June 21, 2007

Keseimbangan tiga sisi...


heheh...
sapa pernah tgk gambo segitiga cenggini? Haha.. kalau korg pernah tgk, mmg la korg ada mengkokel laptop aku malam tadi. Tapi kalau bukan dilihat dari segi design dan jugak warna segitiga ni, mmg la korg tak pernah tgk kan... Tapi cuba lihat dari segi konsepnya..

Secara konseptualnya, ini adalah segitiga yang aku belajar dari siri The L Word, musim pertama, episod yg diorg beramai2 pegi Dinah Shore Weekend Gateway tu. Ala.. yang masing2 bukak coming out story tuh. Yang Bette tinggal kat LA tu, sebab nak uruskan pameran kat galeri diorg... Ha.. yang Bette jumpa dgn si carpenter tu (tah sapa tah nama dia.. ha! Candace kan?)

Ini lah segitiga yang diajar oleh Candace kepada Bette yang menyebabkan Bette ala2 teruja bagai dgn ketangkasan pemikiran dan juga kekonfidenan dak Candace nih. Lantas mengakibatkan perlakuan seks di dinding penjara serta di dalam bilik hotel.. Ahh.. byk la plak spoiler the L word. Tapi.. sape je pun yg tak tgk season 1 lagi kan.. heheheee...

Ok.. bak kata Candace.. ketiga2 sisi pada segitiga ini memang tidak boleh bertemu. Kita tidak boleh dapat kesemua tiga2 sisi ini. Maksimum dua je yang kita dapat.

Contohnya, mari kita ambik kes tempah baju raya...

kalau kita nak baju tu tukang jahit siapkan dengan cepat dan bagus lagi berkualiti, sah2 la benda tu tak murah. Kena la upah orang2 atau guna barang2 yg mmg giler haibatt.. Perit la plak poket nak membayarnya. Tapi kalau worth paying.. apa salahnya kan?

Lepas tu, kalau kita nak baju kita tu tu siap cepat dan kita plak sedikit berkira (macam aku la suka kira2 nih), maka bersedia lah plak utk kita berkompromi dengan kualitinya. Kira cam kes baju raya ni la.. Nak orang buat cepat sangat kat, pastu bayar pun harga biasa je, jgn la terkejut kalau bila korg belek punya belek, baju raya korg sebenarnya tak berjahit, tapi dilekatkan guna stapler.. wah wah.. tak ramai org ada baju raya stapler, maupun baju raya selotep. hehehehe

Last equation, murah dan bagus. Ini adalah kombinasi yang ramai org mahu. Tapi, kalau nak tempah baju yg murah dan bagus, mrasa la tempah raya tahun ni untuk dipakai pada hari raya tahun depan. Melainkan sekiranya tukang jahit baju tu sebenarnya ada affair dgn korg. Maka haruslah dia membuat dengan cepat kan apa saje yg korg mau. heh heh...

So, sebenarnya, konsep segitiga ni boleh diaplikasikan dalam macam2 situasi dalam kehidupan. Letak lah tiga benda bersama, memang agak payah untuk memperolehi satu equation yang memuaskan hati kesemua pihak.

Cumanya, sebagaimana segitiga yang tidak sama sisinya, ada satu sisi yang kepanjangannya lebih pendek daripada yang panjang, so boleh lah dikorbankan sang sisi tu buat seketika. Ye lah, kalau macam nak tempah baju kan... aku rasa ramai je yg sanggup korbankan masa, tempah baju awal2, asalkan dapat baju yang tanggung puashati, dan juga harga yang berpatutan.

Jadi, dak pantas pun terpaksa dibiarkan sementara, bagi memastikan equilibrium masih dapat dikekalkan dalam equation tersebut..

Apa hampeh aku merapu ni weh??
Oh... dah pukul 3 pagi rupanya. hehehehe... Tapi korg akan baca blog ni pagi esok jugak kan? ngeee...

Yuk nyanyi lagu Segitiga Cokelat!! Aik, macam nama makanan la plak. hahaha..