Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa. Semoga setiap hari mendapat keberkatan, dan cuba2 lah elakkan melakukan perkara lagha di bulan Ramadhan seperti mencuci mata tgk bonts dan juga membazir membeli juadah berbuka yg akhirnya dimakan oleh tong sampah sahaja.. (Pergh, macam kuliah zuhur la plak.. hehe).
Huargh.. hmmm. Hari ni aku baru boleh bertulis pasal bulan Ramadhan dan bulan poser. Sbb kengkonon sblm ni ada bbrp entry tertunggak yg terpaksa dilunaskan (namun.. tidak begitu sama maksudnya dgn melunaskan bil air tertunggak sblm poser yea..). So, harini, ayuhlah aku bertulis pasal rezeki di bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah, walaupun aku macam giler2 kopak sengkek bulan ini. Aku masih lagi dapat berbuka puasa dgn mknn yg lebih daripada sebiji kurma, air yg pelbagai jenis, dan juga kuih muih yg reganya lebih drpd RM1. Tapi kengkadang ada jugak la ralatnya, sbb ada jugak mknn yg terbazir yg tidak mampu dimakan dek perut yg kosong. Nafsu membeli mknn tu mmg bukan nafsu setan, tapi nafsu diri sendiri gamaknya. Iyo la.. setan semua kena ikat.
Dan bulan Ramadhan tahun ni, adalah sesuatu yg baru bagi aku. Sbb aku dah menjadi seorang yg lebih berdikari dgn ada tanggungjawab ke atas diri sendiri. Disokong kuat pula oleh seorang manusia yg sayang dan hormat pada aku. Yg buat aku sentiasa feel good. So.. tekanan bulan ramadhan macam kurang sket la. Cuma satu je tekanan yg tinggi, ialah proses ketiduran selepas berbuka. Cheh... sabo je la ek. huhu..
Everything is quite simple la tahun ni. Kalau terasa nak masak, aku masak. Kalau terasa malas masak, aku beli je kat luar. Takde la jugak tekak aku sibuk2 mengidam itu ini ke. Cuma kes mengidam paprik ni tak langsai lagik. Huhu.. takpe, resipi sudah ada. Tinggal campak2 dan masak2 je.. hehehe..
Well.. tapi itu aku. Itu rezeki kurniaan Tuhan utk aku dalam bulan ni. Org lain mungkin ada rezeki yang lebih. Hari2 buleh berbuka dgn juadah yg melayakkan masuk pertandingan raja kari adabi. hehe.. Dan kalau rezeki orang lain juga rezeki aku, buleh la aku merasa sekali. Berkongsi rezeki gitu...
Tapi ada jugak orang yang rezekinya sedikit kurang berbanding aku. Kiranya, takde la boleh berbuka sampai terkenyang2, tapi takde la kelaparan tak makan. Semuanya ala kadar.
Tapi itu rezeki dari segi makanan dan juga bebenda tangible yg boleh dilihat. Tak semestinya mereka yg byk rezeki tangible ni dpt byk rezeki intangible. Contoh rezeki intangible ini ialah rasa kepuasan dalam menjalani hari demi hari, walaupun dgn kehadiran bebenda tangible yg biasa2 sahaja.
Bottom line, kita sendiri tak tau, siapa yg Tuhan kurniakan rezeki yang lebih? Adakah kita yang sentiasa tiada masalah mendapat apa yg diingini? Ataupun mereka yang sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada?
Cuma, konsepnya di sini, sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini, di dalam kemelut membeli persediaan untuk raya, memakaikan kereta dengan baju baru, membelikan sepersalinan khas utk kucing anda...
Sejauh manakah kita telah bersyukur dengan apa yg dikurniakan?
Dan, sejauh mana pula kita harus berusaha untuk memperolehi rezeki tangible di bumi Tuhan ini?
Dan.. adakah dengan menjadi seorang yang berkuasa dan mampu menuai rezeki dengan lebih kita harus menunjukkan kuasa ke atas orang lain?
Makanya, bulan poser ni, aku tetiba cam nak tgk balik, apa yg berlaku kepada aku. Apa kesilapan yg dah aku buat. Apa benda baik yg pernah jugak dimangkinkan oleh aku. Apa rezeki yang pernah dikurniakan, ditangguhkan dan juga ditarik balik. Dan melihat kembali hikmah yg ada di sebalik setiap kejadian. Sometimes benda yg hilang, bukan membuatkan kita sengsara, tapi melepaskan kita daripada sengsara. So, instead of kita rasa benda tu rezeki yang hilang, sebenarnya, itulah rezeki buat kita. Cuma masa yang boleh memberikan pemahaman sebenar.
Sementara itu, enjoy kurniaan yang ada, dan ingatlah pada tanah tumpah darahku... yeahh!!