March 30, 2008

Bila aku dah stressssss.... aku pun pegi naik bukit..

warharhar... aku letih wehhh.. hahaha...

Makcik gilerbabs stress dgn kerojakan perkara di dalam opis, di dalam rumah dan juga di luar rumah. Sudahnya, aku nak pergi menghilangkan stress, dgn harapan semoga bermulanya minggu hadapan, aku dapat bukak satu lembaran baru dalam kehidupan aku yg selamat ini berkarat dgn gangguan air dan juga oksigen.. (air dan oksigen?? kenapa? Sbb karat kan disebabkan oleh terdedah kepada air dan oksigen.. apa? tak paham? haha.. nasib ler.. janji aku paham...)

So... apa aku buat? Aku buat reservation mendadak kat.. sini...

Mana aku pigi? Bukit Tinggi dey.. ayoo.. tingginyaaa
Plan yg asal2nya sesaja je nak pegi lepak2, last2 aku takbleh tahan, kena jugak tido sana dan breakaway dr kesesakan napas di KL. Dan thanks to boo sbb sudi membantu aku melepaskan tensen.. dan dalam masa yg sama ala2 gi berhanimuni gitu.. (org lo-bajet, hanimun naik keta je, tak mampu nak naik palterobang.. haha)

OH yeah.. alang2 cakap pasal hanimuni ni.. mmg aisehmen, itu tempat (bagi aku ni la) seswai la jugak utk berhanimuni... disebabkan keadaannya yg tak macam kat malaysia. Dan sekiranya tetiba anda terasa cam nak terrrlelebih dgn pasangan anda di hadapan public di sini, aku tak mampu la nak salahkan korg. Sbb keadaan kat situ dgn building yg ala2 kat luar negara, menambahkan kegatalan hidung utk sapu kat hidung org yg lagi satu. Nasib baik kehadiran muka2 org melayu yg berlambak2 kat situ mampu menyedarkan pikiran. hahaha..

Anyway... kalau ada yg nak ke sana, aku rasa... boleh la, tapi kalau nak aku komen dr segi keseluruhan... Kat sana tu, benda2nya semua mahal2 tetapi ala2 kureng berbaloi la. Sbb service yg not so good, dan keadaan tempat dan bilik yang tak begitu terjaga. Sofa yg dah kekoyak.

Masa kami sampai2 je... keadaan katil kami agak kureng menyenangkan, sampai aku terpaksa mintak tukar cadar lain yg elok sket. So, masa kitorg merewang2 tangkap gambar dan tangkap ikan... er.. gambar ikan...

eheh... ok.. sambung ayat. Masa kitorg tangkap2 gambar ikan tu la agaknya diaorg tuko cadar kat katil kami. Sbb dah lewat petang tu kitorg balik ke bilik semula, dah ada cadar baru. Yeay.. nasib baik. kalau tidak, mmg aku kutuk2 depa tu semua.

Oh yeah.. sblm balik ke bilik tgk cadar baru tu, kitorg pi makan.. huhu.. apa kami makan??
Aku makan ini... Dan seperti biasa, akibat internet research, makanan aku mmg sedap. huhu.. Mahal tapi berbaloi la..

Boo pulak makan ini...

Dan drpd gaya susunan sudu dan garpu tu, rasanya korg leh tau kot, yg mknn tu takde la sedap ke mana. Aku terpaksa tolong ejas sket rasanya dgn menggunakan sos tomato dan tabasco, kasi rasa tu kluar sket. Nasib baik sos2 tu semua disediakan jugak. So.. dapat la makan sedap.

Oh yeah.. ini aku nak share jugak... air 100plus termahal pernah aku minum kat malaysia, dgn rega RM7.. huhu. Adeh.. bisa...

Pastu kitorg order jugak sekeping kek blackforrest yg kalau pada kebiasaannya ada dihias dgn buah ceri.. kan? Tapi kek ini dihias dgn buah.. cermai.. kot. Yg org buat jeruk2 tu.. APa? tak percaya??? Meh tengok...
Betul tak aku cakap? Ke... aku tipu? hehe... kan kan? cermai kan? Patut ka?

Tapi.. sebagaimana aku kutuk pun makanan itu, semuanya tekak macam takde la nak kutuk lelebih, sbb sambil aku makan, ada awek cun yg dok kat depan aku. huhu... nak tgk gambo awek tu jugak?
Mana bley! Itu awek punya borang aku sudah isi la. Sapa mau kena lawan street fighter dgn aku dulu (insert theme song street fighter kat sini.. dung cey dung cey dung cey cey..).

Huhu... Time malam tu ada la plak show dr kumpulan Hollywood stars yg bila dipandang tiga kali, ada la jugak ghopenya macam ala2 drag show. Dgn tarian2 oleh lelaki2 chantek dan miming2 bagai. Huh.. aku dgn boo siap syiok lagi tgk sorg performer lelaki ni.. giler cantik!! Nasib baik mak senget taww... haha..

All in all... it was a great day for us la. At least dapat breakfree dari serabut2 dalam kepalaho ni. Dan aku sajes, sesapa yg nak pegi sana.. pi je la. Jenjalan... tenang2kan fikiran.. tapi toksah la expect too much dgn servis kat sini. Mmg takde sampai tahap 5 bintang pun. But kalu nak fefeeling lovey dovey tu.. konfem boley! haha..

Sekian sekapal melaporkan dari biliknya sendiri. heheh...

March 27, 2008

Mari kita main teka-teka sampai pengsan. huhuhu

dalam hidup berpasangan ini... kita kadangkala terlalu banyak membuat tanggapan sesuka hati, ataupun assumption berdasarkan apa yang kita 'rasa' kita tahu. Walaupun pada hakikatnya, kita bukannya tau sangat pun...

