Tetiba aku rasa aku takde keja kat opis ni. Hahaha.. bestnya. Yahuu! Semua project team member pegi meeting kat cyberjaya. Aku punya presentation session ntah bebila tahun lagi baru on. Tadi plak dengar cerita rupanya projek ni dah ada kampeni lain yg buat, tapi klien tak tau. Bley gitu? Harus kena tukar mode lagi projek ni. Haritu dah sekali tukar. Kalau tukar lagi, harus la pecah kepala aku.
err... selepas dipikir2 balik, sebenarnya ada jugak keja aku. Tapi semuanya aku tak larat nak buat. Bukan sebab low priority, tapi sbb aku saje takmo prioritise. Nak betulkan design page tu, dah happy2 aku jumpa solution, sekali tu tersangkut plak kat area lain. So, aku tunggu ilham timbul time tido je la baru aku betulkan. Ada keja plak, aku tak kuasa nak tulis. Daripada aku buat writeup yg akan direjek berkali2, baik aku tulis blog. Sekurang2nya pekdah jugak utk aku baca balik semula. So.. aku pun tak hingin nak prioritise. Dan hasilnya, aku malas nak buat lah.
Hmmm.. bercakap pasal low priority nih, sedarkah kita bahawasanya kesah2 low priority ini biasanya di tutup dengan perkataan 'sibuk' dan jugak 'bz'? hehehe..
Sebagai contoh lah, aku bagi dialog yea...
A: Aku sms kat kau, apsal tak reply?
B: Oh.. aku BZ la.
A: Bila last kau tipon mak kau?
B: Dah tiga minggu lepas la. Aku BZ la.. asyik tak sempat je nak call.
A: Kau ada jenguk jiran sebelah umah tak?
B: Mana sempat, balik keja lewat, terus kena masak, pastu buka, pastu buat keja lagi. BZ la..
A: Kredit tipon kau byk lagi tak?
B: Biasak la, ujung2 bulan, nak habis dah. Lgpun, aku kan dah ada gf baru. Harus la selalu gayut.
A: Er.. tak bz plak nak gayut dgn gelpren ek?
OOps!! hah... nak reply sms kawan, tak sempat, sbb BZ. Nak tipon mak abah kat umah pun tak sempat gak.. sbb BZ jugak. Tapi kredit tipon liau tetiap bulan sbb gayut dgn gelpren. Eh, time gayut dgn gelpren tak BZ plak ek? heheheh...
Kesimpulannya, bagi si 'B' kawannya itu, dan jugak menelipon ibu bapa di kampung bukan lah priority bagi dirinya. Akan tetapi, bergayut dgn gelpren merupakan satu priority sehinggakan ada sahaja masa yang boleh di khaskan untuk perkara tersebut. Hmmmm.. so, walaupun BZ tahap gaban sekalipun, still ada masa kan? heheh
Jadi, sebenarnya, apakah takrifan BZ seseorang? Adakah apabila dia kata dia BZ, menunjukkan yang kita bukan priority dlm hidup dia? Ataupun, kalau mmg kita ni sesangat high priority dlm hidupnya, akankah sentiasa ada masa untuk kita? erkk.. berbelitnya ayat aku. heheh.. Huh, kena pikir2 la plak. hehehe
Tapi kan, sebenarnya, kalau mmg seseorang tu dah bz, memang sedikit sebanyak masa yang boleh dihabiskan kepada satu2 perkara akan jadi terhad. Dan sesungguhnya la org itu akan lebih mempergunakan masa yang ada untuk perkara2 yang penting sahaja, seperti, makan, mendapatkan semangat dari yg tercinta dan juga tido sekiranya perlu. Dan bila dia dah tak bz lagi, mrasa la korg.. balik2 nampak muka dia je lah. hehehe.
Oleh itu, buat kawan2 kita yang BZ di luar sana, renung2kan lah, korg mmg bebetul BZ ke.. ataupun korg mmg dah tak koser nak bagi priority? huhuhu...
Huargh!!