December 26, 2013

Membeli belah jgn sampai berbalah! Haha

Org pompuan mmg suka shopping kan? Termasuk la aku. Walaupun aku tiada hasil dalam poket yg banyak, tapi shopping mmg terapi utk menenangkan yg amat berkesan. Tak kisah la shopping sbb tlg belikan barang utk org lain. Janji beli barang. Paling bangang pun, shopping beli tingkap aje. Cuma kena bermodal duit parking, kesabaran cari parking, dan juga duit makan dan jajan.

Tapi sekarang ni, aku baru berjinak2 dgn online shopping. Omg the feeling! Haha. Tengok2 barang pun dah rasa puas! Semuanya sbb aku yg agak ketinggalan ini sebenarnya baru reti nak register dan guna paypal. Dan baru skarang ni la reti dan boleh beli barang kat ebay. Juga setelah mendapat tahu bbrp org kawan yg aku kenal ada keje dgn ebay malaysia, dan depa kata kebajikan pembeli adalah dlm jagaan mereka, membuatkan aku rasa lebih yakin lah dgn ebay. Haha.

Setakat ni purchase dgn ebay alhamdulillah, sampai ke rumah, walaupun bungkusannya termasuk di dalam longkang. Janji sampai. Barang macam yg depa tayang kat website, then aku ok. Tapi kena bertahan la tunggu sampai dekat 2 minggu baru barang kau sampai kan. Dan kepada pengumpul setem, bole la dpt setem US, UK atau aussie. Sbb depa pos biasa je, kalau nak poslaju, bayar lebih. So, konfem la aku tidak kan... Kata mottonya... 'Mengapa bayar lebih, kalau anda boleh kedekuts?' Ala, kalau beli dgn groupon pun menanah gak tunggu dua minggu kan. Samo yo!

Jd sblm brg sampai tu tu, belek la mana2 website online shopping sampai  mabuk. Pastu bila barang sampai, boleh pikir utk beli barang lain. At least setiap hari ada rasa teruja cam... "Bila barang nk sampai ek". Haha.. Perasaan teruja tu mmg teruja lah. Ia juga merupakan salah satu kenikmatan dlm berbelanja. 

Dan kalau rasa cam lama sangat je nk sampai, gi lak tgk website lelong.com. Cari la apa2 bookmark ke, torchlight, album gambar yg rege dlm lima ringgit, beli la. Janji leh puas hati..

Cuma skarang aku masih belum reti shopping dgn usahawan bumiputera yg jual brg dr blog atau instagram. Semua gara2 ada member opis yg order baju raya sblm bulan puasa, sekali sampai lepas raya haji. Hebat kan? Untung la pompuan tu tak mengamuk, kalau aku, mmg aku dah pegi ketuk pintu rumah malam raya tu jugak!! Kau tak siapkan baju aku, aku cabut langsir raya kau. Hahaha. Merasa berlangsirkan shower curtain, tampal guna stapler gun! Haha..

So setakat ni, hamba yg baru berjinak2 dgn online shopping ni, hanya berani beli dgn website2 yg aku konfem boleh komplen, dan ada org yg nak dengar dan pi marah si penjual tu. Haha. Kalau kau yg jual, kau jugak yg angkat telepon customer service, lom berani lagi kak.. Mungkin dua tiga minggu lagi kot. Huhu..

So, moral entry di tgh malam ini, shopping online ni best rupanya. Terutamanya kalau dpt brg yg payah jumpa kat sini dan tetibe ada jual dgn rege yg murah (seperti cover utk nokia lumia!!!!) haruslah ai rembat sampai empat kan. Haha... Tapi, dlm masa yg sama, ingat, jgn sampai membazir. Hahaha. (Adakah aku x membazir selama ni??)

December 21, 2013

yang dulu bukan yang sekarang

Hari tetiba nak menulis pasal org senget. Ada macam2 jenis orang senget sekarang ni, yang aku rasakan tak berapa nak sama dengan aku. haha.. mungkin perbezaan ni disebabkan sekarang ni makin ramai orang senget yg kita kenal yg lebih gembira menonjolkan diri dan menunjukkan ciri-ciri di dalam diri di mana2 laman sosial yang berlambak2 skang ni. haha.. tp sblm tu, saya nasihatkan, sesapa yg baca ni, read at your own risk. kalau nak terasa, aku tak bertanggungjawab, sbb apa yg aku tulis ni, mungkin ada kaitan dgn yg masih hidup, tapi mungkin bukan korg. u think i know u so well meh? haha.. here goes.

Senget Gumbira (Happy gay)
i mean.. itu la maksud sebenar gay kan? happy and gay. bak satu ayat dlm cite Imagine me and you.. "Am I gay? I'm ecstatic!" haha..
org senget jenis ni sentiasa gelak. ha ha ha.. macam takde masalah. bila ada sebarang event pun dia yg jadi tukang karut. buat org lain terhibur. mereka ini adalah set2 yg membuatkan kita org2 senget ni boleh dikatakan sebagai org yg senang didekati, best nak lelepak sesama. sbb takde masalah. kan kan?

Senget kerr?
Org camni, mmg sumpah tak tau dia ni senget. mereka adalah seperti org2 biasa yg kita jumpa di tepi jalan, di shopping kompleks, ataupun di sekolah mengajar kita ABC. macam tak caya je org camni senget kan. tapi sebenarnya, pengalaman senget.. nahhh.. dr umur 13 tahun dah kapel dgn pompuan uolss, hamek.. kau ado? Ai mmg suka kalau dpt jumpa dgn org senget kerr nih. Sbb, dia membuatkan aku rasa seperti orang biasa, yg tak perlu nak gah sangat dgn kesengetan diri ni. Macam, kita kawan, kita ada gelpren, kita makan, minum, sama je macam org lain. Apa masalah?