Sebagai contoh, sekiranya anda tak suka mandi. Dan... mmg korg ni tak suka mandi lah. Dan selama ni, si pasangan anda pun tak pernah komplen. Maka adalah dengan mudah boleh assume..
"Ala.. dia tak kisah la kalau aku tak mandi pun..."
Tapi hakikatnya... sebenarnya dia mmg takleh terima korg tu malas mandi, tapi tak cakap atas alasan... menjaga keharmonian rumahtangga.

Satu lagi contoh, bagi muka2 pemalas macam aku yg tak suka kemas rumah. Kalau pasangan tak komplen, aku pun sewenang2nya la malas nak mengemas. Sampah biar tak berbuang, katil tak kemas, tingkap umah taknak bukak (dah tuu.. ada kucing, mana bleh bukak..), baju bersepah kat atas lantai.. huhuhu.. Tapi macamana kalau dia sebenarnya tak suka, tapi terpaksa memendam rasa? Harus tak satu hari nnt bila angin tak tahan dah tiba, di tiau sahaja aku ke luar rumah? Tak mustahil... hehehe..

Itu kalau kita assume dia tak kisah...
Kalau kita assume dia kisah pulak? Macamana??

COntohnya... kita tau dia akan marah kalau kita makan makanan berkolesterol tinggi. So... kita pun, kalau tetiba nafsu makan tu membuak2 datang... Kita pun makan je la. Tapi tak payah bagitau dia. Sbb kalau bagitau nnt dia marah. So, untuk menjaga keharmonian rumahtangga, haruslah didiamkan sahaja.. cuma persoalannya kat sini... harus ker nyorok2 kan?

Satu lagi contoh, kita tau partner kita tu mmg menyampah kalau kita layan awek kendu gilababas kat opis. Hatta kalau dia tau kita bercakap sepatah dgn si kendu tu pun, jelesnya masyaAllah.. ke langit biru!!

Tapi kata lah berlaku senario sebegini, kereta kita masuk bengkel. Datang pi keja di hantar oleh partner. Pastu time nak balik, partner nak ngambik, tapi disuruh tunggu barang satu dua jam sbb dia byk keja. Dalam masa yg sama si kendu plak mengajak tumpang. Korg

Jadi.. apakah reaksi anda? Sila la pilih di antara opsyen di bawah.. huhuhu...

Opsyen A:
Naik je dgn awek tu, tapi toksah bgtau partner. Tipu je partner anda. Dan doa bbnyk jgn smpi terserempak dgn dia kat rumah. Sbb kita 'assume' dia akan mengamuk kalau dia tau. dan jugak korg 'assume' dia akan rasa letih sbb asyik nak ngambik nganto korg. Kalau depa tanya., cakap je la naik teksi ke, jalan kaki ke, kereta kuda ke.. asalkan.. jgn bgtau yg korg tumpang awek kendu.

Opsyen B.
Tak mau tipu partner anda. So... lepas dah sampai rumah tu, kalau partner tanya balik macamana, baru la bagitau dia yg korg balik dgn si awek kendu. Sbb korg 'assume' bila benda tu dah jadi, dia nak marah bbnyk pun tak guna. Dan sambil2 tu doa la jangan sampai dia tanya soalan 'balik macamana?'

Opsyen C:
Jadi la awek yg mithali, langak la kat opis lagi dua tiga jam, tunggu je la partner korg amik. Sbb kita 'assume' dia takkan bagi permission punya lah!


Tapi..
macamana kalau sebenarnya assumption korg tentang kemarahannya itu meleset belaka?? Macamana kalau depa tak marah pun? Salah ke kalau bgtau dia elok2? Aku tak rasa manusia yg rational akan dgn senang2 hati mengabaikan segala solution yg ada...

Huhu.. mmg byk lagi kes2 yg assume2 nih.. assume dia ada affair dgn org lain, assume kita sebenarnya tak at par dengan dia, assume yg dia sebenarnya kuat jeles, assume yg dia mmg akan marah, marah, marah dgn apa aje yg kita nak cakap.. haha.. lagi lagi.. tak muat satu papan aku nak tulis kat sini.

So, aku assume kesimpulannya ialah... assume la sebanyak mana pun. Sebab sebenarnya, assumptionn kita yang menggerakkan tindakan kita. dan ramai org assume... kalau dah sayang, takkan la takleh maafkan kesilapan kot.

Semoga rumahtangga bahagia, dengan assumption yang berjela2... weeehuuu!

March 24, 2008

Sapa kata beli tiket bas kat puduraya tu senang? hah?! hah?!

waweee.... aku skrg ni terhamats lah sibuk nya. Kat umah sibuk membantu budak boo suk yg skrg ni sedang sibuk dgn hobi barunya, sampaikan nak mkn pun dia dah tak ingat. Di tambah pulak dgn adik aku yg baru lepas SPM tu duduk melepak kat umah aku. So, nak bukak forum dgn blog pun ala2 menjadi faktor takut2an. ehehehe. Tapi ujung mggu haritu aku dah anto dia balik umah mak semula. Pastu bila balik umah mula la terasa sunyi plak dia takde.. iskk. ehehe...

Oh yeah. Adik aku telah berjaya mendapatkan tempat untuk buat diploma kat salah satu IPT kat area selangor nih. Dan lepas tiga tahun kat sini, insyaAllah dia akan terus terebang ke negara matahari terbit. uhuhu.. bestnyaaa dapat gi Jepun. Tercapai la jugak cita2 dia nak ke sana, selaras dgn bijik matanya yg jugak sepet macam org jepun tuh..

