Huhu... tetiba harini aku dgn Nseries gegeh plak bercerita pasal anak. Dah la pepagi tadi cik lily anto gambo kucing kaler2.. ganasss.. seriau pun ada aku menengoknya.
Anyway. Kitorg kalau start bercerita pasal kucing masing2 mmg sampai melalut2. Dan atas perbualan itu jugak la tetiba aku tersedar bahawasanya aku mmg selama ni biarkan je kucing aku tu menjadi hero melawan sebarang kuman dan virus sendrik. Tetiba termotibasi la plak aku utk bawak dia pegi checkup. Adeh... sabo je la. Aku seorang tuan yg kurang bertanggungjawab. Huh! Skrg ni mak gegeh. With great power comes great responsibility. Makanya, the other way around, more responsibility means more power. Yeaha.. saya nak power! ahahah.. (minum la kopi super dgn misai kucing. ehehe).
Alang2 dah bercerita pasal kucing, meh lah aku nak bukak cerita pasal si senah anak manja aku sorg tu. Ntah kenapa time poser ni malas sungguh dia nak main kat luar. Selalunya, kemain sibuk lagi mintak aku bukak pintu. Tapi skrg ni, aku bukak pintu, dia melangut je kat dalam. Pusing sana, pusing sini. Last2 melepek tgk tv sebelah aku. Tapi mata tertutup. hehehe.. mood kemalasan aku dah menjangkit kat dia gamaknya.
Kucing aku mmg aku ajak borak macam org berborak. Aku juga ajak dia gaduh acamna aku gaduh2 dgn anak jantan. Tapi biasanya aku la yg flat dulu. Sbb kalau lawan naik tangga dgn dia, sah2 la ai pancit. Kalau main kejar2 pun, aku jugak yg langgar dinding dulu. Kalau tetiba main lepuk2, aku yg kena gigit. Last2, mak surrender. Itu la padahnya ada anak jantan yg ganas. Nasib baik la dia tu ada jugak perangai peramah, so, bila masa aku cam dah takleh mengeluarkan tenaga utk aktiviti fizikal, aku ajak dia borak. Apa topik perborakan kitorg tu, biarlah menjadi rahsia. Takut korg kata aku ni bengong plak, kes bercakap dengan kucing. huhu. Poyo la plak kan. Tapi kan, sbb tuan kucing poyo, maka kucing aku pun sebenarnya poyo jugak. ahaha..
Skrg ni hobi utama anak aku ialah bermain dengan kotak. Habis kotak baju kena kirai. Dan jenuh jugak la kotak kat depan katil tu penyek dia buat tido. Bila bosan tido atas kotak, dia masuk plak dalam kotak. Mana dia belajar bukak kotak aku pun tak tau. Tau2 je, dah sedap dia tido dalam kotak.
Lagi satu skrg ni dia suka tangkap kaki. Especially kalau aku ajak dia masuk dari taman firdausi dia kat luar rumah tuh. Sampai pernah melekat dia kat kaki aku, sambil menggigit2 betis.Nasib baik ai pakai jeans time tuh. Kalau tak... bocor mambang!
Bab berebut tpt tido tu, tak dapek nak cakap la. Memula aku sesedap kongker katil, tau2 ada ekor/kaki/tangan berbulu kat muka. Siap bleh menceceh2 marah lagi tu, kalau aku terlanggar dia time tido. Dah la hobi tido kat kaki aku. Harus la minta di tendang debush2 saje.
Hmmm.. time nak raya ni. Teringin la plak aku nak pakaikan dia baju raya ek? hehehe... Pakai baju melayu dgn samping, pastu buat songkok custom made. alalala... comelnyerrr.. Pastu ai pun pakai baju kurung cecomel, tangkap gambo raya. heh heh...
Boleh ke buat acamtu ek? Oh, cuma satu perkara aku pasti, kalau aku buatkan dia baju raya, sudah semestinya aku akan calar balar di cakarnya sebelum aku berjaya memakaikan dia baju.. hu hu hu..