Senget jerr
Ini adalah org yg dalam kata lainnya ialah surely suspected. haha.. ala2 Abby Wambach yg men bola team US tu. Speku2 dia senget. Dia tak pernah cerita pun yg dia ni senget.  Tup2 kawen sesama wanita. syabbas bete. haha...ini semua konsep, kena mengaku meh? in a way, betul jugak kan. apa benefit kalau mengaku, dapat tiket free ke gold coast? ataupun, lifetime supply of Nescafe 3 in 1? heheh

So senget
Ini mengingatkan aku pada Dana Fairbanks. Bersungguh2 nak nampakkan diri tu senget, supaya ada org akan suka, dan label dia sebagai gay. Akan purposely pandang pompuan dgn berlebih2an. Mencuba dgn gigih supaya org nampak dia gay, tapi sendiri takde plak nak dress up macam senget. Ye la, dah kalau tak boyish, tapi suka kat pompuan, apa tableh ke? Cuma tu la.. tak ramai pompuan cantik yg perasan plak kang. so kena la menonjol2kan diri. nak tonjol camna tatau. haha

Senget Aktivis
Org2 camni adalah yang Aktivis yg misinya utk memperjuangkan hak. mementang kat US skang makin banyak state yg benarkan kawen, takkan kita nak ketinggalan kan. Kalau boleh kita perjuangkan hak kita sebagai gay di Malaysia. Jangan biarkan orang lain mempertikaikan hak kita sebagai manusia di tanah air sendiri. kalau org stret boleh kawen, kita pun boleh kawen. Diorg boleh beranak, kita pun boleh beranak jugak. Kalau diorg boleh bercerai, kita pun nak jugak hak bercerai berai dan poligami bagai. hahaha. I mean, aku amaze dgn org yg aktivis camni. dan aku salute la kalau diorg berani berjuang secara fizikal, dan bukan setakat taip2 kat facebook, kat blog, atau kat forum, sedangkan kat luar, bertatasusila kalah org paling stret dlm dunia. i mean.. kamonn.. sblm ajak org lain, sendiri bikin dulu la.

Senget Pendakwah
Org camni adalah senget yg masih berpegang kuat pada agama. bukan setakat pegang, malah sampai berdakwah bagai. Sampaikan kengkadang aku yg belajar agama idok berapa tinggi ni pun kompius.. eh.. boleh meh jadi senget? tak dosa ke? Cuma lagi best kalau yg berdakwah tu dr segi luarannya juga kelihatan sebagai pendakwah, baru best sket nak percaya, dan nak ikut.
walaupun aku idok le kata org senget tak sepatutnya solat, puasa, bayar zakat, pergi umrah/haji dan sebagainya. Sebagaimana senget aktivis kata nak ada hak utk itu ini, senget juga ada hak utk beragama. 

Senget Provokatif
Ini spesies paling best, yg juga boleh buat aku kagum. Mcmana dgn hanya salah atau silap satu perkataan, diorg boleh buat telenovela yg berbelit2 dan berputar2 sampai tak terjangkau dek akal orang. Pantang ada je yg salah cakap sikit, siap la lapan jela ayat dia balas balik. Tersentuh je perkara yang tak sama dgn pendapat diorg, laju je nak  reply. Mmg terer diorg ni menulis atau berkata2. Cuma kengkadang, ada ke org baca apa yg kau tulis tu sampai habis dik? Dan bila org baca, org makin respek kat kome ke? tepuk dada, tanya org tu sendiri. 

Senget Sarkastik
Ini org biasanya tak byk beza dgn yg provokatif. Cuma instead of lapan paragraph, dia tulis lapan patah perkataan aje. Cuma senget sarkastik ni jadi tak best bila eh, apa ke semua benda ko nak sarkastik ni munah? Apa tak pernah ada benda best berlaku dlm hidup kau ke sampai semua kau nak sound? gitu...mengata org, tapi rasanya aku macam tergolong gak kat dlm ni. haha.. cuma kengkadang aku sendiri tak tau ada ke org perasan aku ni sarkastik, atau aku je fefeeeling sarkastik walaupun sebenarnya aku provokatif. hahaha.. lantak.


All in all.. sama macamana kita pilih makanan, dan channel tv, sukahati kita la kan nak org senget macamana, dan kawan senget macamana yg kita pilih. Kalau memilih kawan sgt jd la mcm aku yg ada minimal je rakan2 senget. sosad. haha. nk buat camno, senget sarkastik la katakan. hahaha.. 

Cuma satu je la aku nak ckp kat sini, kat malaysia ni ramai lagi senget closeted. Dan diorg ni takde ramai kawan senget nak bertukar pendapat bagai. Kalau dunia senget online ni dipenuhi dengan senget provokatif, ingat org macam ni nak rasa selesa ke? 

Ingat2 la balik zaman korg sendiri ada masalah dalaman, yg ada rasa komfius2 nak menerima diri sendiri. Bila dah ramai kawan.. kemain lagi kan. Sesuka hati je nk taram org yg tak sependapat dgn korg. Ye la, org dah rasa diri diterima. kawan pun dah ramai, apa kisah setakat sakitkan hati dua tiga org. 