Aku pun tumpang gumbira la jugok, sbb nnt kalau dia kat sana, bleh la aku pi jepun dgn akomodasi percuma. Selain dr itu, aku jugak gumbira sbb kesemua adik2 aku dah selamat lulus SPM dan jugak semua2nya dapat masuk IPT. Kesimpulannya, aku je la yg paling korok kot. warharhar... Yg bungsu dah nak mendaftar bulan 4 ni, yg second last plak, dah nak grad tengah tahun ni. huhu... Mak abah aku pun dah senang hati la. Semua anak dia dah lepas belajar kat sekolah. Dan lepas ni makin kerap la agaknya mak abah aku dtg sini, sbb anak bontotnya pun akan belajar kat sini. Dan kat mana lagi diorg nak melepak, kalau bukan kat umah aku. Kalau Mak ada, yg bestnya bleh la makan sedap. tapi... kalau family aku selalu ada, aku la plak yang makin berkurangan sesi sengga... er... senggayut. ahaha.. cit! mateila boo marah.

OK lah.. berbalik pasal cerita belajar2 ni. Aku dgn adik badik aku dah mula masuk asrama lepas SRP/PMR (aku la yg amik SRP tuh..). So sejak umo 16 tahun lagi kitorg dah terpaksa belajar ala2 berdikari gitu. Kena belajar naik turun bas sendiri nak balik kampung. Kalau takde bas kena la plak naik teksi, pastu siap boleh gaduh2 bagai dgn drebar bas. huahaha... Dgn baju2 sekolah bagai, dan beg berbondong2... harus la ai terfefeeling comel sewaktu itu kan? hehe..

Pernah ada satu masa tu, masa aku sekolah kat melaka, kalau cuti akhir semester, pihak sekolah akan belikan tiket. Tapi aku tak tau la plak tiket bas ekspres tu kena amik kat pejabat sekolah. Ingatkan ala2 ticketless macam air asia. haha.. ngok jugak kan? So.. dengan machonya aku pun pegi la naik bas sekolah dgn bebudak lain, menuju ke bas stand melaka yg kat tepi parit beso tu.

Sampai2 je kat sana, semua bebuds jejants dah ada tiket. Aku dgn sorg budak pompuan ni je yg tak amik tiket dr pejabat. Muka budak pompuan tu dah cuak kebebeh dah. Tapi aku plak, entah hapa angin tah, masa tu aku lebih terasa kedekut dan takmau beli tiket lain.

So, ai pun pegi la gaduh dgn pacik jaga tiket, nak naik free punya pasal la nih. Lepas tu pacik jaga tiket tu pun bebodoh jugak, segala hujah2 aku dia taktau nak bals apa, last2 dia dah naik malas nak melayan aku, dan pass aku soh gaduh dgn drebar bas plak. Aku pun gaduh dgn pacik bas tu. Aku kata... "Pakcik tengok la.. mesti ada dua seat kosong." Sambil bercekak pinggang kat tangga bas dgn baju2 kurung bagai.

Budak pompuan yg sesama tak amik tiket tu dah tarik2 lengan baju aku dah, siap cakap takpe la.. beli je la tiket baru. Dia cam pepening tgk aku gegaduh. Tapi aku kan degil. Ai taknak la membazir duit aku. Kan sekolah dah belikan tiket... Pastu agaknya pacik tu tak tahan tgk muka budak pompuan yg bermuka cuak dan sedih tu, dia pun kasi la kitorg naik bas free dari melaka sampai ke batu pahat (free ke hapa nya, sekolah aku dah bayar laa). er, anyway, yahuu...! hehehe.

Tapi itu zaman2 aku masih berani dan garang la. Skrg ni aku dah jadi macam kucing kestret. Penakuttt! Entah sapa yg kestret aku, aku pun tatau. Bangun2 tidur je, eh... dah kena kestret? hahaha...

OK.. kesimpulannya, aku rasa bebudak yg pernah masuk asrama ni lebih survive la dr bebudak yg tak masuk asrama. Dan pastu kalau bila tiba time nak masuk uni je.. mula la gelabah. Itu tak tau, ini tak tau. Mak bapak pun muka cuak je nak lepaskan anak depa tu pergi masuk uni. Lagi la kalau tetiba dpt sambung belajar kat are KL/Selangor... ingat calang2 ke pengalaman membeli tiket bas di puduraya tu? huhuhu... challenging wooo...

Daripada cabaran nak mencilok2 di sekeliling manusia kat situ. Cabaran mencari-cari kaunter bas ke johor di saat semua org depan kaunter menjerit Penang butterworth, penang butterworth... Takkan nak beli tiket pi penang kot? hehehe. Pastu cabaran mencari platform, dan juga cabaran mencari makanan dgn duit di dalam poket yg tinggal beberapa keping syiling aje. uhuhu... mencabar sungguh! Tengok duit, tengok makanan... tengok duit, tengok makanan. Last2, duduk balik kat kerusi batu tepi tangga platform, sbb kalau beli makanan, nnt takde duit nak naik bas dr bus stand ke rumah. adeh... sadis...

Tapi itu suatu masa dahulu. Masa zaman muda2 di mana sepatutnya org lain menuntut ilmu gila2, tapi aku plak pegi bantai bercinta macam ayam dungu aka kucing kestret. Last2, aku gak rugi sbb sampai la ni, kat sini je takuk aku, sedangkan org pompuan zaman ni ramai yg lebih gumbira bila dpt tgk duit kepuk2, kereta bersaiz XL, cincin berlian berkilat gemilat, baju dgn jenama seperti salvatoyo ferragomentados ataupun MiaNGo dan jugak lebih teruja melihat seorang yg berani gaduh dgn pacik bas ekspres.. huhuhu...

Kesimpulannya, jadi lah kita org yg berani... hahaha.. makasih! Jom gaduh! hahaha....

March 18, 2008

OMAIGOD... mari mengumpat.

