June 13, 2007

Kerana pulut santan binasa, tapi acamna pulut membinasakan santan tu? cheh!

Hmmm.... mmg macam satu stetmen yang sungguh general di kepala semua orang, bahawasanya, semasa bercinta, semuanya indah belaka. Tapi bila dah kawen, dan tau hati budi masing2, baru lah segala perkara yang dulunya tak nampak, sekarang sudah nampak. Bukan setakat nampak, malahan terpaksa hidup dengan perkara2 yang kecik2 tu, sehingga lah menjadi bukit. Last2 kalau tak tahan, cari exit dan cuba untuk cabut lari...

End of story? Oh no tidak... Sebenarnya, pada pendapat aku yang sesungguhnya la tak sependapat dgn bbrp manusia dalam dunia ini, sekali seseorang itu telah mengangkat satu perhubungan menjadi visible dan ala2 diiktiraf oleh masyarakat, satu tekanan akan muncul. Tekanan untk menjalankan tanggungjawab dengan betul.
Tekanan untuk mengawal hak yang dirasakan sebagai milik, dan juga tekanan untuk kelihatan seperti pasangan di mata masyarakat.

Jom kita main2 contoh...

Contoh 1:
kalau masa mula2 mengorat, kita tak kisah pun dia nak jumpa kawan2 dia, lepak2 dgn kengkawan dia. Kita gembira je kalau dapat tau lokasi dia di mana. Tapi bila dah declare kapel, kita sah2 la nak ikut sama. Kalau tak boleh ikut, nak tau kemana dia pergi, siapa dia jumpa. Di samping tertekan dgn ayat2 sebegini..
"Ntah2 dia ni ada kapel lain selain aku? Sbb tu dia sibuk sgt nak gi jumpa."
Walhal.. mmg itulah dia sebelum kita kenal dia, dan selepas kita kenal. Perlukah kita ubah dia semata2 untuk sesuai dengan kita?


Contoh 2:
Kalau masa mula2 ngorat2 dulu, semuanya kena mintak izin.
"I nak gi toilet dulu ye yang.."
"Mlm ni i tido pakai baju kaler pink tau."
Tapi bila dah kawen bagai, tak payah la pulak nak mintak izin bebenda mengarut tu kan. Atas alasan,
"Kita kan dah kapel lama... takkan la bebenda kecik tu pun u nak terasa..."
Pasangan tend to generalise bahawasanya bila dah lama bersama, semuanya boleh difahami tanpa perlu berbicara. Or is it?


Contoh 3:
Masa memula berkapel dulu, tetiap pagi yg sorg tu gosokkan baju, dan sorg lagi plak buat sarapan. Masa tu segalanya cam possible kan. Bangun pun boleh awal2. Sehingga perkara itu jadi cam satu keseronokan. Tapi ada masanya pasangan letih, mula tak mampu nak buat bebenda tu. Bila sekali tuang, dua kali pun tuang.. last2 benda tu dah makin berkurangan...
Masa ni mungkin kuar lah ayat yg seperti..
"Kenapa awak dah tak macam dulu?" dan ayat yang sama sepatutnya perlu keluar,
"Kenapa saya pun tak macam dulu dah?"

Bila satu perkara berubah dari keseronokan kepada tanggungjawab, kita menganggap dia sudah menjadi beban. And perkara ini juga terjadi dalam seks. Kalau awal2 dulu seks sungguh thrill, passionate, igniting... tapi bila dah terasa cam tanggungjawab untuk melayan pasangan, api tu cam payah plak nak kuar..


Contoh 4:
Masa mula2 kenal, masing2 belajar mengenali dan cuba memahami. Yang salah dibetulkan, yang tak tahu ditunjukkan dan yang betul disahkan betulnya.
Tapi kalau dah bertahun2.. takkan tak paham2 lagi kot? Masih nak kita cakap apa yang kita rasa? Takkan la tak boleh faham walau melalui gerak mata? Last2, kuar stetmen..
"U ni mmg langsung taknak faham i!"
Tapi kan, sebenar2nya orang pompuan mmg susah difahami. Cuba korang je la sendiri try faham diri korg. Aku ni pun masih tak paham diri sendiri, masih terkompius2. So, apatah lagi pompuan lain yang rohnya bukan di badan kita.. kan? Again... Pasangan tend to generalise bahawasanya bila dah lama bersama, semuanya boleh difahami tanpa perlu berbicara. Or is it?


Aku tulis bukan nak mengata sesapa. Tapi ini realiti yang pernah berlaku dalam hubungan aku dulu. Aku lalai dan leka duduk di dalam zon aku yang selesa. Aku juga tak berniat untuk suruh korg scrutinise relationship tu dalam2 dan cari kesilapan. Tapi aku nak mintak korg semua sedar, bahawasanya, pasangan kita telah banyak berkorban untuk kita pada awal2 perhubungan. Namun, apabila dah ujung2 relationship, kita berdua tertekan dek assumption yang tidak berjawab dan juga tanggungjawab yang tak sudah.

Sebenarnya, bukan kita je yg penat dengan kerenah dia, dia pun letih melayan kerenah kita. Tapi, kalau kasih sayang tu masih ada, cuba la korek balik, ingatlah semula perkara manis masa dahulu. Fikirkanlah diri kita sebagai seorang sahabat dan kekasih, dan bukan sekadar pasangan hidup.

Tapi, kalau kuar soklan camni...
"Tapi, saya dah rasa bosan dengan dia! Nak buat camna?"

Bagi aku, senang sahaja..
... kita sandarkan padaa, keeenaaangaaaannn..

Selagi dalam hati ada cinta, masih boleh diselamatkan hubungan itu. Kalau takde cinta, itu beyond my power to tell la...
Dan jugak bagi aku yg bujang tercicir nih, kena la jugak beringat supaya tak dibuat bebenda pepoyo camni kalau dah ada gelpren (yg aku komit) nanti..

yeah!
oh ye.. tajuk mmg takde kaitan dgn topik ye kengkawan...