Sama2 kita renungkan, di mana diri kita. Tapi, apa pun yg kita perjuangkan, seeloknya hormat lah pendapat org lain. kalau yg senyap boleh bertahan dgn yg provokatif, apa kata yg rajin menaip membalas cerita org lain tu, pikir2kan jugak perasaan org lain yg juga sebenarnya sentap macam kau, cuma tak kuasa nk taip pepanjang je. ke.. mmg power tu pada keyboard?



At the end of the day, kita hidup dlm masyarakat, bukan utk bergaduh (atau aku je yg pikir camni.. huhu).

October 10, 2013

Kapel senget sekelian, perluke tinggal bersama?

Ini post ai cilok idea drpd cik Hanie. Sbb rasa mcm aku akan floodkan dinding komen dia, maka adalah lebih baiknya aku penuhkan dinding blog sendirik.

Ckp pasal tinggal bersama ni. Ada yg suka, ada yg tak. Ada yg takleh buat (sbb jauh), ada yg taknak buat sbb nnt rasa dekat sgt.

Bagi aku, aku ni tergolong dlm geng2 uhaul slps date yg ke tiga. Mungkin ini akibat zodiac ai seorang scorpio, yg mmg terkenal dgn sifat nak melekattttt aje dgn partner. So, kalau ada yg pernah rasa2 cam berkapel dgn aku, tapi aku x pernah langsung ckp nak tinggal sama, makanya u are not the only one la tu. Sure aku ada sorok something. Paling berkemungkinan besar, aku tinggal dgn org lain, tapi berdating dgn u. Ahaha... Senang gile nk detect kalau aku pasang dua.

Anyway, masa dgn boo dulu, sebenarnya agak lambat jugak la kitorg tinggal bersama dlm definisi yg aku kata memang bersama. Sbb dia byk hal yg nk 'diuruskan', ada hutang yg tak langsai, etc. Tapi setelah onak ranjau dan duri yg diharungi... Dapat jugak ai tinggal bersama dgn dia.

Bagi aku, kenapa aku nk sangat tinggal bersama ialah sbb aku nk lihat muka dia sblm aku tdo, dan nk nmpk muka dia bila bangun je dr tdo (wpun pada hakikatnya kengkadang benda ni tak jadi, sbb sblm tdo mengadap laptop, bgn tdo plak mengadap bantal... Dasar susah tdo, sudah bgn tdo.. Ahaha)

Kalau nak kira pro and cons tinggal bersama ni ada byk. Terpulang korg nak ke taknak aje. Meh kita kupas satu persatu.

Pro
Jimat belanja. 
Leh tong2 sewa satu rumah. Kongsi sardin satu tin, beras satu kampit, baju satu almari, etc etc. Cuma, style ini tak jadi la kepada org yg tamau berkongsi kehidupan, yg mengharapkan si 'hubby' aje tanggung semua. Eh, tu kira pro gak la.. Sbb ada org lain yg tanggung.. Haha.. Apeda aku melalut. Lepastu, bill telepon sure jimat habiss. Ko pandang je muka dia, pastu cakap. Takyah koling2 wtsap2 bagai. Sbb tu aku leh hidup tanpa plan telepon pascabayar berinternet.. Muahaha.. Bottom line is,  jimat uolss!

Masa utk 'bersama' yg flexibel.
Dah tetua ni, angin dtg tanpa diduga kekdahnya. So, apabila ia tiba, takyah la nak tunggu beberapa hari baru mendapat. Semuanya di 'hujung jari' anda. Haha..literally! Mmg la kalau simpan lama2 rasa tu lagi kuat kan. Tapi kalau kuat, kalau simpan lama2 jadi kecut? How?

Sharing is caring.
Berkongsi ni seronok ye kengkawan. Kita tau dan boleh saksikan apa yg dia suka setiap hari. Dia pun leh tgk hobi kita. Kalau seswai, buat bersama2. Kalau tak seswai pun takpe. Tinggal bersama, tak bermaksud takde ruang untuk diri sendiri. Of kos la ada. Kalau takde, bila masa plak nk memerut,kan.

Ok,ada lagi pro, tapi malas menaip. Ni cerita cons plak.

Cons
Mengcover line bila family datang.
Fuhhh... Kes cover line dan wiping evidence ni mmg payahhh! Ada je yg kena disorok, disimpan, di peram di merata ceruk. Sampaikan, bila family dah balik, sendiri sudah tak ingat mana letak itu barang. Haha...

Kena buang malu2 kewanitaan
Kalau korg jenis yg setiap masa nak nampak jelita dengan mekap/pondesyen bagai (baca sbg tamau partner tau warna kulit sebenar), ataupun jenis yg tak boleh buang angin di hadapan manusia lain hatta partner sendiri, atau set2 penuh bertatatertib ketimuran (jln kepit2, ckp sopan2, gelak gedik...).
Org mcm ni kalau nak dok bersama dgn partner, ai ucapkan GOODLUCK!

Gaduh, gaduh, gaduh
Bila dah dok sama, hari2 nmpk muka. Lebih senang la nk ada rasa tak puas hati. Contohnya, kat opis dan stress sbb keja, pastu balik rumah partner sepahkan rumah plak, sukati je dia campak seluar yg dh pakai kat dpn tv kan? Haha (mcm biasa buatt je). Stressss! Ataupun, kita penat2 basuh pinggan, dia nongkrong je kejenye, main candy crush. Stresssss lagik.
Stress jugak bila sorg nk ajak dating, sorg lg malass. Baik masak kat umah, jimat duit katanya. My oh my... Mak stress tawtakkkk! Jgn x tau org skrg ni, ramai yg jangkamasa berkapel gedik2 lebih lama drpd berkapel secara serius. 

