June 12, 2007

Kenapa harus aku fight untuk dia yang hendak pergi?

Hmmm.. aku baru je dapat call dr seorang kawan aku yg mmg rapat dgn aku dan leen, tapi alkisah dia baru tau aku dgn leen dah clash. Aku pun takde la terniat nak bgtau dia apa2 sbb aku tau, dia pun ada problem dia sendiri.. so, aku tak bgtau la. Anyway, bila dia call, aku terpanggil la utk bgtau kan, lagipun sbb dia dok tanya pasal leen, so, i need to tell what i think is required to be told, utk mengelakkan kecelaruan komunikasi di kemudian hari.

And yes, harini aku nak menulis pasal breakup aku. I know i might be hurting leen, and hurting myself, but the fact is, it happened. I am so sorry if in one way or another this may hurt her. Dan aku tak appreciate kalau ada yg mengata dia dengan kata2 yang tak elok berdasarkan entry2 aku. Kalau aku boleh mengakui ini adalah kesilapan semua pihak, mengapa tidak korang semua kan?
Though i am hurt by her decision, but i am still THE PERSON who have known her ups and downs for more than ten years. Ok? Fact stated... now i shall begin..

Banyak pertanyaan yang ditanyakan kepada aku jugak sebab breakup ni. Tapi yang amat menarik perhatian aku ialah soalan...
"Kenapa kau taknak fight balik utk dapatkan dia?"

Secara jujurnya, aku macam tak tau jawapan yang paling tepat untuk persoalan sebegitu. Kenapa aku taknak fight balik ek? Adakah sebab aku terpengaruh dgn emosi yang tak stabil? Ataupun itulah sebenarnya yang patut aku lakukan?

*sigh*

Tapi.. di antara jawapan yang paling logik ialah, aku sudah sangat2 terluka sehinggakan aku sudah tidak mampu untuk bangun balik dan menggapai sisa2 perhubungan kami yang hanya tinggal dalam bentuk serpihan kenangan sahaja. The fact yang dia sebenarnya memang tidak mencintai aku sepenuh hati membuatkan aku rasa macam tak ada harapan untuk aku kembali bersamanya.
Untuk apa aku kembali dengan dia?
Untuk hati aku dilukakan lagi?
Untuk aku terus menyeksa dia agar terus hidup dalam kepura2an bersama aku?
Untuk aku biarkan dia bertahan dengan ketidakserasian di antara kami?
Untuk aku terus berlakon kepada masyarakat sekeliling seperti hubungan kami sebenarnya nampak indah, walaupun hakikatnya pahit?
Jadi, bagi aku, tak ada sebab untuk aku betulkan kembali hubungan kami ini.


Ini bukan kali pertama aku hampir tersungkur. Sebelum ini sudah berlaku, tapi aku tetap tegar, aku tetap rasakan yang kasih sayang kami mampu membawa kami lebih jauh. Aku cuba selamatkan hubungan kami. Terima balik dia, walaupun dia sudah bukan lagi leen yang aku kenal semasa di sekolah dahulu.

Dia leen yang sudah mendapat tapak yang utuh dalam kehidupannya.
Dia sudah berjaya memperolehi formula untuk kejayaannya.
Dia dapat mencari kembali apa yang telah aku hilangkan selama ini daripada dirinya.

Aku? Dapat bersama dengan insan yang aku cintai pada masa itu, walaupun sedikit demi sedikit apa yang pernah aku ada semakin pudar, tanpa aku sedari.

Aku dan dia berjaya pertahankan hubungan kami selama beberapa tahun. Sehinggakan aku dapat terjumpa dengan komuniti2 yang lebih memahami di mana kami, dan siapa kami. Kami berjaya memperolehi sahabat dan teman yang bisa membuatkan dia tersenyum keriangan setiap kali berjumpa.

Namun, selama beberapa tahun itu lah aku lupa, di mana letaknya dia di hati aku, dan di mana posisi diri aku sendiri, dalam diri aku. Seperti barah yang telah merebak, apa yang dilihat di permukaan, sesungguhnya tidak mencerminkan kerosakan yang telah terhasil di dalam. Sehinggalah satu dadah hadir, yang mampu menyelamatkan, dan pada masa yang sama membinasakan. Jadi aku rasa, cukup lah sudah keperitan telah kami hasilkan kepada satu sama lain.

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini
Ku seru - Misha Omar


Sekarang ni, aku rasa, biarlah ada orang yang nampak aku seperti tidak memiliki sebarang cinta, tapi hakikatnya, hati aku, perasaan aku, jiwa aku, dipenuhi bunga2 cinta yang telah lama tidak berjaya aku perolehi daripada seorang wanita pernah aku cintai sepenuh hati... suatu masa dahulu.