...
- Anak aku mmg hebat.
- Anak aku mungkin agak stress dgn perpisahan yang kami lalui.
- Jangan terlalu tinggalkan orang yang kita sayang selalu2, karang kena geget dan boleh menyakitkan diri sendiri..
hehehe...