Ntah kenapa harini aku tergatal telinga plak nak mendengo satu 'talk' pasal poligami. heh heh heh.. Kelako sungguh mendengarnya. Mmg apa yg dinyatakan oleh 'talker' tu betul dan aku terima, tapi kengkadang ni cara penyampaiannya membuatkan aku rasa cam.. ler.. diorg ni bersungguh2 cari bukti2 sejarah pasal betapa ramainya umat lelaki yg berkahwin lebih drpd satu. Tapi agak2nya la, cuba kita tanya pasal sejarah wanita2 yg sanggup berkorban demi suami/buipren/bapak.. adakah diorg tu tau? heheh.. biasalah tuu. Kalau tak berminat utk dimanipulasikan, takkan la diorg nak amik tau. Betul tak?
Kita selalu mengingatkan diri sendiri, bahawa kalau nak kawin lebih dari satu, seorg lelaki tu mestilah mampu. Mampu menanggung nafkah zahir dan batin. Dan biasanya menanggung nakfah zahir tu ada perit sket la utk lelaki2 yg bekerja cam besa2 dan jugak berhutang utk beli kereta. hehe. So, kita selalu ingat yg lelaki berkahwin lebih drpd satu ni, kalau tak berapa mampu bagi nafkah material, musti akan mengalami sedikuit kesempitan. Or is it??
Pada pendapat aku, skrg ni situasi bukan camtu lagi. Aku sangat2 percaya bahawa, kebanyakan lelaki yg berpendapatan sederhana berkahwin lebih drpd satu utk membantu meningkatkan taraf pendapatan mereka? Ada yg tak setuju dgn pendapat aku? Meh aku buktikan teori aku ini sebenarnya boleh digunapakai.
Skrg ni, kaum wanita yg bekerja hebat2 mmg mencanak2 jumlahnya, sebanyak jumlah bulu kucing aku yg gugur. Dan mmg majoriti wanita2 yg berkarier ni belum kahwin. Sebabnya, samada malas nak kahwin, ataupun dah terlajak dan tak koser nak carik calon suami (sbb sibuk sgt bekerja), ataupun cam kita2 ni ler.. dah jadik senget (instead of ada suami, ada gelpren lagi gituu). Fakta ramai wanita berkarier, berumur dan bujang ni mmg pernah jadik isu hangat yg dibincangkan di sokkabo2 tempatan, yg juga merupakan isu menggalakkan poligami utk mengurangkan jumlah so-called ANakDARaTUa ni (iye ke anak dara???).
So, kat Malaysia ni mmg ramai lelaki yg pandai mengayat. Tanpa mengira bangsa, taraf hidup dan jugak daya intelek. Kalau yg jenis kuat mengayat tu, senang je buat pompuan cair. Dan, pompuan yg berkarier hebat ni, biasanya mmg tak memandang rupa, status perkahwinan, maupun harta dlm bab memilih suami. Asalkan cam baik, boleh senangkan hati, dan mampu menjadi teman di hari tua, sudah kira cukup la.
Maka mmg lah akan ada wanita2 kayo ni yg jadik isteri kedua. Dan sbb dia kayo, sebenarnya secara tak langsung sang suami pun tumpang semangkuk jugak harta benda isteri kedua tu. Jadi bila ada second income, boleh lah dia gunakan duitnya lebih sket utk tanggung family dari isteri pertama.
Aku pun dah pernah jumpa dia tiga kes yg mana sang suami kelihatan lebih senang dr segi kewangan setelah dia berkahwin baru. mmg ada aku pernah dengar isteri kedua tu menanggung belanja persekolahan anak tirinya. Fascinating! Dan kita takleh nak salahkan sang isteri kedua tu, sbb kita kena paham, setiap manusia ada keingingan dan kehendak utk berpasangan, paling2 pun ada org yg boleh buat bergantung dan jugak boleh menemankan kita di hari2 kwsp. Lagipun kalau agama korg kata poligami tu tak salah, why not.
Tapi kalau pompuan senget lain cerita la.. Itu dah kes buang buku. Sebenarnya dah kawin, dan dah dipenuhi kehendak utk berpasangan dan jugak kehendak2 lain yg mengada2 nak menempel. Maka kalau ada lelaki yg nak mengahwini pompuan utk dijadikan isteri yg nombornya lebih drpd satu dgn tujuan utk mengurangkan jumlah andartu di Malaysia ni, tanya2 la dulu kat pompuan tu. Karang tak pasal2, awak balik umah isteri pertama, isteri plak bawak balik pompuan lain balik. Baru haruuu! haha