bg pasangan senget plak,erm,aku rasa antara tentangan yg akan timbul,mungkin dari..ehe,entah ek.aku rasa akan ada tentangan,tapi aku tak tau pulak dari sape puncenye.yelah,kalau dah famili tak tau,masyarakat tak tau,kwn2 tak tau yg kite senget,sape lak nak menyuarakan kebengkengan terhadap hubungan bukan tegak kite.
Itu adalah snippet dr entry yg ditulis oleh dik pires kita pada hari sabtu yg dia keja. Aku tetiba rasa cam terlebih terberkenan la plak dgn ayat dia tu. (Er.. pires, kalau u rasa entry ini mengganggu hak berkarya u, sila bagitau, entry ini akan dinyahkan secepat mungkin.. boleh gitu?)
Bila terbaca entry ni aku mula merasakan bahawa sekiranya lebih ramai org yg tidak tahu akan hubungan kita, hubungan tu akan jadi lebih selamat. Kiranya, takkan ada mata2 dan hati2 yg sanggup menentang dan mengganggugugat hubungan tu. So, skrg ni kalau ada yg mmg merahsiakan hubungan chenta yg mula berputik dan taknak org lain tahu, mmg aku paham la kenapa. Kalau nak dikirakan aku dulu pun merahsiakan hubungan aku jugak. Cuma aku dgn dia je yg tau. Tapi semenjak bermenjak2 ada blog ni, hubungan kami bukan rahsia lagi. Kira cam 'cintaku bukan di atas kertas' ler...
Bagi sesapa yg tgk cerita The L Word, peratikan je la carta si Alice tu. Betapa komplikatednya hubungan dan wayar2 yg menyambungkan insan2 yg mengaku diorg tu perempuan senget. Kekomplikatedtan ini rasanya disumbang jugak oleh kekomplikatedtan orang perempuan.
Aku dan chefD pernah la dolu2 terberbincang pasal benda nih. Dan kesimpulan yg kami dapat ialah, lesbian ni mmg bermasalah kalau dah terkeluar gobok dan bersosial, sbb semua orang berpotensi jadik kawan, dan jugak berpotensi jadik partner. Ye la, kalau hubungan yg 100% stret tu, setakat suami berkawan dgn suami, atau isteri berkawan dgn isteri, takkan la plak membibitkan bunga2 chenta kan.
Kita ni plak bermasalah sket, meh aku bagi contoh. Aku berdua dgn ChefD. Kitorg baik dgn kawan lain yg jugak dah ada pasangan. Kiranya kitorg ni berempat mmg berkawan. Tapi di samping berkawan, masing2 juga boleh berkapel. Cam kitorg semua berpotensi utk berkapel dgn tiga orang (termasuk kapel sendiri ler). Jadik kalau nak main kayu tiga, takyah la tgk jejauh.
Itu baru dua kapel berkawan. Kalau dah sampai delapan puluhan kapelan? tak ke kita semua mengexpose diri kepada satu market yg sungguh besar populasinya. Dan semua ahli populasi itu berpotensi utk jadik partner kita. Hmmm.. ramai tu. Sesapa yg mudah gegerrr.. mudah la rambang mata. kan kan? Dan bila dah reramai ni plak. Ada la yg kata 'dia tu tak cukup bagus utk engkau', 'pilihlah aku jadik pacarmu', 'aku sanggup undur diri demi dia dan kamu', 'kalau kamu kawan dia kami tak kawan kamu' dan macam2 ucapan2 bermadah lagi la yg boleh keluar dr mulut setiap org.
Tapi kalau sekali baca entry aku ni, ada rasa cam.. baik laaaa kita ni takyah berkawan dgn org yg sama2 senget. Supaya org tak tau hubungan kita, dan takde la tentangan yg boleh wujud. Tapi sebenar2nya hakikatnya tentangan tu boleh ada di mana2 saja, pada bila2 masa. Contohnya cam aku ni ha. Tentangan tiba sewaktu kami masih menyorok dan jugak selepas kami mengaku berkapel.
Sebagai penutup entry ni, kita kena bijak mengawal dan memilih keadaan. Kalau rasa hubungan tu dah mmg susah nak jadik. Tak kisah la ramai yg tau ke, atau hanya kita berdua manusia yg tau.. apa nak jadik, tetap boleh jadik. Jangan la plak hakikat tentangan ini dijadikan alasan untuk kita semua taknak berkawan-mawan plak. Manusia ni kan ada naluri nak bersosial. Jgn la plak sesiakan naluri tu.
Pokok pangkalnya, tgk diri sendiri dan tgk org lain tu. Kalau rasa2 ada yg boleh menjadi tentangan, jauhkan diri anda. Kalau rasa2 ada yg boleh dibuat kawan susah senang, kawan je la. Tapi la, aku rasa, adalah lagi best kalau biar lantak org lain nak buat apa, dan lantak kita la nak buat apa, janji aku tak kacau kau, kau tak kacau aku dan kucing2ku.
Sekian aku merapu... *pening baca entry sendirik* weng wengg