Kesimpulannya?
Tepuk dada, tanya partner, "best tak?" Haha
Kalau tepuk kuat, mmg sakit.
Tapi kalau tepuk memanja, mungkin sedap. 
Oleh itu, bg aku, hidup bersama, kene ada rasa memanja tu, maksudnya, toksah keras sgt, jgn pikir semuanya nak perfect sepanjang masa. Anggap la pergaduhan itu sebagai asam garam rumahtangga. Kengkadang terlebih masin, kengkadang terlebih masam, tapi sentiasa akhiri dgn yg manisss.. (Analogi makan la pulakkk...)

Dan kalau tak mampu, jgn bermula. Juga kalau sudah bermula, tp x mampu bertahan, kenapa nak mendera diri sendiri atau org lain tu? Lepaskanlah. Carilah kebahagiaan masing2. 


September 27, 2013

Kitkat oh kitkat

Td tergatal tgk website pasal kitkat dgn perisa2 pelik dari Jepun. Masa aku gi jepun dulu, mmg itu la keje aku... Cari kitkat perisa pelik. Memula tu adik aku la kenalkan, dia bwk blk melesia perisa matcha (green tea). Aku pun terus sangkut. So bila gi sana, asek cari perisa green tea sahaja! Eskrem, kitkat, dan segala mala cekelat yg berwarna ijau, sume ai suke! 

Anyway, berbalik kepada kitkat, setakat ni perisa yg pernah aku makan ialah...

1. Matcha - ni kat melesia pun dh byk, cold storage pun ado



2. Matcha sakura - katanya ada bunga sakura dlm teh tu? Tp rasa cam xde la pelik sgttt..



3. Ais krim - mmg rasa mcm eskrem vanilla, siap dgn kon dia sekalik yg dh hancor2.


4. Buah Pear - buah pun jadik... 


5. Puding Labu - ini time halloween je yg ada. So, pegi la bulan october yea..




6. Dark coklat - x pelik punnn...?


Ok, so ni yg aku pernah terjumpa. Sbb kitkat ni seasonal kat sana, so, kena la dok bertahun2 utk mkn semua perisa yg ado.. Oh, klu x pun, gi la cari kat shojikiya. Untung sabut timbul...

Dan aku baru tau ada jugak kitkat perisa wasabi, cili dan... Wait for it... KICAP!
Haha.. Tah apa la rasanya ek. Tapi, kalau dia gunakan kicap jalen, mesti bebudak plkn bawak gi kem. Hahaha!

September 18, 2013

Peace.of.mind.

Tetiba nak tercerita pasal ketenangan diri. Dan secara spesifiknya, ketenangan diri dalam relationship aku. Dengan penuh rasa syukur aku rasa sekarang relationship aku adalah dalam keadaan tenang. Peaceful. Harap2, akan terus begini sampai bila-bila...

Kenapa aku kata tenang? Adakah aku langsung tak bergaduh? Atau boo dgn aku sangat happy go lucky sehingga pun muka macam org hisap ganja? Oh no.. pergaduhan, perselisihan faham, tergigit lidah (ehem) itu adalah lumrah dalam domestic partnership. Bila dah duduk serumah tu, apa je yg tak nak gaduh. Ni bukan setakat serumah, satu opis jugak. lagi la kan.. haha..

Yg aku maksudkan ketenangan ini adalah, alhamdulillah, setakat ini aku tidak dibebani dgn perkara2 yg membuatkan macam ada buah durian dalam dada.

Pernah tak korg rasa macam ada benda tersekat kat dada? Rasa macam sesak napas. Rasa macam nak kena cakap, tp takleh nak cakap. Nak diluah, tp taktau nak luah kat sapa. (untong skang ni ada fb, maka boleh la meroyan kat situ... haha). Perasaan ni jadi sakit sbb kita sendiri tak tau apa sebabnya. Ataupun, kita tau, tapi tak mau nak mengaku sbb mengaku membuatkan hati jadi lagi gila. Maka utk mengelakkan kegilaan, bertahan sahaja la.

Aku juga tenang sekarang sbb aku pasti dan yakin kami saling sayang menyayangi. Jadi kalau berselisih faham ke, apa ke... penyelesaian yang utama bukanlah perpisahan. Sakit kan sebenarnya kalau bila setiap kali kita bergaduh je, kita rasa nak clash. Gaduh je terus dibebani rasa macam..
"Alamak, matila. Abisla aku kena tinggal lepas ni." ataupun jenis yg sentiasa rasa tak pueh hati akan cakap...
"Dets it la. 3 hari lagi aku tuntut cerai!!."
Tapi bila sampai masanya, lembek lutut jugak. haha..

Dan ketenangan aku juga ada disebabkan oleh si dia yang tak pernah mengugut atau memaksa aku berbuat apa2 yg melampaui kehendak dan kemahuan aku yg terhad ni. Tak sakit ke jiwa korg kalau ada partner yg jenis...

"Kalau u tak naik pangkat sampai tahun depan, kita clash!" ataupun, jenis yg cakap camni...
"Sekali lagi i nampak u mandi tak tutup pintu, i tinggalkan u." ataupun yg ckp lembut sket...
"Saya ni kalau dah jumpa lelaki yg sesuai, kita.. ermmm.. paham2 la ye.."

