Yea... kebosanan melanda hari jumaatku ini hari. Malas yaampun mau buat kerja. Dgn keadaan body ai yg dok lenguh2 sini sana, lagi la aku macam terasa langsung tak berada dalam keadaan kesihatan yg merah jambu sekarang ini. Skrg ni masalah hidung berair dan kebersinan bertalu2 menjadi perkara rutin dalam kehidupan di waktu siang hari. Hidung aku yg berair dan tersumbat ni seterusnya mengganggu la selera aku utk menghidu makanan dan juga menghidu keharuman dan kebusukan alam semesta. hehehe...
Kalau org kata, mereka yang suka mendengar bebenda yg payah utk didengar, digelar telinga lintah. Aku ni mungkin sebenarnya mempunyai hidung lintah. Aku sangat gemar membau, terutamanya yg wangi2 la ye. Yg busok2 tu aku serahkan kepada jaringan penapis hidung utk menapisnya sahaja.
Aku punya kebolehan membau yg agak kuat, sehinggakan, sampai sekarang, kalau aku terbau perfume2 yg dipakai oleh perempuan2 yg pernah dekat dgn aku, akan aku tertoleh2 berkali2. Kengkononnya terasa macam pompuan itu ada berdekatan dengan aku lah. So ini hari aku nak cerita pasal perfume dan perempuan yang pernah hadir dalam hidupku. (ye, sama macam tajuk kat atas tu ye..)
Mmg sebenarnya org2 pompuan ni suka banget laaa tukar2 perfume. Tapi hanyalah perfume yg mereka pakai sewaktu bercecinta dgn aku, itu je yg aku anggap valid utk menjadikan hidung aku seperti hidung lintah.
Ex aku yg first, yg menjadi inspirasi kesasauan aku semasa aku berumur 16 tahun dulu memakai perfume Body Shop Activist.
Ye.. mmg perfume tu utk lelaki, tapi sbb dia pakai, aku punya otak sudah kata itu bau dia. Skrg ni kalau aku gosok2 hidung takde batang aku ni, masih boleh lagi aku ingat bau perfume itu. Masa aku terpisah dgn dia selepas SPM, dia bagi aku sekor beruang kecit, yg aku rasa dah dicelup dlm perfume itu. Beruang yg aku kepit macam org giler setiap kali sebelum aku nak tido. Setiap kali aku bau, setiap kali itu lah aku terbayang2 wajahnya. Ah! Jiwang karats sungguh. Ahahaha.. sungguh poyo kalau diingat2 kisah lama time aku meroyan dulu.
Ex aku yg seterusnya. Yang ni berkapel dgn aku sampai 11 tahun, so,sungguh la banyaknya perfume yg dia pernah pakai sepanjang masa kami bersama. Sampai aku pun tak tau dah bau trademark dia. Try gak gosok2 hidung ni, macam byk sgt la plak percantuman bau yg ada. hehee..
Tapi yang aku paling ingat sekali, ialah perfume yang dia sangat2 idamkan semasa kami berada dalam tahun 1. Sungguh giler dia menginginkan Estee Lauder's Pleasures. Oleh sebab itu jugak, aku dgn gegeh la pegi ke Sogo, tersenget2 macam budak yg sedang menyiasat kes pencurian je (sbb aku pegi sama2 dgn dia, harus la kena cam undercover sket kan..). Dan untuk besday dia tahun tu, aku hadiahkan satu set perfume ni dgn losyen dgn shower gel lagi. Ahahah.. aku gumbira sbb dia wangiii. Dia pun suka sbb dia sudah boleh wangi2! ahaha..
Dan walaupun selepas tu dia dah tukor2 pakai perfume lelain seperti Gucci No 5, Elizabeth Arden's Fifth Avenue, dan tah pape lagi yg aku tak leh nak ingat, aku akan tetap teringat kat dia, setiap kali aku membau Pleasures itu..
Seterusnya, bekas kekasih gelap aku yg mmg giler2 buat aku menjadi insan meroyan mabuk chenta (walaupun semasa sedang berpartner.. huhu), merupakan seorang yg giler dgn perfume. Masa kitorg tgh hangat bersama, dia merupakan pengguna Emporio Armani for Her.
First time aku jumpa dia, aku punya hidung sudah keluarkan antena. Waaaa wanginyaaaaaaa!! Aku rasa dia mmg tetiap hari mandi guna air perfume tu gamaknya. Sbb aku bau dari hujung rambut, sampai ke hujung kuku kaki dia ada bau yang sama. Dan mmg bau tu buat aku jadi gila bayang dan sasau tahap 5 bintang. Kalau jalan2 kat memana ke, terbau je bau tu, leher aku jadik panjang macam zirafah. Mana tau kot2 terserempak dgn dia. hehe..
Kemeroyanan aku semakin menjadi2, apabila pada Valentine's day tahun 2001, dia bagi aku hadiah seekor beruang yg berbulu yg juga aku saspek telah dicelup dgn perfume itu. Wanginyaa.. mmg tak tido malam ai dibuatnya. Dan perjumpaan terakhir kami sebelum dia kawen, dia bagi aku sekebat gambar2nya yg aku rasa juga telah dicelup dlm perfume itu. Yg berjaya membuatkan aku jadi org gila dan tidur bertilamkan gambar2nya pada malam2 yg aku tetiba terasa sangat2 rindukan dia. Adeh.. Dia mmg berjaya buat aku gila. Tapi.. beruang dan gambar2 tu semua sudah kena tiunggg sama my ex. hahaha.. motif dah kawen meroyan kat org yg dah kawen? hehehe... Tapi skrg ni aku konfem, sure dia dah tak bau tu lagi, dan aku pun tak meroyan lagi dah. heheheh.. (iye ke?)
Gf aku sekarang ini..(eh, sekapal dah ada gf? sosek sosek sosek) hahaha... macam byk giler la plak perfume dia yg aku nampak. Different perfume for different occasion gamaknya. Cuma satu perkara je yang pasti, ialah pada satu pagi yang hening, aku terdengar jeritan dia..
"Alamak!! perfume dah nak abis!!"
heh.. sabo je la...