Wargh.... tensen. harini tensen. Apasal aku tensen. Sbb pepagi buta lagi, sampai2 je ke opis, aku dah dengar suara2 nyaring yg menyakitkan kepala dan telinga aku. Fuh, fuh.. sabar kapal sabar.
Pernah tak korg rasa yg korg tersangat gilerbabs meluarts kat seorang manusia, walaupun korg sendiri tatau apa sebabnya. Dia takde lah curi bekal korg. Dia pun tak jugak la kebas gf korg. dan dia tak jugak slalu dok kutuk2 korg... tapi still, manyampah jugak.. adeh.

Ini lah yg berlaku kat aku dlm opis ni skrg. MasyaAllah... aku meluerts giler dengan sokrang budak yang boleh tahan baru jugak la join ini kampeni.

Mengapa aku meluat? Sebab dia ni mengadanya alahai... sampai aku naik benci. Cakap ala2 merengek2, gedik2... Bila bagi kerja pun jawapannya lebih kurang macam ni la..
" Alaaa... I tak reti nak buat la... susah sangat..."
ataupun begini
"Memang la tak sempat ambik minute. kauorang semua cakap laju sangat. I pening, so... I takleh minitkan semua.."

Hah! bang[ang] btol la. AKu mmg bengkek dgn pompuan yang lembek macam nasi benyek ni. Yang lagi mengharukan ialah, kalau dia nak mintak aku tolong.. boleh tak cakap macam manusia zaman biasa ni cakap, Watpe ko nak fefeeling mills&boon bagai? Ini opis nyah.. bukan katil aku. Kalau atas katil aku nak merengek2 tu.. ai terima dgn tangan dan jari yang terbuka lah kan...

Klau dia nak mintak aku tolong.. susah sangat ke kalau nak cakap camni..
'Kapal.. boleh tak nak mintak tolong sikit?'
Kan kan? aku okey aje la, dan tolong dgn penuh propesyenel.

Tapi mengapa mesti buat begini kalau nak mintak tolong...
first step, akan berjalan mendekati aku, betul2kan tudung, pastu tertunduk2 di tepi telinga aku, pegang bahu aku, cakap camni kat tepi telinga aku.
'kapaaaaaaaaallll, boleh takkk (ehek), tolong tengokkan benda ni... (ehek, ehek) I dah buat banyak kalllli dah. tapi tak jadi jugakkk (ehek, ehek, ehek..)'

WARGHHHHHHHH!!! bodo lah! gugur lilin telinga aku!

Iye aku tau aku senget, dan sukakan permpuan... tapi itu tak bermaksud aku sapu je mana2 pompuan. dan aku bukannya jenis pompuan senget yang sokmo jadi cair bila ada org merengek. mak tak desperado okeh! Aku bukannya gatal gelenyor suka pompuan merengek2 camtu.
Kalau kau dah kenal baik dgn aku, ai boleh la consider uols nak bermanja manji kan. Tapi motif hari kedua di opis ni dah nak rengek2... mak geli okeh?!! eeee.. tolonglah!

Dan aku tau dia pun bukannya nak mengorat aku, sbb dgn semua orang dia buat macamtu... yang jugak menyakitkan telingerrr aku ini mendengarnya...

Argh.. sakit sakit sakitnya hati, telinga dan batu jemala. ha.. tu lah.. kan dah. pepagi buta dah mengumpat!

March 16, 2008

apa punya entry daaaaaaa

huhuh...
dah lama giler aku tak menulis kat sini. Sebenarnya lama sebab nak meredakan diri dari terus2an menulis pasal politik. Itu satu la.. dan satu lagi ialah disebabkan aku terlalulah kesibukan dan jugak kekalutan menganto adik aku balik kg. utk tgk result spmnya, dan pastu family aku plak datang ke sini.. haiyo.. bz bz bz...

OK... so... takleh cakap pasal politik yea.. hmm hmm hmmmm... hehe.. ah.. blasah lah

Dedolu.. aku pernah buat entry pasal panggilan nama untuk kekasih. Ada yg panggil sayang/sayang, hunny/bunny, cinta/kasih, adik/abang(??!), baby/baaabb... eheheheh...

Anyway, aku skrg ni panggel gf aku dgn nama boo.. ahaha.. Pastu bila kan suruh anak bulu aku panggey dia, tambah aje 'e' kat depan tu, jadilah e-boo. So, saly ada mama dan ibu.. Senang cerita. takyah nak bermama-B atau mama-T atau mama bosan bagai.

Tapi kan, tetiba bila ai terfefeeling menjadi seorang yg lebih tua dlm relationship ni.. kengkadang terpikir la jugak.. (baru pikir je, tak pernah buat lagi), agaknya best ke tidak ek kalau kita membahasakan diri sebagai kekanda dan adinda..? hahaha.. uwekk! Muntah la pulok sekejap..

Okey.. selepas mengelap muntah yg dah melambak kat atas kibod ni.. (eewwww!!) hahaha.. tetiba terasa cambest la jugak kan kalau panggil kanda dinda ni. Bayangkan la tetiba ada yg pakai tanjak sama letak keris kat pinggang, duduk atas kusi canthek ala2 pelamin. Pastu ada gundik2 tolong kipas.. (fuiyo.. pastikan gundik anda pakai baju yg jarang2 gitu..), dan di sebelah tu ada seorang permaisuri yg sentiasa bertakhta di hati sedang tersenyum simpul malu. Aku nak permaisuri tu pakai baju ala2 Mulan Jameela dlm video clip, la la la la.. makhluk Tuhan, yang tercipta, yang paling sexy.. ahhh.. nyamannnn sih, asikk sekali... yeaha.

Ish.. tetiba di malam2 hari ni byk la pulok yg dipikir2in. hehe.. Apa2pun, tetiba macam nak try la plak menggunakan kata2 kekanda dan adinda. Er.. sbb dalam salah satu bacaan selepas nikah pun aku baru tau ada gunakan perkataan kekanda.. bley? harus la gelis.