Adeh... pedih. Setiap hari dibebani rasa yang macam.. anytime we're over! Hidup dalam ketakutan, dikejar bayang2 sendiri. (cewahh).

Ye, memang la kan.. hubungan macam kita ni tak kekal lama. Tapi, kasi can la utk org2 macam aku ni rasa tenang. Aku ni jenis org yg rasa, ye.. memang benda tu pasti datang, tapi tak perlu la setiap saat setiap masa semua org nk ingatkan aku. Kalau korg rasa, cara untuk mencari keyakinan diri dgn cara bercakap tentang kekurangan orang lain, aku cadangkan sila meroyan kat fb. Ataupun tulis blog macam aku. haha.

Anyway, pokok pangkalnya, kalau orang lain gembira, kita pun boleh gembira. Kalau orang lain meroyan, motif kau nak ikut meroyan jugak? Semua orang dah dewasa akil baligh dan pandai beli pantyliner sendiri, bertanggungjawablah atas keputusan dan kehidupan masing2. Jgn susahkan hidup orang lain, dan jangan cari pasal nak susahkan hidup sendiri.

Dan.. akhir kata (mcm surat daa), aku nk ucapkan jutaan terima kasih kepada boo yang selama ni sanggup terima aku seadanya dan tak pernah nak ugut aku dengan perkara2 yang takbest. Ugut kecil2kan macam tamau gosokkan baju tu, tak kisah la kan.. dia kalau ugut nak tinggalkan tu yg pedihhhh rasanya.

Thank you baby boo. I hope we will continue to complete each other. May all your dreams come true and for better or worse, I wanna be the wind beneath your wings, till death do us part...

Ku ulangi...
Kau yakini hati ini kerna aku cinta kamu.
Hari hari aku kan menjadi hari kamu.

Happy birthday, Boo...

September 11, 2013

Pembaca buku dan elektronik katanya

Sapa je x suka membaca? Kan. Kalau x baca buku, baca papan tanda jalan, iklan kat notice board depan lif, maupun sms org lain. Haha..

Anyway, sbb aku makin lama makin gile suka baca fanfic, maka terus terasa teruja cari device e-reader.

Setakat ni pengalaman aku adalah menggunakan ipad. Apps ibook dlm ipad mmg sangat best, dgn built in dictionary yg easily accessible. Ipad membolehkan korg baca ebook dlm version epub dan pdf. Lepastu rak buku dia membolehkan korg simpan dan akses mana2 pdf yg pernah korg bukak. Contohnya, kalau ada yg pernah cari doa awal/akhir tahun, simpan je kat sini. Tahun depan bukak je balik. Xyah kecoh2 nk google semula. Almaklum baca pun setahun sekali. Haha..

Pastu kalau ada download buku dlm format epub, sync la guna itunes, nnt pandai la buku tu masuk. Kalau malas nak sync macam aku, aku email kat diri sendiri, pastu bukak email tu kat ipad. Nnt pandai la buku tu masuk sendiri.

Kalau ada yg berminat nak beli buku dr ibooks library, ini ada masalah sket. Tapi aku so far dpt lawan masalah tersebut, sbb aku punya apple id registered guna alamat US. Korg amik je la alamat mana2 kedai kasut kat US, harap2 diorg x check. Asalkan kita leh download. dan lepas tu sila la gunakan US store, jgn dok kat Malaysian store.

Kalau buku tu berbayar, leh la guna credit card. Tapi aku kedekut. Forex rate bank berubah2, so aku lebih prefer beli itunes gift card utk US store, pastu purchase je tanpa perlu guna ccard. Gift card ni mcm debit card la. Tapi macamana nk beli itunes gift card? Setakat ni dah few times aku beli kat http://www.sk2stall.com . Servis pantas, rege pun ok la, utk usd50, bayar rm170 je.

Dengan adanya kad ini, Dah byk buku2 senget yg aku berjaya donlod. Bukan senang nk dpt buku senget kat Malaysia deknon! Nnt la satu hr yg hening, aku uar2kan koleksi ebook senget aku, dan sesapa nk beli, ai boleh jual! Ada yg berminat ke? Hehe

Tapi problem ipad ni ialah, ia besar! So, mungkin ipad mini adalah device yg lebih sesuai utk avid reader. Portable dan bila terhentak hidung, xde la sampai lebamm.

Selain ipad, skang ni byk je org baca ebook kat tipon, dan tablet2. Cuma, aku x rasa android ada apps yg best utk ebook. Kak kebun baca pakai moon reader. Personally aku x rasa itu best. Haha.. Ai mmg x berapa reti android. Sesapa tau apps yg best, sila la share ye.

Device lain seperti kindle (yg dikeluarkan oleh Amazon), mcm lebih menyusahkan utk manusia di Malaysia, wpun dia dikatakan best e reader. Satu lagi device, Nook, keluaran Barnes & Noble, yg ni katanya not so bad, wpun tak support di Malaysia, maybe bole crack atau guna teknik mcm ipad. Tgk la nnt, kalau ada benda ni, aku leh review lagi.

Oh oh, fanfic reader, boleh ke website https://www.flagfic.com/ kalau nk donlod fanfic kegemaran korg dlm bentuk epub, etc. senang uols, sambil memerut leh baca fanfic, x payah intenet bagai.

Akhir kata, jom la kita membaca! Hehe

August 14, 2013

Sengetians reopening...

