Letih dan poyo betul lah. Bosan plak tu. PC aku takde internet lagi. Dah la skrg ni takleh main curi2 internet. Semalam sesia je dapat warning. Ah diorg ni pun poyo, macam la aku nak chatting ataupun nak surf website pepoyo. Aku ni keja menulis, maka aku kena la membaca untuk menguatkan kuasa penulisan aku. kan kan... hehehe. Alasan sebenonya, dah mmg nak memblog tu cakap je la kan. Byk la plak selewengnya.
Tapi kalau nak dikirakan ketagihan aku terhadap internet sekarang ni jauhhhhhhhh lebih baik drpd dulu. Bayangkan la masa aku memula keja dulu, kalau time keja tak ada, aku boleh dtg opis semata2 utk chatting sahaja. Tapi tu zaman moda2 dulu, skrg ni dah ok dahh. Aku ni skrg dah sikittttttt lagi nak masuk 28 tahun (kenapa?? ada yg tak caya ke???). Dah tua, berenti2 la ketagih tu.
Ni nak cerita sket, masa aku ganas berchatting dulu, mmg aku bawak banyak ketidakjujuran. Lagipun masa tu org ramai kata, 'Ala, chatting, kita tipu je la sesuka hati kita.' Maka aku pun meneruskan membuat kawan tanpa memberitahu jantina aku. Dan oleh sebab itu, ramai la yg membuat kesimpulan aku ni lelaki, sbb aku kemain mudah lagi mesraaa dgn pompuan. Dan kalau dgn lelaki tu, mmg.. er... taste kureng..
Memula aku rasa.. aku tak menipu, cuma taknak mengaku je. Tapi bila dah ramai yg anggap aku lelaki, ada yg akan tanya... 'Tak gi semayang Jumaat ke?'. Maka dari kes sekecil soklan2 poyo tu, dan kegatalan aku nak menjaga status kengkononnya org baik, so time semayang Jumaat aku pun tidak akan masuk ke chatroom tu. Cas baik la konon.. kan! Dan sebenarnya itu secara tidak langsung membuktikan aku telah menipu dgn mengaku aku ni lelaki.
Dan sbb kegatalan aku, dapat jugak aku mengayat sorang budak pompuan ni. Memula sikit2, lagi lama cam dah lebih2 aku dan dia saling layan melayan. Layan punya layan... kira dah hampir2 tahap menyangkut. Dan aku masih lagi hidup dalam penipuan dgn budak tu. tapi aku rasa sebenarnya yg aku kelentong cuma lah jantina sahaja.
Pastu, bak kata omputeh, 'one thing leads to another' dan 'kita takleh tutup lobang kalau dah nak terbukak'. Lagi lama lagi banyak soklan yg dia tanya dgn aku. Dan demi memastikan rahsia aku yg satu tu tak terbukak, aku akan try tutup lobang sana, tutup lobang sini. Sampai satu tahap aku rasa dah tersepit. Bukan setakat tersepit, malahan dah terbelit2. Sampai aku pun rasa cam... mmg takleh jadik, dah terlalu banyak aku kelentong org yg buat aku gembira dlm chatroom tu.
Benda tu buat aku sakit kepala. Nak lari, takut hilang kawan. Nak bgtau yg sebenarnya.. berani kah aku. Last2 aku rasa sungguh tak larat nak bikin cerita tipu2 pasal diri sendiri dan aku mengaku kat budak tu yg aku ni sebenarnya pompuan. Dan mmg aku dah menyentuh saraf kemarahan dan kesedihan dia. Nak buat camno. Aku dah tak larat nak tipu dah. Mmg bebetul tak larat. Tapi lepas aku mengaku tu, dia masih sudi menerima aku, agaknya kalau lagi melarat2 aku kelentong dia, mmg ntah2 aku kena maki je balik dgn dia.. ngeri jugak tu.
So, dr kes sempoiyo yg aku sendiri eksperien nih, mmg aku rasa honesty is the best policy. Sampai bila nak terbelit dlm cerekarama yg dikarang sendiri dan yg tak diketahui apa kesudahannya. Dah la sakit kepala mengarang cerita, ada sedikitttt bunyik kat hati ni yg bercakap 'kau kelentong org yg buat kau gembira????!!!' sampai bila nak hidup dikejar bayang2 sendiri kan.
Ish, tapi kalau la bayang2 aku boleh kejo aku, mmg sah aku lari.. takut beb!! heh heh, tapi kalau mak aku yg tanya aku senget ke tidak, mmg aku takkan berlaku jujur la, pasal aku taknak mengaku. taknak! taknak! kesian kat diorg kalau diorg tau. Kesian kat aku jugak nnt. Silap2 takleh balik kg raya. Mano den nak poie... Beraya kat dlm kapalterobang la gamaknya.