Halluu eberibody. Long time i no blogging. I been very bz all time and also everyday of my life. But today i become boring, so i think want to blog. ngeh ngeh.. tambahan pula ada yg mengkomen blog aku ni dah bersawang.. cenni aa kan, tolong la buangkan sawangnya.
ye pepuan dan cicik yg membaca blog saya ini, berdasarkan tajuk di atas, mmg blog hari nih mau kupas pasal ahli2 kelab jiwa luka. Untuk membolehkan aku menulis topik ini dengan agak panjang sedikit, haruslah aku cerita bagaimana asal usul tercetusnya idea kelab jiwa luka ini di kepalaku.. aduss..
Kekdahnya mlm semalam dan awal pagi tadi aku ada sesi breakdown dgn diri sendiri. Tapi biasa la, kalau aku breakdown, aku baring je la pandang siling... Kenapa breakdown? Sebab, smlm balik je dr tpt melepak tuh, aku anto la bespreng aku balik ke umah. Dan.. sesapa yg tau, tau la kan... anak aku mmg ada dlm umah yg bespreng aku duduk tu.
Aku berhenti anto dia, aku nampak molekk je anak aku duduk kat blkg sliding door, memerhatikan ke arah luar. And hell yes, that is one sight that i missed so, so, so much. Sbb sebelum ni aku, kalau balik umah, dia akan ada utk sambut aku kat muka pintu. Dan mmg dah sebulan lebih la perkara tu tak berlaku kepada aku. It hurts la.. it hurts.
So, tak tahan punya pasal, tgk dia camtu, aku pull over kat tepi umah dia, aku ikut bespreng aku bukak pintu, aku peluk anak aku. Busyuknyaaa bau bulu dia. Sure tak mandi2 lagi tuh. heheh
Dan dia, seperti biasa... nak menggigit je kejanya. hehe.. *pergh.. mak sebak la plakk.. cisss*
Lepas tu pagi tadi aku ada la sesi luahan rasa dgn osmet aku. Itu session yang terbuat aku terleleh air mata wanita la jugak. Apabila aku secara tak langsung menscrutinize di mana aku pernah ada sebelum ini, apa posisi aku sekarang, dan jugak ke mana dan bagaimana harus aku tuju di masa hadapan.
Semuanya sebenarnya diaruh oleh insiden malam tadi.. So, mmg ada problem sket la dgn kewarasan aku hari nih. Ditambah pula dengan konflik2 keja dan lain2, aku rasa nak mereng harini pun ada.
hehe...
Hmmm.. bila kita dah terluka, mmg sebenarnya waktu itu baru kita rasa macam.. seorang, demi seorang, orang yg kita kenal pun pernah terluka, ataupun sedang terluka. Sbb selagi kita tak dilukai, orang lain akan menganggap topik melukakan dan dilukai ini adalah satu topik yang agak taboo. Sbb kalau selalu cakap, nnt dia leh jadi kenyataan. Dan sesungguhnya sapa yg nak kawin utk bercerai? Siapa juga yang nak bercinta utk terluka? kan..?
Tapi, aku mmg berusaha keras untuk kuat. Untuk diri aku sendiri, dan jugak untuk mereka2 yang ada untuk menyayangi aku, dan juga untuk kak nah di kampung, dengan ucapan, makan ketupat tu, ingat2lah orang di sini... erkk.. hah!
Dan... aku juga harus kuat, utk ahli2 kelab yang lain untuk mengambil iktibar, kerana sesungguhnya, banyak case study jiwa luka dr org lain yang aku jadikan sandaran untuk terus melangkah setiap hari. Aku percaya la, dalam tekanan untuk terus melangkah ni, kalau kat luar kita gembira, hati kita pun turut sama mampu tertawa jugak.. So, sbb tu la aku suka nak gelak.. hahaha..
Dan frankly, i am blessed sebab ada kengkawan yang sungguh hebat buat lawak.. yeay!
Oh ye.. points to ponder untuk hari ini (yg terhasil semalam hasil perbualan di hadapan toilet). Setiap orang dari kita ada instinct untuk memperolehi kebahagiaan, dengan cara yang sungguh ganas, ialtu melakukan sesuatu yang tak siapa boleh sangka. Dan apabila kita tak mampu mengeluarkannya, usahlah kita menghakimi mereka yang mampu.