Selamat hari raya. Hehe... Sempena bulan raya ni, nk susun 10 jari mohon maaf kalau ada reader blog ni yg pernah atau masih terasa dgn apa yg aku pernah tulis. Mmg selalunya tulisan  aku ada kaitan dgn org sekeliling, tp x ramai yg terlibat tu baca blog aku. Eh, kena mintak mahap face to face la ni kot. Haha.

Anyway, harini aku nk wat promotion sket, mulai semalam forum Sengetians telah dibuka semula di host yg baru. Maka aku nk jemput sesapa yg teringin utk berjumpa dan berkenalan dgn rakan2 yang sekapal, jom la join sama. 

Sedikit sejarah, sengetians forum memula aku bukak sbb nk berborak pasal media senget sebenarnye. Share info pasal buku senget, rancangan tv senget, movie senget. Tapi apabila dah ramai yg join, ia menjadi lebih kepada satu komuniti. Berkenal-kenalan, bersalam-salaman gitu. X over kalau aku kata, byk juga kehidupan yg berubah kerana forum ini, terutamanya hidup aku. Yg paling utamanya, aku jumpa ramai kawan. Dulu aku rasa akundgn partner aku je yg senget kat dunia ni. Haha..

Ahli2 sengetians lama yg sblm ni ada masalah masuk forum, dah lama xjoin, maka aku jemput korg utk marilah bersama2 memeriahkan kembali forum tersebut. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Chewah!

Dan juga sesapa yg rasa diri tu 'keseorangan', xde siapa yg paham, leh la anggap ini sebagai satu support group. I assure you, semua ahli  sengetians yg sedia ada adalah manusia biasa, xde luar biasanya. Kami makan, minum, bersukan, dan mungkin mempunyai pengalaman yg boleh korg relate..  maka aku alu2kan korg join. Kami pun nk gak kenal dgn org2 baru! 

 Buat masa ni, keahliah by invitation only. Sebolehnya kita nk pastikan mereka yg 'sekapal' je boleh join.

 So, camna nk join?
Silalah email kat aku di onlymichiru@yahoo.com
Kalau yg rasa aku lom kenal tu, sebestnye perkenalkan la diri dulu ye. Yg mana pernah jd member sengetians dulu, pun boleh la email aku ye.

Tq semua org, marilah kita sama2 memeriahkan forum itu... Jumpa di sanaaa!






August 13, 2013

Another year, another year.

Today is our first day of six years together, as official is defined.
Minus the flirting, including the high-level bickering.
We didn't start strong, heck, we didn't start well.
The ruckus outsiders view, the sides people take, the different value uphold.
The promises we broke, the vows we took, the hearts we wound.

But here we are.
Burning the road as we build love.
Leaving the stains of past heartbreak as we contain hatred.

I thank your love.
I value your presence.
I envy the way you brought the best in me.
I treasure your making me a better person.

With this, I promise you love for eternity.
Thank you, Boo.




June 28, 2013

Bikin passport pun nak cerita ke?

Siang tadi, aku pegi buat passport. (Bodo sgt kan start entry dgn ayat stetmen macamtu. Apa kau ingat ini karangan BM??).
Anyway.. haha.. selama ni aku pegi buat passport kat PKNS Shah Alam. Kiranya, sblm pegi buat, leh amik gambo dulu kat PKNS, pastu buat passport, pastu sementara tunggu, lepak2 la dulu cari tudung ke, jubah ke, baju kurung siap ke... Macam la aku pakai baju kurung kan? haha

Siang tadi sbb macam malas nak menempuh dugaan dan cabaran memandu ke s.Alam, maka aku pegi la kat pejabat passport Presint 15 Putrajaya.

Menurut cerita kawan2 yg pernah buat kat situ, ada yg kata parking tak cukup. Aku pun tatau la kenapa parking tak cukup, tapi aku sesuka hati speku yg kawasan putrajaya mmg takde dedicated parking spot. Lagi satu aku pikir, kat mana plak nak amik gambo. Kalau putrajaya tu, sah2 la semuanya opis gamen, ada ke kedai gambo (spekulasi lagi! haha). Tapi terimakasih kepada google, aku dapat tau ada tpt amik gambo kat putrajaya. So, on je la.. pegi putrajaya.

Keuntungan org keje malam ialah, abis keje je, dlm kol 8 dah kuar dr opis. Pejabat tu pun kebetulan bukan kol 7.30, so cantik ah tu, takde la awal sgt, tak la lmbt sgt kot. haha.

Sampai2 je kat sana, aku tgk parking boleh tahan byk gak kat tepi2 jln tu, yg berbayar pakai meter lima pose sejam. Pastu ada jugak basement parking yg utk visitor, aku pun turun je la parking kat bawah.. free. hehe.

Naik2 je tangga, kena sergah dgn sorg aunty ni. Dia beria2 suruh kitorg amik gambo kat kedai dia. katanya RM10 utk 4 keping, dgn fotostat IC free. sbb takbleh tahan dia bising2, kitorg pun pegi la kat kedai dia, walhal terang2 nmpk kat dalam building pejabat passport tu ada tpt bergambo gak. Ntah la.. aku kena kencing ke pepagi tu, ai redha je. Janji ada gambo.
So maksudnya, mmg byk je tpt nk begambo kat situ. senang. Pilih je mana mau.

Dah settle hal gambo tu, pegi la berato amik nombo. Lengang uols. Aku amik nombor je, terus kena panggil. Tapi takbest la kan cerita pasal lengang2 nih. Aku nk share pasal renewal passport...

