Anyway, aku tak de di talian dalam jangka masa yang lama sbb aku dok pergi berjenjalan ke negara jiran. Kekdahnya, aku mengikut kakakeboon ke Indonesia. Ikut sebagai apa, aku pun tak sure, yg penting, aku bukan la bodigad dia, sbb, dia lagi kuat angkat aku. haha...
Dr LCCT kitorg mendarat di Bandar Udara Internasional Soekarno Hatta kat Jakarta. Kat sana kitorg kena tunggu selama beberapa banyak jam untuk menunggu flight seterusnya ke Surabaya. Sampai2 je kat sana, mmg tercangang2 la macam kambing masuk jakarta. Nak bertanya tempat utk check in utk domestic flight, kaunter pertanyaan hanya dipenuhi oleh para2 cleaner yg masing2 menjual kat topup. Toleh kanan, org2 teksi, toleh kira, pun org2 taksi jugak. Kengkonon berjalan taknak kena tipu la kan, so, takmo la ternaik teksi utk ke tempat yg kitorg sendiri tak sure kan.. last2 tanya pakgad yg ada mengwisel teksi2 yg tak reti2 nak jalan di sekitar airport.
Lepas dah tahu cara yg percuma utk ke terminal domestik, kitorg pun, makan la... Utk tghari tu, makanan yg dimakan ialah Bakso Malang, yg berasal dari daerah Malang, utk org2 yg takmo bernasib malang.. agaknya la.. hehehe
Sbb lama melangut kat epot tu kan, makan byk la benda yg aku dok perati. Di antara perkara2 yg macam pelik dilihat oleh aku (yg mungkin tak pelik pada org lain) ialah..
- Surau kat epot tu campo lelaki dan perempuan, merasa la solat sebelah org lelaki.. auw! hahaha
- Masa solat, diorg leh selamba2 je tinggalkan laptop kat luar surau, berani sungguh, takde sape nak amik kot?
- Tandas kat epot antarabangsa sama tarafnya dgn tandas kat stesen bas kat bandar muar. heheh.. pakai baldi dgn gayung tuuu
Dah letih menerawang keliling epot, kitorg pun naik la flight ke Surabaya. Ya ampun... pramugari AirAsia Indonesia jauhhhhh lebih kenduuuu drpd peramugari airasia malaysia. Dan aku cadangkan kepada korg semua, supaya, time diorg buat demo cara memakai tali pinggang tuh, toksah la pandang depan, tapi pandangla peramugari di belakang anda.. yea yeay! *erk.. pose.. pose..*
Sampai kat hotel, dilayan oleh pekerja hotel yg kendu gilerrr.. Kakakeboon giler teruja tgk perempuan itu. Sehingga ke dalam bilik hotel dia tersengih2. Ingatkan aku je yg gatal, rupanya dia lagi gatal drpd aku. Acamna rupa perempuan yg digilai Kakakeboon itu, lihat la gambar di bawah... haha..
lalala... pandangan udara sahaja ye puan2, jgn harap korg semua nak mencuci mata lelebih bulan poser ni. yahuuu...
Sbb kitorg menginap kat hotel Sheraton Surabaya, maka adalah amat mudah sekali utk aku merayau2 ke soping kompleks, kerana kekdahnya hotel tu attach dgn Plaza Tunjungan (ada 4 building) dan juga Sogo. So, mmg la terasa seperti hidup di celah2 soping kompleks adanya. Walaupun ada promosi soping gede-gedean, tapi sebab duitnya nggak gede, ye, nggak sopping.. haha.. So, aku pun, makan la jugak.. Utk lunch haritu, makanan aku ialah mi ayam jamur (sama cam mi kering je) dgn teh botol sosro.. Feeling cambest la plak minum teh dalam botol. haha
Teh Botol Sosro - Rasa cam bunga (kata kakakeboon)
Utk dinner, aku makan KFC je. Teringin nak rasa KFC perasa Indonesia. Yang bestnya, kat sana semua fast food ada serve nasik. KFC, McD, A&W, semuanya ada nasik. Aku yg tak nak makan nasik ni pun terpaksa la jugak makan, demi kerana terasa nak mkn kfc gaya indonesia. heheh..
Hari kedua kitorg kat sana, adalah hari merayau2 berjalan2 memperabih duit naik teksi. Yg mmg sesungguhnya, duit habis kat teksi dan juga mknn nasi padang yg menjerut leher kitorg. Hampeh betul. Baik aku makan bakso je.. cis cis.. tapi, takpe la.. pengalaman la kononnya kan..
Mlm tu punya mknn, kami mkn kat futkot kat Plaza Tunjungan lagi. Aku makan ayam penyet dengan roti keju. Kaitan di antara keduanya? takde.. Kakakeboon plak macam tak reti2 nak puas, asyik nak makan baksooo je. Siap semalam pun dia bleh tanya lagi.. kat mana ada jual bakso kat malaysia ni ek? haha.. suka benda bulat2 ke? heheheh...
Anyway, sebelum kami kembali ke Malaysia pada hari ke tiga tuh, sempat la jugak kami makan kat satu restoran kat Plaza tu jugak (tak abih2 kat situuu je kan?).
Nasik Ulam (tangan yg comel tu tangan aku la tuh.. haha)
Anyway, mknn yg terbest aku makan ialah yg aku beli di kedai bernama 'k-patat', yg mknn itu namanya 'pat-fries'.
Amenda mknn tu? haha... bunyik cam ngeri je kan? Benda tu sebenarnya fries je, yg digaul dgn bumbu yg seperti bumbu utk jajan super ring tu (yg cheese2 kaler oren tuh) dan di tambah dgn dua jenis sos yg korg sendiri boleh pilih. Macam2 jenis sos yg ada, perasa lemon, mayonis, bbq, stroberi, blubery, cili, tomat, yg aku sendiri kena pikir duaminit utk memilih saus pilihan.. harga utk fries biasa ialah Rp 8000, yg lebihkurang Rm3.. Tp feeling makannya, enak sekali... heheh..
Cuma sayangnya, patat ini tiada gambar, kerana dikhuatiri boleh menjejaskan perut2 serta kelenjar liur korg2 semua yg berpuasa. hahaha...
Apa2pun, lepas kes jalan2 dan makan2, kitorg pun pulang ke kelumpo pada hari isnin lepas, dan tiba ke tanah air Malaysia tercinta pada isnin malam tu. So.. harus la selasa pun aku cuti kan.. letih meh! Diagnosis utk MC, sakit pinggang. Kenapa sakit pinggang? hehehehe... sbb byk sgt angkat beg kot.. haha..
Dah dah.. sesapa yg rasa terliur tgk mknn kat entry aku ni, risiko tanggung sendirik. aku taknak tanggungjawab kalau korg terbukak pose sblm maghrib. Ikut kata iman, jgn ikut kata aiman yg sokmo tak kisah...
Akhir kata... Patats Rulezzz!!!
yeahuu!