Ini hari aku mengapdet pada hari sabtu dari PC di opisku yang terchenta ini. Adeh.. gegeh betul aku pegi opis hari sabtu nih. Mmg dlm minggu ni aku adalah agak tersendat dengan byk keja. Semuanya nak urgent. Dan semuanya aku takleh nak delegate kat sesapa. Diorg ni pun satu gak. Dua minggu lepas aku giler relaks, satu sen keja pun tamau bagi. Sudahnya, skrg aku la yg bahana..
Tapi keja hari sabtu ni time org takde agak best sket la. Sbb takde sesapa yg akan melangut kat belakang aku, yang menyebabkan aku terpaksa pandang belakang. Kalau boss yg kat belakang harus la aku menutup mana2 website yang patut kan.. hehe.. Tapi kalau yg menongkrong blkg aku ni bebudak aku gak, harus gak la kaver2 sket, karang ada yg mengata aku tak buat keja plak.. dah tu, kalau takde keja, taktau la nak buat apa kan? hehehe..
Yg penting, kalau ada pun, keja setakat buat writeup utk sales punya purpose, mmg kepala hotak aku agak liat. Menciii!! Aku bukan org sales la, nak menjual bagai.. cheh!
OK.. satu lagi benda yg best pasal keja hari sabtu ni aialah aku boleh la bergumbira pakai suar jeans dgn t-shirt. Er.. tapi hari lain aku pakai tshirt dengan suar jugak. takde le koser aku nak memakai baju kurung. Kecuali kalau ada klien nak datang, ataupun nak kena audit. Motif? harus la bermanis2an dan buat muka sehabis comel utk membolehkan diorg berbaik2 saje dgn aku. yeah yeah!
Sebnarnya ada motif lain la kenapa aku mmg tak suka pakai baju kurung. Sebabnya ialah... Sebab aku tak suka pegi keja bawak beg. haha... Mmg aku dtg keja berlenggang kangkung saje. Ini sebenarnya dapat membantu anda untuk balik on time, tanpa ada sesapa yang menyedari. Tau2 je dah balik. heheh..
So, sbb aku tak suka bawak beg, maka aku kena la menyumbat segala mala keperluan harian ke opis di dalam kocek suar sahaja. Kalau pakai baju kurung, harus la senget sebelah badan aku sbb kocek sahaja dah menyumbang kepada pembonggolan di badan. tapi kalau pakai suar, ada byk kocek, so, sumbat la sedikit sorang. Jgn ada yg tak merasa.. ye dak?
Oleh itu, apa je yg aku bawak gi opis kalau semuanya sumbat kat kocek atau ditumpang di merata badan? Meh sini aku list.. hehe
- Access card
- gantung kat leher - Wallet
- poket blkg kanan - Henpon
- poket kanan - Kunci keta+umah
- poket kiri - Alatulis (pen, pemadam, pensil kalau nak bwk extra)
- poket kanan santak sekali dgn henpon - Thumbdrive
- poket kecik tpt taruk duit syiling tuh - Buku (kalau aku kena bwk balik)
- celah keti - Bekal roti dgn beskot
- jinjing dgn jari
Itu lah barang2 yg biasanya ada aku gunakan time keja. Kesimpulannya, watpe nak mengkayakan kilang2 buat beg ni, kalau kita ada poket dan celah untuk menyimpan barangan..
hahah..