Kalau hujung minggu yang lalu, puasa aku diuji dengan rasa keletihan dan kedahagaan macam budak kecik, semalam puasa aku teruji dengan perasaan kekurangan masa yang amat sangat. And yes, i think at various points i am losing my patience and tend to act like a person losing control over oneself. Cheh! Sabo je la.
It all started in my office. I was supposed to leave at 5 tajam, but due to some ntahapa2 that i did, i clock out at 5.10. Sepuluh minit tuuu! Lama tu.
Selepas berlari2 anak ke parking yang letaknya tidak dekat dari opis, aku terus menderum balik. Kat kepala ni masih tak berenti berpikir pasal lauk berbuka poser. Alkisahnya boo requested me utk masak telur bungkus. Ini semua gara2 aku la yg tergatals mulut janji nak masak itu ini kat dia. huhuhu.. And for everything that she did help me, here and there, what's with fulfilling a request kan? Harus la tetiba aku teringin menunjukkan rasa terimakasih.
Sambil aku memecut kereta yg boleh berlari sekadar 110km/j itu di jalan ke cyberjaya, aku tergatal la mata menengok ke lorong yg bertentangan. Aiyoh.. jem sangattt kat trefik lite itu. Tetiba aku hangin. Tgk jam dah kol 5.40. Mana nak masak? Pastu ada barang yg tak readily available kat rumah, kena pegi beli dulu. The journey to her office requires another 5-8 minutes. The way back jem la plak. Abeh tu takkan nak masak nasik dgn telo bungkus je? Apa lagi aku nak masak? Arghhh... kepala aku dah makin pening memikior.
Sampai kat opis dia, muka aku mmg macam asid asetik. Dia nak tegur aku pun takut. Aku plak tetiba terpelik2 apsal la plak macik ni takmo senyum kat aku? So, on the way back to, i did la interrogate her behaviour.
Aku: Saya nampak macam nak makan orang ke?
Dia: Ha'ah
Aku pun cam.. try kontrol sket, sambil merapu rapan tentang perkara yg memeningkan kepala aku.
Dia: Kalau tak sempat masak takyah la. Kita beli je lauk buka.
Aku: Takpe.. sempat.. *degil*
Sampai kat tpt jem. Aku yang hangin ini sudah mula mengeluarkan hangin melalui korda vokal aku yg seterusnya mengeluarkan bunyik.
Aku: %$^#@ $#@(*~@
Dia dengar je. Aku try perati dia, nampaknya macam dia tak koser nak tgk muka aku dan melayan bebelan aku. Sbb takde sapa marah, Sekapal pun naik tocang la dan meneruskan satu demi satu bebelan tanpa mengenang yg Sekapal sebenarnya sedang berpuasa. Hadus.. panas sungguh hati ai time tu tau!
Sampai kat kedai blkg umah, time aku nak parking, sempat lagi mulut aku mengeluarkan perkataan2 yg kurang enak. Dan time ni la dia sudah tidak tahan lagi, dan dusyummm aku kena tegur sebijik. Adeh.. tersentap la pulok. Pastu terus aku jadi cam ayam berak chalk tersenyap dan tersengih. huhu.. padan muka. Yeah.. this is one bad habit of mine. I tend to do as i please, without considering ppl around me, until the reality is thrown back to me, hard! Padan muko den. Kengkawan semua, jgn dibuat cam aku ni, mmg sah2 mudah je ditinggalkan dek kekasih hati nnt.
Lepas beli barang, sampai umah dan jam 6.20. Mmg dgn baju2 keja tu aku terus ke dapur. kelentung kelentang kelenting.. Siap aku masak nasik, tomyam ayam dgn telo bungkus. Nasib baik la ada assistant yg gegeh melayan kerenah aku yg semak di dapur. Tgk jam, dah kol 7. Aku yg dah melekit2 ni terpaksa jugak mandi utk membolehkan aku berbuka poser dgn tenang.
Buka poser, seperti biasa, minum ais tak hengat dunia. Last2 malam tadi takleh nak tido, sbb batukungking yang lebih hangat daripada biasa. Sekali lagi, kesabaranku teruji. Sabo je la bebulan poser nih.
hari ni ntah apa plak ujian utk aku. Yg pasti, yesterday, i sort of failed to retain my patience, hopefully today, i'll be able to muster my kesabaran.
آمين