November 24, 2005

Kalau suka mkn epal jgn kawin dgn doktor

heheh... masuk hari ni gamaknya dah tiga hari aku tak sempat serapan pagi. Dan tetiap hari tu jugak la aku dtg keja lambat, sambil ditego oleh opis2mate aku dgn teguran yg sungguh menyenangkan.. "Kapal, ko mandi tak hari ni?" cheh! Kalau yg pun aku tak mandi pi opis, takkan aku nak mengaku kot. huhu.. lantak.

Sbb tak serapan, maka aku terpaksalah mkn tghari. Dan tau2 je la kat kl ni mmg harga serapan jauh lebih murah bbdg harga mknn tghari. Mmg boleh la dikatakan duit aku keluar dgn laju, sebagaimana lajunya bunyik gendang dlm perut gendut aku. Lagi la dah tua2 nih, kalau tak mkn je, kepala pening, malas keja dan cemacam lagi lah yg jadik. Kiranya, selagi perut tak ketat, jgn harap otak nak jadik center.

Tapi masa memuda dulu takde la teruak sgt camni. Aku ingat lagi masa aku attend kursus bahasa inggeris selama bbrp bulan kat tanah melayu dulu.. (ni flashback nih!!). Masa tu mmg boleh la dikatakan kocek selalu nipis, sampaikan nak mkn mi mamak yg sedap giler harga duainggitsetengah pun berkira2. Dan selalunya pilihan utama mkn tghari aku ialah sebijik epal yg dijual kat kedai bwh umah dgn harga limosen sebijik. Tapi yg peliknya, w/pun tu je yg aku mkn, bdn ni takde gak kurus... maintain boolat. Apa rahsianya?? Aku pun tak tau.

Terlanjur bercerita pasal epal ni, ada pepatah omputeh pasal 'sebijik epal sehari menjauhkan diri anda daripada doktor'. Kalau nak kira mmg pepatah ni terbelit sungguh. Patutnya kita tukar je drpd perkataan pepatah jadik pembelit. Baru kow! haha.. Tapi apa2pun ini menunjukkan buah2an tu berkhasiat, dan korg takleh la sakit2 kalau mkn buah. Tapi kenapa buah epal??? Kenapa bukan buah lain? Anggur ka, oren ka, blek karen ka, ataupun temikai??? (buah2an tempatan takleh la masuk sekali, pasal ini pepatah-belit omputeh..).

Menurut Persatuan Epal Amerika Syarikat (jgn kata aku tipu, mmg ada persatuan nih..), epal ni bagus dimakan disbbkan oleh khasiat2 seperti berikut:
  • Takde lemak dan kolesterol - takyah la takut gemuk
  • Takde sodium/natrium - darah takleh naik tinggi2
  • Byk serat - berserabut tinggi, sonang nak 'membazir air bbnyk'
  • Kaya dgn antioksidan - sesuai utk org yg taknak kena kanser dan nak kulit gebu cam orang kulit gebu.
  • Antara sumber terbaik galian yg dikenali sebagai boron (bukan boroi..) - baik utk kesihatan tulang.
  • Byk fruktos dan bukannya glukos, so, susah sket la nak gemuk.

Di samping khasiat2 tu, ramai lagi la para pengkaji buah epal yg mengaitkan bahawa epal adalah baik untuk mengelakkan penyakit2 cam asma, sakit jantung, kanser peparu dan ada la jugak bbrp penyakit. Maka, makan la epal untuk mengelakkan dr kena penyakit. Tapi kalau suka amik MC mcm aku nih, toksah mkn selalu la. Karang sokmo sihat, tak best gak, pepenat je kompeni bagi allocation utk MC dan medical benefit, tak dapek digunakan, pasal tak pernah sakit.

Tapi kan, omputeh giler2 la buat kajian pasal kebaikan buah2an diorg ni. Pastu dok publish memana, pastu ajak kita ramai2 gi makan buah2 nih. Org2 kita takde ke nak buat dan membesar2kan khasiat dan kebaikan buah2an tempatan?? Contohnya cam rambutan tu, mmg lah berserat tinggi, dah nama pun rambut.. kan? Kalau lah ada yg nak buat kajian boombasstick pasal rambutan, ataupun rambai (yg boleh dimakan dgn bijik2nya), mesti pengusaha rambutan dan rambai akan menjadi kaya, sekaya tokei2 kebun kelapa sawit..!

heheh...