Er.. tapi kalau tetiba aku panggil boo as dinda. Dan aku bahasakan diriku kekanda... dan lepastu aku kena basuh cadar (sbb dia termuntah la..), dan si anak bulu aku pun boleh termuntah2.. maka, takpe lah.. aku kekalkan je la memanggil dia dgn nama boo..

makasey!!

March 12, 2008

ok ok.. last tulis pasal politik. hahaha...

Huhuhu.. ailaikk jugak la tetiba blog aku ni tempat terbincangnya pasal politik. hehehe.. Tapi rasanya, dah 4 hari selepas pilihanraya, segala realiti sudah boleh diterima oleh semua orang. Bahawasanya, BN walaupun dapat kuasai parlimen, tapi tak sampai 2/3 pun. Dan 5 negeri dapat dipegang oleh barisan alternatif. Okey.. itu fakta basi..

Boo selalu dok gelakkan aku kalau aku cakap pasal politik. Dia kata aku emo. Aku mengaku aku emo, tapi tak ngaku aku fanatik. Bley? Macam tak seswai aje kan..? Hasilnya, dia hanya akan gelak2 poyo kalau aku bukak mulut pasal politik, dan kalau tak pun, dia pekup je mulut aku, soh aku diam. haha.. Padan muko den. Cuma satu ayat boo yg aku suka dengo.. "you memang manyampah betul dengan si tut-tut-tut tu kan?"
Ye la kan.. apa benda prominent yg dia pernah buat selain daripada mencetuskan rusuhan? Hero sangat kah pacik itu? Tapi itu kata aku yg tak pernah tidur sebantal dgn dia. huahaha... sedangkan tido sebantal pun kita still tatau isi hati punya dalam seworang manusia...

Bottom line is, aku nak tekankan lagi, tak kira la sapa pun korg undi, samada barisan depan, belakang atau barisan senget, kita semua rakyat malaysia yg layak menerima segala jenis kebaikan yg dibawa oleh kerajaan, dan kita juga sudah semestinya dapat tempias kalau ada perkara tak best yg dibawa oleh kerajaan.

Takde la maksudnya org yg tak pangkah barisan alternatif tu still kena bayar tol, yg pangkah diorg je yg boleh lalu free.. kan? Apa? diorg nak check ke?

Camni:

budak jaga tol: Akak ni pegi ngundi tak?
org lalu kat tol: Pegi.
budak jaga tol: akak ngundi sapa?
org lalu kat tol: saya undi BN.
budak jaga tol: oh.. pengundi BN kena surcharge 50 sen.
org lalu kat tol: Apsal plak?!!
budak jaga tol: sbb itu management decision. kalau tak akak takleh lalu... Kalau akak tak puas hati sila jumpa boss saya.

hahahha.. ada ke macamtu? gila kapang la pulok kan. ini dah jadi macam kronisme terbangang dalam negara. huhuhu..
Apa2pun, takkan la terjadi macamtu kan? ehehe..

Macam kat penang, segala saman dah termansuh. dan semuanya dapat kelebihan tu. alhamdulillah.. Dan begitu juga dasar ekonomi baru juga bakal dihapuskan di penang. Baguslah.. dapat org penang merasa perubahan. Pastu penang akan gunakan duit petronas utk biaya pembinaan jambatan ke2. Untung depa semua. Jimat duit org penang.

Anyway, ai rasa mmg sebenarnya tak senang nak menguruskan satu negara majmuk macam malaysia ni. Kita pun tidak awal2 lagi telah terhidup dalam satu bangsa, tak macam Indonesia. org indonesia tak kira apa bangsa pun, nama masing2 tetap melambangkan bangsa indonesia. dan diorg cakap bahasa indonesia langsung takde pelat. Malaysia? veride majmuk. Even org melayu KL, jawa johor, gewe kelate, cakap dah lain. Cina dan india? huhu... lagi la tak sama, kan?

So... sesungguhnya rakyat dah bagi harapan besar kat barisan alternatif untuk walk the talk. dan bukannya talk talk until when when...

Dan sesungguhnya, Tuhan itu maha adil dan maha kaya. Diserahkannya negeri perak dengan majoriti kecil barisan alternatif yang sekarang memberikan kita peluang utk tgk kerjasama yang tidak berbelah bagi yang boleh mereka tunjukkan. Ala2 small test utk run a country gitu. Takmo la kerajaan belum pun menjadi, masing2 dah cakap sana, cakap sini... last2, rakyat negeri lain geleng kepala aje. eheh. Tapi nasib baik la kesultanan Perak mmg jenis yg pandai2.. huhuhu.

anyway, rasanya, lepas ni aku kena stop2 la tulis pasal politik kot. Nnt boo sure gelak2kan aku lagi. ahaha.. Dan kepada korg2 yg menyampah sbb aku tulis pasal politik macam org tah pape. Mmg aku tah pape. Sbb tu la aku takleh join politik. huhu... Anyway, marilah kita semua berdoa supaya dgn berlakuknya pergetaran di arena politik negara, kita sebagai rakyat akan mendapat yang terbaik. Tak kiralah siapa pun yang jadi kerajaan. Aaaamin...

p/s: Susah2 lari je. Biar jadi pendatang kat tmpat lain.. drpd jadi pendatang kat tpt sendiri. huhuhu...

March 10, 2008

Emosi pasca eleksi.. ahahah ayattt... DBP tlg approve bley ke?

Oowww... ehehe... such an upsetting yet uplifting election. Aku mmg United Malay punya worang, tapi... aku pun suka nak kerajaan sedar silap2 diaorang. so.. its good la... kot? ehehe
Dan dgn poyonya, aku menetap di negeri yg bermenteri besarkan PKR, di kawasan yg ahli parlimennya DAP, dan ADUN BN yg menang dgn majoriti 45 undi je. heheheh... how cool is that?!

