Unghh.. dah beberapa hari aku tak online. hari selasa MC. Hari isnin haritu aku cuti sbb antar adik kesayangan aku masuk asrama. Dahhh masuk asrama adik aku tu, rasa cam baru haritu je aku tgk dia kat sepital masa baru dilahirkan. iskk.. Sebenarnya aku tadi dah prepare nak tulis pasal adik aku ni, tapi ntah kenapa setiap satu baris yg aku tulis, dada aku sebak. Makin byk yg aku tulis, makin byk plak air mata yg meleleh. Maka kesimpulannya, mmg tak boleh jadi, kira kensel aku nak tulis pasal dia, karang tak pasal2 tersedu2 aku nangeh kat sini... eheh.
Anyway, rasanya skrg ni mmg ramai yg tak sihat. Dan ingatlah, sekiranya anda berada dalam jarak yg dekat dgn tpt2 yg dikirakan sebagai kawasan hitam selsema burong, sila lah pergi ke klenet utk dapatkan suntikan vaksin bagi memastikan anda tidak akan dijangkiti selsema burong. Kesian aku tgk ayam2 kena bunuh semata2 sbb diorg tu boleh jadik pembawak penyakit.
Sebenarnya kita sebagai manusia ni sepatutnya sungguhhh bersyukur, sebeso mana pun kuman yg kita bawak, betapa terrernya pun kita menyebarkan penyakit, masih lagi manusia takkan dibunuh cam ayam2. Kalau nak dikirakan bertebaran manusia yg membawak penyakit.
Termasuklah aku yg tak abih2 batuk siang malam pagi petang nih. Sekali aku batuk, org2 yg ada di sekeliling aku semuanya akan mendapat dedahan kepada bakteria yg menjangkiti aku. Pastu silap2 diorg plakk yg kena batuk2 cam aku. Tu la, kalau la kata aku ni ayam, mmg dah lama kena sembelih nih. hehe
Tapi boleh gak diberikan alasan, ala, batuk tu benda kecik, jangkit pun tak membawak maut, takpe la kalu menjangkit pun. Takyah la nak bunuh si sekapal tuh. Acamna plak dgn penyakit2 yg mmg boleh membawa maut? Contohnya macam penyakit AIDS. Ntah berapa byk bertebarnya pembawa HIV yg ada di sekeliling kita ni.
Skrg ni dah la zaman seks bebas, di mana sesiapa yg sudah berumur tapi masih lagi belum mengalami pengalaman seks dikatakan sebagai tak trendy gituu.. ahaha, macam kat negara omputeh dah kita skrg ni. *mana taknya, lesbian dan gay pun kemain byk lagik <-- mengata diri sendiri*Ha... balik kepada isu yg aku memainkan tadi, pembawa HIV takde plak dibunuh, siap di jaga dengan baik lagi. Cuba bayangkan kalau ayam bawak virus yg membawa maut, sure kena bedal la. Sama gak mcm babi yg bawak virus JE, habis semua kena bunuh.
Hmm.. mungkin manusia jugak boleh lagi bagi alasan, w/pun org yg bawak HIV ada, tapi toksah la buat apa2 hubungan dgn dia. Nescaya takkan menjangkit punye! Sapa yg buat tu mmg mencari nahas le kan. Tapi camna plak dgn pembawak penyakit kanser paru2 yg mmg jumlahnya jawoohhhh lebih byk dr pembawa HIV. Bolehkah anda mengelak dari menghidu asap rokok? Boleh, tapi bukannya mudah la. Dah la baru2 ni aku terbaca pasal potensi utk mendapat kanser peparu utk perokok pasif pun adalah tinggi. Dan takde la plak perokok kena salai cam ayam. Yg kena gantung cumalah penagih dadah.
Maka dengan ini bolehlah disimpulkan bahawa, kita manusia ni beruntung. W/pun membawak penyakit, tapi tetap tak disalai beramai2 cam ayam yg bawak penyakit selsema burong. Dan jugak boleh disimpulkan bahawa, pengedar dadah yg sabit kesalahan, samalah dgn ayam yg bawak kuman selsema. Berhati2 lah ketika melintas jalan raya ye..