September 6, 2007

Peranan yang tersayang dalam mempengaruhi mood semasa.

huh... skrg ni waktu menunjukkan jam 22.46... er.. kol 10.26 malam. Haruslah aku ni fail sokmo bila tiba part2 membaca jam berumur 24 ini. hehehe... Haah.. malam aku tulis, tapi pagi esoknya la aku aplod kan..

er.. sebenarnya aku cam nak memblog semalam, masa kat opis (obviously), tapi, tetiba ada perkara yang berlaku yang membuatkan aku terasa cam nak hantuk kepala ke dinding dan jugak menangis dan menangis dan menangis. Ini semua kes anak berbulu aku tu yg kuar dari umah, dan bila aku cari punya cari di tengahari terik buta, langsung tak berjumpa. gegeh tu balik umah time lunch utk tgk dia. Merata longkang aku jenguk. sampai terpijak singgam (kata pendek utk chewing gum), tapi tak jugak jumpa. Puas jugak la aku tertonggeng2 dan terbongkok bengkok mencari dia. Hampeh, semuanya tak berhasil. Last2 aku cam pasrah je la, dan mintak tolong boo antar balik opis, sbb badan aku dah letih tahap ultraman kehabisan lampu.

Kat opis mmg muka aku tak macam ultraman (sbb aku tak pakai topeng ke opis smlm). Akan tetapi, muka aku lebih teruk lagi daripada cipan kendu tahap 3. Sedey tuu. Boss panggil meeting pun, aku still mempertahankan keadaan kecipanan yang melampau itu. Nasib baik mood boss aku baik, kalau tak, mmg dah kena hantar ke kebun binatang negara la kot.. oops.. hahaha... jgn marah kakzu, ailebyu.. huhuhu..

Balik dr opis je, rupa2nya anak aku tu ada dalam longkang depan umah. Tapi nampak je muka kitorg, dia mencecet lari. Aku pun memulakan aksi tonggeng yg tidak mengghairahkan untuk mencari dia. Last2 aku nampak dia kat dalam rumah org. Aku pun tanpa segan silu masuk je la ke porch org tu, dan aku cekup la dia balik. uhuhu...

Masa ni baru la aku bleh tersenyum, tersengih dan makan dengan pelahapnya. hehehe... Adik.. adik, mama susah hati tau adik kuar umah!

Er.. skrg ni, dia tgh fedap tgk aku menulis dan membelek2 henpon, maka dia pun melangut la kat luar bilik. Biarkan aku terketik2 kibod ni sensorang. Tak apa la.. asalkan dia ada dengan aku, hidup aku bahagia.

Mungkin org lain merasakan aku ni poyo sebab kes kucing kuar umah pun boleh meratap menghiba. Macam org tua boss kat opis aku. Ada ke time aku cakap pasal kucing aku hilang, dia soh aku cari kucing lain je. Belakang dia pun bukak cerita kucing2 dia yg mati kat luar rumah. Bley? Mooootif menyesakkan kepala aku?

Oh ye... sblm aku terlupa, Dil-A..BCDEFG.. heheh.. selamat hari besday yang ke... er.. er.. belum 30 kan? huhuhu... Muda lagi beb. Byk lagi gadis chantek di depan mata yang boley diusha. Byk masa lagi nak kumpul duit, dan byk masa lagi nak jadi tua macam aku ni. hehehe... All the best!

Kpd korg yg ada kat stebeng semalam.. sori la korg, aku cam terbz2 la plak, takleh borak cam mesraaaa2 gitu.

Aiya.. mata mengantuk.. Ayolah.. selamat, selamat, hari raya. Izinkan aku menulis serangkap pantun di hari raya.

Bila tiba hari raya ,
Atas meja umah org ada kuih tat,
almond london, kuih koya,
semperit dan kek coklat.

yeah!