Oh yea, ayat disklemer aku, mmg aku tak ngundi tahun ni, tapi sukati aku la nak mengomen apa yg berlaku kan. haha.. pasni aku nak mendaftar lagi utk kesekian kalinya, harap2 kali ni nama aku lepas la, sbb kalaupun tetiba BN jadi pembangkang, aku tetap org BN.. bley gitu? wahaha..

Huhu... bak kata Pak Lah.. demokrasi masih berfungsi di negara ni. damn right it is! hehehe.. dan ini sebenarnya masa utk BN rasa panas2 sket kat kerusi tu. Fikirkan sket yg diaorang tu sebenarnya menjadi pemimpin atas pilihan rakyat, dan juga atas kuasa Tuhan.. bukan sbb hell yeah i'm good.. huhu.. takde makna. So, harap2nya.. depa tau nak buat apa utk meyakinkan rakyat bahawasanya motto aman, makmur, sejahtera tu bukan setakat cakap kosong. Prove it lah..

Dan.. utk jangkamasa penggal ini, ada byk benda yg aku nak tunggu. Pembangkang pun kena la buktikan yg diorg bukannya jenis ahli politik yg berjanji kosong. Selama ni sesuka hati kutuk kerajaan, sekarang masanya diorg buktikan. Org lain dah pepenat undi kan, kalau takde pape yg berlaku, mmg harus campak ke longkang je la... Dan kalau tetiba lapangan terbang ada kat Permatang Pauh?? tett tett tettt..!

So, sesungguhnya aku teruja nak tgk rega tol LDP tu turun.. dr RM1.60 jadi singgit balik. Lagi bagus, kalau di cempak aje pondok2 tol tu jadik tukun tiruan. Senang sket aku nak ke sunway pyramid mkn carl's jr, ataupun nak ke ikea mkn karipap. Bayangkan la.. satu karipap rega singgit. Kalau takde tol pegi balik, aku bley beli TIGA ketul karipap Ikea.. yahuuu!! Pastu tol kesas yg ke shah alam tu pun, mateila mahal kan? haha.. turun,turun!! ailaikk.. Kalau tetiba org2 keja tol tu takde keja.. takpe.. kat penang dgn singapore ada byk keja. ehehe..

Oh.. lagi satu yg aku teruja nak tunggu ialah pasal yuran IPTA.. Kasi bakar itu PTPTN!! so that boo aku pun takyah bayar utang dia, dan dia boleh belanja aku mkn carl's jr jugak.. ailaikk.. (mateila gila burger kan?) Pastu tolong lah keluarkan balik biasiswa atau pinjaman yg tak membebankan macam yg pernah di beri oleh JPA dulu. Ini kerja pun tak dapat lagi, tapi dah nak kena berutang.. camno?? heheh..

Eh... tapi bila baca2 manifesto, rupanya keadilan nak bagi FREE belajar dr tadika sampai universiti? ehehe.. bagusnya. Tapi jangan la pulak belajar free, tapi tetiba ada yuran tambahan, elaun guru, cukai petrol, bayaran utk beg berat, bayaran installment laptop... ehehe..
Dan bila katalah PKR berjaya memegang tampuk pemerintahan dalam masa lima tahun lagi ke.. kan, dan dah dibenarkan pelajar IPT bergiat dlm politik, tetiba ada org pro BN yg giler aktif yg lebih terer cakap drpd encik an-WAR dan enche k-HAIRY yg lebih bijak nak bercakap dan bantai dia pulak.. jgn la buruk siku ya. Takbleh la tarik2 balik hak yg dah diberi... mana aci...

Argh.. apa2pun, tak kira apa pun bendera yang dibawa oleh kerajaan. Semuanya harus untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Rakyat di sini, di sana, ataupun di siti... Semuanya nak hidup aman damai, dengan hak masing2 yang terjaga.


Tapi... ini ada satu senario yg aku nak korg pikir2kan...

kalau korg dah ada rumah, tetiba ada org dtg tumpang duduk kat umah korg, dan korg bagi duduk free je, takyah bayar sewa. Lepas tu, dia yg rajin kemas rumah, beli barang untuk rumah, dan cantikkan rumah..

Persoalannya:
Adakah layak untuk dia claim rumah itu adalah rumah dia?
Layakkah dia deny hak korg sebagai tuan rumah?
Atau sebenarnya ini adalah salah korg yg sendri tak sado diri dan takda inisiatif nak memperbaiki rumah sendiri, sehingga get carried away membenarkan dgn gembira dia membuat sesuka hati dlm rumah tu? So..padan la dgn muka korg... sapa suruh malas di rumah sendiri....!

So.. sebelum rumah kita diambil org lain di atas kelalaian kita sendiri. Jom.. bukak mata sikit.
Sekian dari Sekapal yg fefeeling cryptic...

March 7, 2008

Bila dapat peluang, jgn tak buat pulak...

Wah ha ha...
Esok mengundi. Nesiyat aku kepada yang boleh mengundi, dan tak terbeban dengan aral tak boleh balik kampung, ataupun kerana bertugas demi kepentingan negara dan bangsa... sila lah balik mengundi esok. Sila lah pangkah sesiapa yang anda rasa nak pangkah. Cuma jangan pangkah kalau tak suka. Pangkah yg mana anda suka.

AKu? Korg toksah la tanya. Aku mmg despise kecekapan SPR yg apabila selepas 2 kali mendaftar, nama aku masih lagi takde dlm database pengundi di malaysia. Bang[ang] btol... Org yg daftar sesama dgn aku dah dua penggal mengundi. Terima kasih SPR, anda telah membuatkan saya berjaya menjadi org yg hanya pandai cakap, tapi takde suara.. makasey.

