Siang tadi, aku pegi buat passport. (Bodo sgt kan start entry dgn ayat stetmen macamtu. Apa kau ingat ini karangan BM??).
Anyway.. haha.. selama ni aku pegi buat passport kat PKNS Shah Alam. Kiranya, sblm pegi buat, leh amik gambo dulu kat PKNS, pastu buat passport, pastu sementara tunggu, lepak2 la dulu cari tudung ke, jubah ke, baju kurung siap ke... Macam la aku pakai baju kurung kan? haha
Siang tadi sbb macam malas nak menempuh dugaan dan cabaran memandu ke s.Alam, maka aku pegi la kat pejabat passport Presint 15 Putrajaya.
Menurut cerita kawan2 yg pernah buat kat situ, ada yg kata parking tak cukup. Aku pun tatau la kenapa parking tak cukup, tapi aku sesuka hati speku yg kawasan putrajaya mmg takde dedicated parking spot. Lagi satu aku pikir, kat mana plak nak amik gambo. Kalau putrajaya tu, sah2 la semuanya opis gamen, ada ke kedai gambo (spekulasi lagi! haha). Tapi terimakasih kepada google, aku dapat tau ada tpt amik gambo kat putrajaya. So, on je la.. pegi putrajaya.
Keuntungan org keje malam ialah, abis keje je, dlm kol 8 dah kuar dr opis. Pejabat tu pun kebetulan bukan kol 7.30, so cantik ah tu, takde la awal sgt, tak la lmbt sgt kot. haha.
Sampai2 je kat sana, aku tgk parking boleh tahan byk gak kat tepi2 jln tu, yg berbayar pakai meter lima pose sejam. Pastu ada jugak basement parking yg utk visitor, aku pun turun je la parking kat bawah.. free. hehe.
Naik2 je tangga, kena sergah dgn sorg aunty ni. Dia beria2 suruh kitorg amik gambo kat kedai dia. katanya RM10 utk 4 keping, dgn fotostat IC free. sbb takbleh tahan dia bising2, kitorg pun pegi la kat kedai dia, walhal terang2 nmpk kat dalam building pejabat passport tu ada tpt bergambo gak. Ntah la.. aku kena kencing ke pepagi tu, ai redha je. Janji ada gambo.
So maksudnya, mmg byk je tpt nk begambo kat situ. senang. Pilih je mana mau.
Dah settle hal gambo tu, pegi la berato amik nombo. Lengang uols. Aku amik nombor je, terus kena panggil. Tapi takbest la kan cerita pasal lengang2 nih. Aku nk share pasal renewal passport...
Dulu aku amik 2 tahun je, dan passport aku mati bulan Jan 2014. Kiranya ada dlm 6 bulan tuuuu.. tapi sbb nk travel bulan 7, harus la kena buat passport baru, sbb kalau tak lepas kat airport, menangeh! So, aku pun tanya la, kalau aku buat ni, carry forward tak baki yg 6 bulan tu? baca kat intenet macam boleh.
Adik tu pun kata, boleh, kalau aku buat passport 5 tahun. Tu diah, sayangkan 6 bulan punya pasal.. terbang duit aku lagi RM200. So, peringatan kepada sesapa yg nk renew passport, baki boleh di carry forward hanya jika korg buat passport 5 tahun. 2 tahun.. bolayan... tapi kalau kat pejabat passport lain, lain ceritanya, wallahualam.
Sementara tunggu passport siap, gi mkn kat kedai mamak kat bawah tu, pastu kami berdua menderu ke Alamanda yg berjarak 5-10 minit pemanduan kereta. Dekat jerr, tapi aku pakai GPS gak, hahaha.. Dah jenuh bejalan gi Cold Storage (makanan sahaja, haruss), aku dtg balik kat pejabat pasport, tunjuk nombor, terus dapat. Takyah beratur dan tunggu2 lama sgt. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
So, org jakun mmg dpt je yg baru terus tak sabar nak belek. Belek2, passport aku akan mati pada bulan December 2018. Yeay.. i got the 6 months. Dannn.. passport ini akan mati selepassss visa US aku mati. Harus la pergi US tahun depan uols.. aaaaaminnn! (sambil cukur bulu kaki utk dijual...)
Maka itulah cerita aku buat passport semalam... Lepas ni, mmg buat kat putrajaya je la. Sbb tak ramai manusia yg suka dtg ke putrajaya yg berbelit2 jalannya. thank you people!
Ni dah cerita pasal passport ni, tetiba terasa nak share pengalaman/tips gi jenjalan kat blog. Tapi... mampukah aku komited utk bercerita? hahaha
No comments:
Post a Comment