June 11, 2007

Ye.. harini aku cerita pasal makan lagi.. muahahah

Halluuuu...
Giler lama betul aku tak mengadap pc aku sendiri, tak menghenyak kusi aku di dalam opis ini, dan jugak tak mengetik2 di atas kibod. Alkisahnya aku pegi treneng seminggu yang lepas. Kalau setakat training yg pegi, sengih, makan, mingle, dengar, tido tu aku tak kisah la jugak kan. Tapi disebabkan training itu menuntut aku mengambil peperiksaan di hujung2 pembelajaran itu yg membuat aku jadi serius tak keruan.

Mana tak nya, otak dah ala2 lembab, berkarat seperti di rambut dicurah henna plak tuh, mmg perit la aku nak kembali menstadi seperti zaman sekolah2 dulu.. (tapi bila bab nak bercinta macam zaman sekolah dulu takde la plak karat2.. al poyo saje.. hehe).

So, mmg minggu lepas kehidupan aku dikelilingi oleh trainee2 yg dah berumur dan jugak yg sebaya dgn aku, dan jugak sorang awek adinda yg agak kendu dan boleh membuatku terkedu2. Bila malam plak, aku diselaputi oleh buku2 dan training material yang memula berlambak depan tv, pastu bertukar menjadi selimut time aku tido. Begitu obsesnya aku dgn kehidupan aku pada minggu lepas. Tapi bila tiba part exam tu.. pestol gak yg kuar.. (nasib baik tak bawak dadu)


Oh ye, aku jugak dikelilingi oleh makanan yang membuatkan aku tersipu2 pada hari pertama tapi terus jadi tak tau malu apabila hari = n menjadi n+1. (Haha.. ini bahana training la nih!).

Hmm.. alang2 cakap pasal makan, aku yg kengkonon beria2 nak diet bermula pada 01 June 2007, akhirnya terrrpaksa mengalah kepada nafsu serakahku terhadap makanan. Mana taknya, aku trening kat hotel yg mana anak tokei hotel tu kena penjara bbrp hari. Mmg sedia maklum la mknn kat situ mmg giler babas banyak pilihan dan jugak sodap2 belaka.

Hari first aku bertahan.. amik nasik sikit, ikan bakar, dgn salad2.. Hari kedua makan kat restoran cina plak.. dah aku tengok dimsum tu sampai teteguk air liur.. ini sudah takbleh jadik.. Maka segala mala udang, ikan , daging, ayam semua aku tala. Itik pun ada? Aku makannn. Desert plak ada eskrem dgn buah dgn santan, makann jugak. Mana diet ku? Nasib baik minum teh cina yg takde gula. Ada la rasa guilt-free sket time minum tu. haha

Hari ketiga pegi plak restoran ala2 barat. Aduh.. pasta berkrim dgn beef patties berkeping2 aku tala. Pastu ada apple strudel la plak. Manisnya, tapi sedapnya... hehehe. Selamat masuk dalam perut aku.

The next day balik semula le restoran yg melayu tu. Dan kali ini, aku takmo dah kontrol2. Aku sapu yg mana perut aku signal. Perut aku mmg ada built-in signalling capability sket. Maksudnya, kalau aku lalu kat tepi mknn yg cam menggairahkan, ada kuar bunyi 'kurr' dr dalam perut. Masa tu, aku tau la yang aku patut amik mknn itu dan serahkan kepada sang perut. Itu lah yg omputeh katakan sebagai gut feeling.. hehehe.. (kengkadang lalu sebelah pompuan pun dia bleh bunyi jugak.. ).

Lepas training dan exam habis, aku terus balik ke kg. Sbb ada kenduri btunang. Walaupun bukan aku yg btunang (aku takmo tunang, aku nak kawen teruss), tapi aku tetap la kena makan kan. So, nasik minyak adalah makanan rasmi aku pada jumaat malam dan sabtu hari itu. Dilawan plak dgn dageng kambeng yg maha sedap masakannya dan air oren serta air mata kuch2 takde mata..

Sabtu malam, mak aku masak ayam lemak daun selasih, manakala hari ahad sblm aku bertolak balik ke kl, lauknya ialah daging tetel masak singgang. Hirup kuah la aku tanpa segan silu.. So, mmg diet aku hancurrrrrr.. nasib baik lah diet consultant aku macam dah baik plak kasi can aku melanggar pantang. Cuma aku harap jgn la kasi can lelebih, karang mak boroii kang, tak merasa la den nak masuk papan pertama.. hahaha..

Sesampainya ke KL mlm smlm, perut mmg lapar Tuhan je yg tau. Tapi di atas ketegaran aku telah melanggar pantang dgn makan tanpa segan silu, maka, aku pun jadi la seekor kucing comel yg makan tuna dalam tin dgn minum susu beberapa gelas. Ish, mmg sebijik cam kucing.. hahaha. Alamak... merindu la plak pada anak ku..

Guys.. i miss u lots also, jom la ngeteh reramai sesama.. yuk yuk..