Hahaha... smlm ada sorg ni dia cakap kat aku yg dia taknak mengundi.. atas alasan.. 'ala, mmg BN akan menang. mengundi ke, tak ke.. sama aje.' hehehe... dan penyudahnya, mmg si dia kena basuh dgn aku di tengah hujan malam, di bawah sinaran cahaya bulan, di dalam kereta. (tolonglan bayangkan aku yg tgh dating dlm keta, tetiba cakap pasal politik... tak ke haru namanya tu..?)

Okey lah.. alang2 tersentuh pasal politik ni... alkisahnya sepanjang demam pilihanraya ni, macam2 bunyi yg didengar... Ada yg kata.. kenapa nak tukar pucuk pimpinan lagi.. Kita kan dah berada di landasan yang betul. Ada yg kata manifesto pembangkang tak masuk akal. Ada jugak yg kata manifesto pembangkang yaaampun cool banget. Ada yang kata kalau pembangkang di beri kuasa, semuanya boleh berubah menjadi lebih baik. Tak kurang juga yg hu ha hu ha cakap anti kerajaan, last2 pangkah dacing jugak. keh keh keh. well... biasa lah kan.. being rebellious ni mmg cool. Ikut peraturan tu sgt skema dan membosankan... kan kan? So.. tak cool la kalau time demam ni sokong gamen... tapi bila undi tu, diam2 sudah laa..

hehehhe..Aku memang langsung tak pandai berdebat pasal politik nih. Sebab aku bukan seorang yang rajin membaca, dan bukan jugak seorang yang suka nak ambil tahu hal2 dlm kain ahli politik ni, yang ala2 thrill gitu. Cuma, aku percaya, kalau org tu bagus.. tunjukkan yg memang dia bagus. Kenapa mesti nak tunjukkan kebagusan, dengan cara memburukkan orang lain.? Hatta memburukkan org lain masa berkempen tu, dibolehkan dalam Islam.. so what? Harus ke?

Undi anda amat berharga. Kalau takde satu undi, takde la sepuluh ribu undi. kan? kalau... kalau lah aku boleh mengundi, aku akan memangkah calon parlimen Parit Sulong (johor) yang kerusinya ditandingi oleh calon baru BN, iaitu.. Akak presiden Puteri Umno; Datuk Noraini Ahmad. Yang juga merupakan seorang Scorpio dgn tarikh lahirnya masyaAllah.. sama macam tarikh lahir abah aku daaa.. (tahun je lain). So... kalau aku mengundi, sah2 la korg tau siapa yg aku undi kan...

Dan sesungguhnya aku mmg org johor yg masey lagi penyokong kerajaan.. kuat tak kuat tu.. blkg kira la.. tapi... heh heh heh.. Lagipun,sebagai seorang pompuan yg mmg ala2 feminist gitu, ai tak nampak perjuangan yg memberatkan aspek kewanitaan dlm parti politik lain... its as simple as that la kot. huhu. Ai takde roket dan ai jugak naik ke bulan pada masa2 tertentu nan privasi sahaja.. huhuhu..

Anyway, kepada mereka yang mmg langsung tak pro government, undi lah parti pembangkang. Kalau ada yg atas pagar, rasa macam... kerajaan di bawah pengaruh majoriti 2/3 BN ni byk sgt perkara takbest, pangkah lah calon pembangkang... Bagi diaorang peluang... Biar diaorang tunjuk apa yg boleh diaorg buat utk meningkatkan kualiti kehidupan org lain... Jangan nak sibuk2 bising2 kutuk sana, kutuk sini. Air liur boleh basi. Yang penting undi...

Well.... kalau tetiba kehidupan menjadi lebih huru-hara... pondok tol masih tercongok gak depan mata, kelab malam yg khas utk perempuan sahaja tak dibina jugak.. takpe.. penggal depan, kita undi la BN semula. Bukan ke life is all about changing and reverting back and forth to where we 'think' we belong? Dan kita sentiasa boleh jilat balik apa yg dah terkeluar dari mulut. so.... undi jgn tak undi.

Boo... esok bgn pepagi... Saya anto awk pegi mengundi.

March 5, 2008

We're there....

to my deaRest baby Boo...


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku

Aku yakin kita mampu...

March 4, 2008

emo emo emo... bosannya bila diri sendiri emo... cis...

Hmmm.. hmmm.. hmmm

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula org yg bukan suami isteri. ngehngehngeh... Aku dgn boo mmg boleh tahan la agak aktif dgn kes gigit tergigit lidah. Literally ka.... figuratively ka... figure it out la kan.. huhu..

Tapi, kalau yg secara figuratively tuh mmg takleh nak kata takde la. Tipu la kalau aku katakan yg kehidupan kitorg berdua semuanya indah belaka, seindah.. apa tatau. So, kes2 tarik2 muka, majuk2 manjer, majuk2 tak manjer, baling barang ke dindind (aku la yg baling tu) mmg sah2 lah ada.

Especially skrg ni bila aku rasa sangat2 incapable utk meluangkan masa bersama dgn dia pada waktu malam, dan juga pada setiap hujung minggu. Kerja aku mengadap komputer pagi, petang, siang, malam. Kalau aku bosan bekerja, aku men game. Kalau aku dok berbaring2 dgn dia, sah2 lah aku pun terlena dek bau kulit dan rambutnya. huh...huhuuhuuu
Kat opis pun skrg takleh YM... semakin berkuranganlah jugak kisah komunikasi di antara kitorg berdua.

Satu masalah aku plak... bila aku bekerja, aku ni cepat sangat terasa. Adakah aku tak mampu membuat dia gembira? Ataupun, kurangkah perhatian yang aku bagi kat dia? Adakah dia akan bosan dengan aku sampai lebih gembira mencari keseronokan di luar sana. Macam2 perkara yang berlegar dalam kepala aku yg takleh mengeluarkan minyak geliga nih..