Dulu aku amik 2 tahun je, dan passport aku mati bulan Jan 2014. Kiranya ada dlm 6 bulan tuuuu.. tapi sbb nk travel bulan 7, harus la kena buat passport baru, sbb kalau tak lepas kat airport, menangeh! So, aku pun tanya la, kalau aku buat ni, carry forward tak baki yg 6 bulan tu? baca kat intenet macam boleh.

Adik tu pun kata, boleh, kalau aku buat passport 5 tahun. Tu diah, sayangkan 6 bulan punya pasal.. terbang duit aku lagi RM200. So, peringatan kepada sesapa yg nk renew passport, baki boleh di carry forward hanya jika korg buat passport 5 tahun. 2 tahun.. bolayan... tapi kalau kat pejabat passport lain, lain ceritanya, wallahualam.

Sementara tunggu passport siap, gi mkn kat kedai mamak kat bawah tu, pastu kami berdua menderu ke Alamanda yg berjarak 5-10 minit pemanduan kereta. Dekat jerr, tapi aku pakai GPS gak, hahaha.. Dah jenuh bejalan gi Cold Storage (makanan sahaja, haruss), aku dtg balik kat pejabat pasport, tunjuk nombor, terus dapat. Takyah beratur dan tunggu2 lama sgt. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

So, org jakun mmg dpt je yg baru terus tak sabar nak belek. Belek2, passport aku akan mati pada bulan December 2018. Yeay.. i got the 6 months. Dannn.. passport ini akan mati selepassss visa US aku mati. Harus la pergi US tahun depan uols.. aaaaaminnn! (sambil cukur bulu kaki utk dijual...)

Maka itulah cerita aku buat passport semalam... Lepas ni, mmg buat kat putrajaya je la. Sbb tak ramai manusia yg suka dtg ke putrajaya yg berbelit2 jalannya. thank you people!

Ni dah cerita pasal passport ni, tetiba terasa nak share pengalaman/tips gi jenjalan kat blog. Tapi... mampukah aku komited utk bercerita? hahaha

June 26, 2013

Kenapa plak ko taknak terima pendapat org stret?

Bapak byk draft dlm blog aku ni. Entry kat bawah ni pun sebenarnye draft dr beberapa bulan lepas. haha.. so sad. tak sempat nak menghabiskan cerita.

Anyway, harini terpanggil kembali nk tulis blog sbb aku teringat perbualan semalam dgn opismate. (ish, balik2 opis, balik2 opis.. sure ada yg boring kan.. naseb la.. haha)

Alkisah, smlm masing2 bukak cite pasal sorg budak ni yg pi Korea. Terbukak pulak cerita org2 Jepun yg tak kisah mandi bersama sesama jantina, dgn mak, dgn bapak, tanpa rasa segan silu atau gatal gedik. Thennnn.. terkeluar statement dr opismate aku ni yg berbunyi...
"I don't think you were BORN gay. There has to be some exposure somewhere."

Dan sebab mood aku baik smlm, dan aku tak pernah suka nak mempertahankan kehidupan senget ni, sebab agama kita tak kasi ye, adik2. Semua atas dosa sendiri tanggung ye... , so sbb tu aku  cuma angguk2 je sambil makan. Mengangguk tak bermakna setuju, tapi mengangguk sebab aku terima pendapat dia.

Honestly I believe that was just her naive comments, as someone who accepts the gay community.

Tapi untuk org yg senget, bila aku dah matang2 dan dan tua2 ni, aku percaya ada orang yg memang rasa dia born gay, ada yg sebenarnya diaruh oleh faktor2 tertentu, sblm dia jadi gay.

Org macam aku, aku rasa mmg aku born gay. Sbb pusing tang mana pun.. aku tetap tertarik dengan pompuan. Kalau satu hari nnt hati aku terpusing, wallahu'alam. Tapi.. setakat ni, mmg masih suka kat pompuan. Sbb pompuan wangiiii... sebab pompuan lemah lembut dan mampu emotional dan rational tanpa perlu rasa nak iritasi sgt. Dann.. aku tak rasa nak jadi lelaki pun w/pun aku suka pompuan. girl on girl kekdahnya.

Tapi, ada jugak org yang terpengaruh dan berubah menjadi gay. Contohnya, org2 yg kononnye straight tegar, tapi tetiba terjatuh hati sesama jantina. Dan bahagia bersama selamanya, semakin hari semakin serasi. Org2 mcm ni terpengaruh dgn ayat manis si pengorat. haha.. biasa la kan.. ramai je pompuan senget ni yg pandai mengayat.

Ada jugak yg terpengaruh dgn rakan sebaya. Tgk cambestt je jadi senget ni. Leh tido sebantal tanpa perlu pregnen. Ada org sayang, ada geng2 yg cool.. senget je la kan. haha.. pon boleh la kalau camni. haha... (tamau komen lelebih).

Ada jugak yg senget yg dipengaruhi dgn kejahatan jantina berlawanan. Ni kes yg mcm.. 'lelaki.. tak guuuuunnnaaaa...' baik i cari wanita, janji hati i happy!

meh aku simpulkan, ikut apa yg aku pikir, org leh senget sbb mmg senget, atau faktor tarikan dr jantina sama, atau juga faktor tolakan dr jantina berbeza.

So, korg senget sebab apa? jgn plak bgtau aku korg senget sbb mak bapak (or mak/mak, or bapak/bapak) korg yg suruh senget. haha...

