ah, ok, entry hari ni sebenarnya aku nak test power sket. w/pun tak belajar, tapi rasanya aku masih boleh mendengar masalah2 yg berkaitan jiwa kacau dan jugak boleh memberi jalan penyelesaian. Tapi jgn harap la aku akan selesaikan dgn cara yg ala2 skema. Takde maknenyeeee.. So, mari kita baca masalah2 yg aku buat sendiri, dan jugak aku sesaja cuba selesaikan sendiri. huhuuu... *dey kapal.. macam baguss!!* heh..
Cik Sri,
Saya perempuan, dan saya sukakan perempuan jugak. Cuma masalahnya ialah saya kelihatan terlalu stret sehinggakan takde pun perempuan yg nak approach saya. Yg lebih takbestnya, kengkawan lesbian saya yg lain byk yg dah berpasangan. Yg single tu mmg ada, tapi saya tak berminat la plak nak jadi pasangan diorg. Soalannya, bagaimana saya nak membolehkan perempuan senget lain mengenali diri saya sebagai seorang yg berpotensi utk dibuat awek.
yang mengharap, teh O ais limau (bukan nama sebenar)
Cik Teh,
Sebenarnya mmg susah nak tunjukkan yg anda tu berpotensi jadik awek senget, namun ada beberapa tips yg boleh diaplikasikan utk menunjukkan bahawa anda mmg suka perempuan, di antaranya ialah:
- cop kat dahi/baju/seluar yg bertulis 'I love women'
- melepak2 dgn geng2 yg mmg sah2 nampak senget w/pun dr jarak 500 meter.
- berkepit bayekkkk punya dgn sorg perempuan lain kat tpt awam
- Kalau ada jejantan mengacau, jerit kekuat "Saya suka perempuan la!!!"
***
Cik Sri Sekapal,
saya ni selalu tgk korg borak2 kat blog pasal cerita2 dan buku2 senget. Kat mana korg dapat ni? Acamna nak cari? Saya ni malu nak tanya kat org yg jual DVD tu. Dan kalau asyik nak main kirim2 je, takbest la plak. Nak gak kepuasan menjumpai sendiri. Korg ni mmg ada kumpulan bawah tanah yg beroperasi tanpa diketahui ke??
- yang tak jumpa2, Sehabis Kirai.
Cik Sehabis Kirai (macam sejambak bunga la plak nama awak ye),
Mengirai musti ada objektif. Kalau tidak, sama la tarafnya macam roti kirai (nyum! nyum! sedap dimakan). Saya cadangkan awk baca la website2 yg ada tulis pasal movie2 dan jugak buku2 yg berorientasikan gitu2, buat list, pastu baru lah mula mengirai. Kalau tak koser nak kirai, tunjuk je list tu kat tokei kedai DVD, pandai la dia tolong carikan, itu pun kalau diorg tau la. Kengkadang tokei DVD ni main jual je. Ntah hapa bijik butir yg dijualnya tu pun bukannya dia tauu. Apa2pun, kalau tak dicari tangganya, acamna nak memanjat kan? tak gitu cik kirai?
***
Cik sri,
Aku ni bukan nak mengadu, tapi nak lepas geram. Dah bertahun2 aku dok sama dgn partner aku. Dah memacam susah senang yg kitorg hadapi sesama. Tapi family dia tak pernah nak hargai aku macam menantu2 dia yg lain. Tak aci la labuu!! Kenapa diorg taknak terima yg hubungan aku dgn anak diorg tu mmg sama berat cabarannya cam hubungan perkahwinan org lain? hah?! kenapaaaaaaaa?!!
- yang terbuang, menantu berduka.
Haiya cik menantu,
kes geram ni kena dijawab dgn rasa kegeraman. Memula aku nak tanya dulu, kau ada ke mintak izin utk jaga partner kau tu drpd mak bapak partner dia? Pastu mak bapak kau sendiri boleh ke terima partner kau tu macam menantu? Family korg mmg boleh menerima yg korg ni pasangan lesbian ke? Kalau jawapan kau 'tidak' utk kesemua soklan di atas, takde maknanya nak berduka ataupun geram. Kalau nak diterima dan dilayan mmg real2 punya macam menantu, pi kawin bebetul. huhahaha.. *aku pun geram jugak nih!!*
**
Cik Sri,
Saya pelik la. Kenapa cik sri ni membahasakan diri sebagai makcik? Tak macho langsung, macamana nak pikat awek? Awek2 skrg ni nak org yg protective, macho, gentleman.. baru ada kelas. Ni jadik makcik. Ada ke awek yg nak kat org makcik-like macam awak? Tak paham den.
- yg macho, mr han-chos
Sukati aku la nak jadik makcik ke, lembek ke, pompuan solehah ke.. ada aku curik henpon kau? Aku tak pernah nak kisah pun org yg macho, gentlemen, berpakaian macam lelaki (w/pun hakikatnya dia tu pompuan..). Itu hak diorg la. Diorg beli baju pun bukannya mintak duit aku. Maka diharapkan pakcik hanchos jgn la jugak ingat org perempuan yg taknak menyerupai lelaki ni takleh digilai oleh pompuan lain. Boleh... its entirely possible. Tak caya? jgn tak caya dan jgn belagak beb!
***
Cik Sri,
Gelpren saya seorang yg gatal. Dia dok bgtau saya yg byk benda yg kurang pada diri saya. Dan dia pun bising nak pasang steady lagi satu. Saya ni terlalu sayangkan dia utk menghalang dia dr melakukan hal2 kegatalan yg sebegitu. Apa harus saya buat?
- yg tak berapa gatal
Cik tak berapa gatal,
kalau dia dah sibuk nak menggatal, awak pun menggatal je la. Ingat kalau kita pun pasang steady lagi satu dia boleh repot kat tok kadi ke? Dah, toksah susah2 hati. Awak pun pegi je la menggatal. Nanti bila masing2 sudah kengkononnya ada partner lain, barulah kita boleh lihat siapa yg kenaa!!
---
sekian sahaja rapuan aku yg telah lama tido ini.. huhuhu.
*soalan2 di atas adalah hasil rekaan aku dan tiada kaitan dgn org, mak org ataupun korg2 semua, segala persamaan adalah kebetulan dan jugak kes tergigit cili semata2. Harap maklum.*