So, bila terasa2 hati tu, byk la pulok sesi luahan hati. Samada diluahkan secara berhemah, ataupun secara emo-emo. huhuhu. Nampaknya semenjak dua menjak berkapel dgn budak muda ni, aku plak yg macam budak kecik, asyik nak merajuk tak tentu pasal.

Tapi satu kelebihan aku dgn dia ialah... kitorg ni kalau merajuk tak lama.. paling bang-ang pun dlm satu jam aje. Lepas tu baik balik la. Dan aku tak dibebankan dengan masalah asyikkk je nak pujuk dia. Ada masanya dia pun pujuk aku jugak. Aku rasa lega sket sebab tak nampak macam aku je yg terhegs-hegs nak kat dia... dia pun, nak jugak kat aku.

So... gaduh2 pun, pastu cepat je boleh ok semula. Cuma yg tak tahannya, kalau dlm satu hari yg ada 24 jam tu... lebih banyak jam yg dihabiskan dgn kes tarik muka masam.. adeh. Sakit urat pipi tembam aku nih.

Memang ada masanya dia buat aku rasa macam.. isshhh... aku baling henpon ni karang (hahaha).. Tapi sebenarnya, aku kengkadang lupa... masa aku sibuk, dia banyak bagi ruang kat aku. Dan jugak bersusah payah tolong uruskan rumah, uruskan makan pakai, walaupun ada masanya bebenda itu dilakukan dlm keadaan menghentak2 kaki... eheheh.

Sebab tu jugak lah, walau sibuk mana pun aku, la ni aku macam baru tersadar sket. Aku cuba jugak luangkan masa dgn dia, melayan kerenah manjer2 dia tuh, walaupun itu bermaksud aku terpaksa tidur sampai pukul 3-4 pagi, dan pening2 kepala apabila idea jadi kering tetiba.

Tapi... mlm tadi, aku tidur pukul 4 pagi... dan bila dah time bosan2 menaip tu, aku tengokk je muka dia dgn anak aku yg tidur berdua atas katil tu. rasa macam.. sayangnyaa aku kat diaorang. Membuatkan aku terfikir.. apa lagi yang aku nak? Aku ada dia, aku ada anak bulu aku, aku ada kerja...

Dan pagi tadi, masa aku nak bangun pergi ofis, dia (yg tak pegi keja pun harini), peluk aku kekuat.... dan cakap dia rindukan aku.
I know babe... I miss you too. Its been quite sometimes aku tak baring sesama, dan pejamkan mata sesama dengan dia. Kebanyakan masa, dia tido, aku langak kat meja.

So.. sapa kata dok sama pun takde rindu-rindu.. adaaa...

Eh... motif fefeeling cintun harini? iskkkhh...

March 3, 2008

tahniah ayu kerana anda berjaya... yeay!!!

Oh yeah... harini aku terasa nak let loose lah dari menulis pasal perkara2 yg mempermain-mainkan emosi.. huahaha.. yo yo la.
Karang musti terpesong jua.. huu

Anyway, aku nak mengucapkan tahniah kepada Ayu yang menjadi juara One in a Million 2 (OIAM 2). Sesungguhnya aku dah suka kat budak Ayu ni sejak dia masuk audition utk OIAM 1 lagi. Masa tu aku rasa macam.. yeah, ini org yang sepatutnya diiktiraf. Tapi sayangnya masa OIAM 1, ayu tak pergi jauh. MUngkin sbb masa tu style dia macam ala2 budak kampungs lagi la. Agaknya la.. ataupun, senang kata, masa tu bukan rezeki dia.

Skrg ni aku nak ceritakan debaran aku menonton cerita ini sabtu malam haritu dgn boo..

Memula masa dia nak umumkan satu peserta yg bakal terkeluar, aku dah tertonggeng2 atas bantal dah. Mateila mak takuts kan. Sbb ai ala2 sokong Ayu gitu.
Kalau mengikut gerak hati aku... ayu boleh menang. tapi at the same time aku rasa shila mmg konfem masuk final... dan Sarah? Aku rasa dia ni ramai peminat. So... dia pun macam ala2 konfem je masuk final... So? Last2 aku cam pasrah je.. ala... shila dgn sarah kot...

Tapi bila diumumkan Sarah yg keluar... ai macam dah ala2 80% konfem yg ayu akan menang. Tapi bila tgk Shila buat final performance, terkedu la pulok kan.. sbb mmg cambest gitu.

Yang lagi bestnya, aku sesama dok kipas2 boo suruh dia vote. almaklumla, ai dah takde kredit dah ujung2 bulan nih. haha.. Boo kata dia pun boleh undi dua je. satu utk dia, dan satu utk aku.

Pastu bila nak umumkan pemenang, mmg kitorg berdua dah ala2 stress, sampai boo bleh cakap.. kalau ayu tak menang aku kena bayor lima posen. ahaha.. motif? lepas geram la tu, kot2 ayu tak menang.

Last2 bila ayu menang jugak.. eyahuu.. ai boley buat mexican wave sensorg. hahaha... bestnya. telahanku benar belaka.. (walaupun diganggu oleh perasaan yang ala2 kurang konfiden di tengah2 hari)
mmg aku tak dapat sejuta, dan dia pun takkan beri aku barang satu sen pun daripada sejuta tu... tapi.. ah well, she deserves it lah..

Aku rasa, dah tiba masanya Malaysia mengiktiraf seorang yang memang boleh menyanyi.. rather than yang ada showmanships dan kechantekskan. Walaupun sebenarnya bila dah masuk industri, bebenda halwa mata itu still lebih boleh dijual, tapi.. at least, mentaliti pengundi kiranya dah berubah...