November 16, 2005

Aku mmg lebih suka bihun drpd mi

Disebabkan oleh kerana aku lama tak keja, maka mmg berlambak2 la keja aku. Tapi keja tu bukannya atas meja, tapi kat dalam server. huhu. Still meja aku comot jugak. Itu sebab jugak la aku tak sempat nak menulis apa2 kat dalam blog nih. Kepada sesapa yg rindukan aku, timacih diucapkan. Ada jugak yg nak rindu yea. mueheheheh *gelak pasan*.

Masa belajar dulu kalau tetiba rasa letih ke, malas ke, nak tgk wayang ke.. takyah je la pi kelas. Takde la rugi apa pun, cuma tak dapat dengar lecture je la. Dan kengkadang tu boleh ter miss soklan bocor dan boleh jugak membawak kepada huruf2 keputusan peksa yg bukan A, B maupun C. Tapi, teruk sangat ke kalau tak lulus peksa?? hehehe.. itu tanya diri sendiri la yea.

Aku masa kat sekolah dulu takde la selalu fail, dan tak jugak selalu dapat huruf A, ataupun B. Tapi tu yg takbest tu. Sepatutnya masa sekolah2 la time nak score A seme2 kan? Pastu bila aku belajo lepas sekolah pun, aku takde la terer mana.

Memang menyedihkan la jugak bebenda sekolah ni. Aku tak dapat belajar bebetul dan jugak tak dapat merasai apa yg dirasakan sebagai seorang pelajar yg bagus. Sbbnya.. hehehe.. korg semua pun dah tau kan, sbb aku ni gatal cepat sangat. Kiranya bila dah masuk form 5 tu kengkonon dah ada steady la gitu. Pastu masa belajo lepas sekolah plak, aku dah serius dgn chefD.

Bercinta zaman remaja ni mmg poyo sket. Salah sket nak jeles. Pantang ada masa+duit, sokmo nak pegi dating. Pastu chenta sana, chenta sini, nyohnyeh sana, nyohnyeh sini. Memang tak mecet langsung lah! Sbb tu jugak la kalau sesapa yg kenal aku time form 5 dulu sure akan menggelakkan aku. Sbb kehidupan aku terlalu di obses oleh seorang perempuan yg aku kengkononnya gelpren aku yg aku sayang, hidup mati bersama, kalau dia takde mati la aku, kurus lah aku, aku kempunan telur tembakul.. porah cheit la! Hasil kegatalan di zaman sekolah, belajar ntah ke mana.. dan kawan pun tak ramai. Ntah berapa bakul aku kumpul kutukan org pun tak tahu ler...

Bila dah tetua ni, pikir balik zaman sekolah dulu.. monyosal den! Kalau aku tahu lah, aku belajar rerajin, aku jadik doktor, loyar, mejistret atau menteri belia dan sukan. Sbb kalau lah aku jadik kayo, gulamo dan macam2 ada bila dah tetua ni, agaknya senang la sket nak mengayat model ke, DJ ke, takpun mana2 awek lah... (janji glamer...). Tapi skrg ni aku dgn chefD kira ok jugak la, sbb dia ok dan sungguh sesuai jadik kekasih dan sahabat. Buatnya aku terkomitmen dgn gelpren yg tak ok, tak ke haru biru tetiap hari. Nak carik lain dah susah, rupa takde, harta takde (sbb time belajar aku menggatal sapa suruh). Nasib... nasib...

Maka, kepada yg masih bersekolah, jgn la jadik macam aku ni ye. Cinta datang tanpa diundang. Kalau ada tu, ada je la. Yang penting, kena perkemaskan diri dgn bebenda yg best, supaya senang di hari kemudian. Masa tu boleh la mengorat menggunakan keupayaan sendiri, dan bukannya keupayaan mak bapak, aku keupayaan mana2 penulis skrip tak bertauliah... hehe.

*kepada sesapa yg suka baca tajuk blog, tajuk hr ni mmg takde kaitan dgn entry.. hehehe, jgn mare yea..*