Semalam aku dok membaca2 sokkabo yg ada terlepek kat atas meja kat umah aku. Berita muka hadapan sokkabo tu menceritakan pasal ribuan ompompuan di Malaysia ni yg bekerja sebagai tukang urut dan memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM6K sebulan. Pergh.. mmg best. Keja cuma mengurut je.
Yg aku baca semalam ada dlm 4 jenis urutan yg ditulih kat sokkabo Kosmo tu, urutan tpt2 pilihan, urut satu badan, urut tapak kaki dan jugak urut alatan kesulitan. Dan setiap satu jenis urutan tu, harganya dr lbh krg RM20-RM100. Tukang urut plak akan diberi komisen dlm 50% dan boleh mencecah 100% kalau urut tpt2 yg best2..
Sekali pandang kita tgk benda macam ni mmg satu perkara yg boleh memalukan. Apatah lagi kaum wanita yg terlibat utk mengurut tu terdiri dr mereka yg tak pass peksa, sehinggalah yg lulusan universiti. Mmg kita akan lihat benda ni macam satu disgrace utk masayarakat Malaysia. Sebab duit... sanggup diorg tu mengurut2. ish ish ish.
Tapi kalau dipikir2 balik, bagi aku takde masalahnya kalau nak cari duit dgn cara ni. Sbb bukannya org tu mencuri, meragut, merompak... diorg tu urut dan kemudiannya diupah atas servis yg diberikan. Dan servis yg diberikan tu bukannya seks. W/pun ada la bau2 seks dr jauh tapi yg penting, ini bukan perkhidmatan seks. (Tapi kalau yg nak bagi seks tu, takleh nak kata apa la).
Aku ni menulis bagi pihak yg mmg bebetul mengurut. Apa salahnya diorg cari rezeki. bayangkan la kalau satu hari ada 10 klien. Pastu satu klien diorg dapat upah purata dalam, toksah byk la, RM10 shj. Buatnya keja 22 hari?? Tak ke dah dapat RM2200 sebulan. Sapa nak bagi? Paling2 duit tu boleh buat tanggung anak2 pegi sekolah, bagi kat mak bapak dan jugak pegi shopping kat MNG (para2 awek mmg suka shopping kat MNG, kan kan.. muahaha)
Maka dgn ini aku menyeru kepada mereka yg ada rasa nak pandang serong kat org2 camtu, pikir la byk2 kali. Dalam dunia serba materialistik ini, di mana sarapan pagi yg paling murah bernilai singgit dan bukannya doposen, ramai org boleh melakukan apa yg tidak bercanggah dgn prinsip hidupnya utk mencari rezeki. Toksah la kutuk diorg tu. Tapi kalau ada sesapa plak yg lain yg walaupun dia keja menteri mentera, tapi dia menyusahkan hidup korg, sila lah kutuk... hahaha..