Oh, satu lagi peringatan, toksah la gaduh dgn org straight yg memberikan pendapat mereka yang korg rasa tak sama dgn pendapat korg. Diorg tu takde pengalaman jd senget, maafkan je la. Kalau korg rajin nk cari gaduh, nnt seluruh persatuan senget akan mendapat nama busuk. Tak kose...


Kenapa saya suka opis saya

Mmg aku keja malam, dan ramai je yg soh aku cari keja lain supaya hidup macam org normal. Family, kengkawan, bukan kawan.. macam2.

Diri aku ni memang jugak teringin nak kerja waktu macam orang lain. Tuka gi opis lain.. tapi.. ada beberapa perks yg aku dpt kat sini, yg tak dapat kat tpt lain, seperti...


  1. Parking basement free
    Memang langsung takyah bayar parking. Dapat kad utk parking free. Kat basement lagi. Cuba kira berapa ringgit aku untung sebulan?
  2. Lokasi yg strategik
    Dari opis ke rumah aku, amik masa 20 minit je. Kalau bawak slow motion, paling bangang 40 minit. Takde tol ok... jimat lagi.
  3. Takde jem!
    Yang ini penting. Kalau mmg aku bajet nak sampai opis kol 11 mlm, aku kuar kol 10.30. InsyaAllah sampai on time. Kecuali kalau ada pak polisi tetiba buat road block. Memang ai stress. Dan bila tetiba gatal nk kuar gi KL ujung minggu, mmg aku kena bawak jajan dlm kete. stress kalu, makan kita!
  4. (almost) Flexi hour
    Katalah aku tetiba terbangun lambat, pastu mmg gile lambat pegi keje. Bgtau je boss msk lmbt, pastu ganti la balik dgn balik lewat. Kacang je! Janji keje siap.
  5. Ada gelpren kat opis
    Hahaha.. hari2 leh mkn dgn partner sendiri, tgk muka dia, lepak2 kat meja dia. Perks jugak nih!
  6. Ramai aweks
    Need I say more? haha. yg lagi bestnye, awek2 tu tak kertu. Kebanyakannya adik2. gituu... tetiba teringat awek berwajah Fazura. ish.. nasib baik aku ada gelpren kat opis. Maka terhenti kegatalan.
  7. its Cyberjaya!!
    pengalaman berpindah opis di kawasan lain dari cyberjaya membuatkan aku gile rindu sama kedai2 arab/mamak/melayu/mahal yg melambak2 bukak 24 jam kat sini. Setarbak pun 24 jam uols. Tu tak kira lagi dgn kedai2 gedik yg boleh dikunjungi sblm jam 11 mlm seperti chatime dan sebagainya.
    Tpt basuh kete pong tutup pukul 3 pagi. Dua bulan tuka opis, 2 bulan gak la kete aku tak basuh. haha.. dasar pemalas...
So, kesimpulannya... kalau ada rezeki dgn perks yg lebih best kat tpt lain, boleh la aku kira2 utk tuka keje. Kalau tak, relaks2 je kat sini dulu...

January 18, 2013

whoaacrapp.. my new OTP!

Beca&Chloe from Pitch Perfect.
Kalau boleh janganlah ada sequel film ni kalau ia hanya akan menghancurkan harapanku... puih


so am i too old to obsess over a fictional couple? Nyehhh...

2013 y'alls

My oh my... sudah 2013 rupanya. Sudah semakin tua jugak aku. haha

Sempena 2013 ni, aku takde azam utk lebih byk update blog. Sbb azam aku ialah untuk menghabiskan apa yg aku mulakan dalam tahun yg sama, dan juga untuk menepati janji dengan diri sendiri dahulu sblm orang lain.
So, aku tamau berjanji pape yg berkaitan dgn blog ni. Mungkin masih jugak jarang diupdate sebagaimana sekarang ini.

Anyway, tahun 2013 yg baru ni, dimulakan dgn aku dan boo melarikan diri ke dalam hutan2 yg berdekatan sahaja. Getaway. Amik peluang jauhkan diri dari kesibukan kelumpo dan konsert2 di sekelilingnya. Malam tahun baru tu, cita2 aku nak kiss her pada waktu midnite on the dot. Memang la dapat, walaupun salah seorang daripada kami tgh ttido waktu tu. haha.. Janji dapat.

Dan pada siang hari 1.1.2013, aku pegi picnic dgn kengkawan terdekat. Walaupun aku ni sangat2 bukan outdoor person, tapi enjoyable la jugak picnic tu sbb dapat makan (obviously), buat luahan rasa yang rasanya setiap kali ada event bersama ada je luahan rasa yg tak pernah nak habis, dan juga buat video klip. hahaha...Yea yea, saya sungguh bersyukur ada kengkawan yg masih boleh dipanggil kawan2 rapat, walaupun kami tak selalu berjumpa berkumpul beramai2.

I mean, bezanya family dgn friend... walaupun jauh, lama tak jumpa, tak selalu berborak mesra, tapi ikatan tu masih ada. So guys, note that u guys are like family to me. Ikatan tu tetap ada walaupun aku dan booboo tak berapa mampu spend masa beramai2 bersama2 berselalu2...

haih.. kan dah tersentimental, tak reti nak merapu apa dah.

Akhir kata, selamat mengundi kepada sesiapa yang boleh mengundi. Undilah dengan bijak. Pilihlah berdasarkan prestasi dan bukannya kontroversi.

Till next time! Toodles!