Huh.. semalam akhirnya aku berjaya jugak berposer setelah berhari2 termangu2 di depan tangga. hehe... So, untuk hari pertama poser, aku cam ala2 tereksaited gaban sket.
Bangun pepagi dah terlajak sahur. Kalau lajak sikit2 tu takpe la jugak. Ini tak hengat terusss masuk jam delapan pagi. ergh.. Hancus segalanya. Pastu kengkonon nak tido je, tapi cam rasa bersalah la plak dgn katil dan tilam. Osmet aku dak uL rasanya sure tengah sedap tido lagik. Almaklumla, kitorg ni mmg nama je serumah, tapi dia mengamalkan konsep kelawar yg berjaga di waktu malam, manakala aku mengamalkan konsep ketiduran, yg tidur selagi boleh. huhuhu..
Lepas aku cam ala2 pepening taktau nak buat apa, maka aku pun melayan la si kecik berbulu main kat luar. Kengkononnya main nyorok2 kat celah2 lalang yg mengalahkan serai kekdahnya kat belakang rumah aku tu. Sorok punya sorok, berapa banyak la kaki aku kelukaan kena siat dek lalang. Anak aku ok je, sbb dia ada bulu. So, sbb kebengangan, aku pun cari sarung tangan, pakai dan memulakan operasi mencabut lalang.
Sambil cabut tu, sokmo la tangan aku asyik kena terkam dek anak aku tuh. Dan kadangkala aku terterkam jugak anak katak yg bergembira2 di celah rumput. Huh... Nasib baik ai pakai protection.
Siap je clear blkg rumah, tetiba aku rasa dahaga. Cis! Aku mengeluarkan peluh di waktu poser rupanya. Dah la tak sahur. Tetiba muka aku pun naik pasrah dan merasakan betapa ibadah puasa ini memerlukan kesabaran yang tinggi. ahaha..
Masuk umah, mandi, kepala aku dah ala2 lalok. Anak aku pun cam dah lalok2 gak. Dan belum sempat aku tido, dia dah lagi dulu tido. Memula dia kongker katil, pastu aku baring sebelah dia, dia plak cam amuk2 tak cukup ruang.. (motif? macam la ko bso sgt ek? huhu). Pastu dia lepak kat atas kotak. Kejap2 terlentang atas lantai. dan setiap kali aku terjaga sbb terbatuk, aku tgk setiap kali la posisi dia berubah. Sampaikan ada sekali tu dia masuk dlm rak baju. Fefeeling gebu la tu bertiduran atas baju aku.
Aku yg konon2nya nak bangun kol doblas lebih, tak terjaga2 jugak dan terus melajakkan tidur sampai kol 2 lebih. Yg bestnya, sampai lah aku bangun ptg tu, anak aku langsung tak bangun2 lagik. Aku rasa dia sama2 la fefeeling poser hari pertama macam maknya yg poyo ini jugak.
Bila dah bangun tido, kepala mula la pening2 pikirkan apekebenda yg aku nak makan utk berbuka. acik uL awal2 dah pingin nak mkn kfc. Laagi la aku pening tatau nak buka apa. Yg aku terbayang hanyalah air.. air.. dan air.. hehehe
So, utk mengelakkan kepeningan yang berterusan, lepas asar aku tido lagi. Dapatkan ilham dan akhirnya aku memilih utk goreng ketiau sahaja. Dan alhamdulillah, ketiau aku ada rupa cam ketiau, dan bukannya laksam goreng. So... ok la. haha..
Bila time buka pose, aku balun air lima gelas yg terdiri dari pelbagai warna. Hijau, oren dan cekelat secara bergilir2. Baru la makan ktiau dan jugak kebashh KFC acik uL beserta nasik2 kismisnya.
huhuhu... tetiba aku terasa macam budak kecik yg sungguh berselera dan gumbira time berbuka poser. haha..
Whatever it is, i think its nice to sometimes satisfy your innermost cravings, regardless how you may sound, or look.
heh...