October 10, 2013

Kapel senget sekelian, perluke tinggal bersama?

Ini post ai cilok idea drpd cik Hanie. Sbb rasa mcm aku akan floodkan dinding komen dia, maka adalah lebih baiknya aku penuhkan dinding blog sendirik.

Ckp pasal tinggal bersama ni. Ada yg suka, ada yg tak. Ada yg takleh buat (sbb jauh), ada yg taknak buat sbb nnt rasa dekat sgt.

Bagi aku, aku ni tergolong dlm geng2 uhaul slps date yg ke tiga. Mungkin ini akibat zodiac ai seorang scorpio, yg mmg terkenal dgn sifat nak melekattttt aje dgn partner. So, kalau ada yg pernah rasa2 cam berkapel dgn aku, tapi aku x pernah langsung ckp nak tinggal sama, makanya u are not the only one la tu. Sure aku ada sorok something. Paling berkemungkinan besar, aku tinggal dgn org lain, tapi berdating dgn u. Ahaha... Senang gile nk detect kalau aku pasang dua.

Anyway, masa dgn boo dulu, sebenarnya agak lambat jugak la kitorg tinggal bersama dlm definisi yg aku kata memang bersama. Sbb dia byk hal yg nk 'diuruskan', ada hutang yg tak langsai, etc. Tapi setelah onak ranjau dan duri yg diharungi... Dapat jugak ai tinggal bersama dgn dia.

Bagi aku, kenapa aku nk sangat tinggal bersama ialah sbb aku nk lihat muka dia sblm aku tdo, dan nk nmpk muka dia bila bangun je dr tdo (wpun pada hakikatnya kengkadang benda ni tak jadi, sbb sblm tdo mengadap laptop, bgn tdo plak mengadap bantal... Dasar susah tdo, sudah bgn tdo.. Ahaha)

Kalau nak kira pro and cons tinggal bersama ni ada byk. Terpulang korg nak ke taknak aje. Meh kita kupas satu persatu.

Pro
Jimat belanja. 
Leh tong2 sewa satu rumah. Kongsi sardin satu tin, beras satu kampit, baju satu almari, etc etc. Cuma, style ini tak jadi la kepada org yg tamau berkongsi kehidupan, yg mengharapkan si 'hubby' aje tanggung semua. Eh, tu kira pro gak la.. Sbb ada org lain yg tanggung.. Haha.. Apeda aku melalut. Lepastu, bill telepon sure jimat habiss. Ko pandang je muka dia, pastu cakap. Takyah koling2 wtsap2 bagai. Sbb tu aku leh hidup tanpa plan telepon pascabayar berinternet.. Muahaha.. Bottom line is,  jimat uolss!

Masa utk 'bersama' yg flexibel.
Dah tetua ni, angin dtg tanpa diduga kekdahnya. So, apabila ia tiba, takyah la nak tunggu beberapa hari baru mendapat. Semuanya di 'hujung jari' anda. Haha..literally! Mmg la kalau simpan lama2 rasa tu lagi kuat kan. Tapi kalau kuat, kalau simpan lama2 jadi kecut? How?

Sharing is caring.
Berkongsi ni seronok ye kengkawan. Kita tau dan boleh saksikan apa yg dia suka setiap hari. Dia pun leh tgk hobi kita. Kalau seswai, buat bersama2. Kalau tak seswai pun takpe. Tinggal bersama, tak bermaksud takde ruang untuk diri sendiri. Of kos la ada. Kalau takde, bila masa plak nk memerut,kan.

Ok,ada lagi pro, tapi malas menaip. Ni cerita cons plak.

Cons
Mengcover line bila family datang.
Fuhhh... Kes cover line dan wiping evidence ni mmg payahhh! Ada je yg kena disorok, disimpan, di peram di merata ceruk. Sampaikan, bila family dah balik, sendiri sudah tak ingat mana letak itu barang. Haha...

Kena buang malu2 kewanitaan
Kalau korg jenis yg setiap masa nak nampak jelita dengan mekap/pondesyen bagai (baca sbg tamau partner tau warna kulit sebenar), ataupun jenis yg tak boleh buang angin di hadapan manusia lain hatta partner sendiri, atau set2 penuh bertatatertib ketimuran (jln kepit2, ckp sopan2, gelak gedik...).
Org mcm ni kalau nak dok bersama dgn partner, ai ucapkan GOODLUCK!

Gaduh, gaduh, gaduh
Bila dah dok sama, hari2 nmpk muka. Lebih senang la nk ada rasa tak puas hati. Contohnya, kat opis dan stress sbb keja, pastu balik rumah partner sepahkan rumah plak, sukati je dia campak seluar yg dh pakai kat dpn tv kan? Haha (mcm biasa buatt je). Stressss! Ataupun, kita penat2 basuh pinggan, dia nongkrong je kejenye, main candy crush. Stresssss lagik.
Stress jugak bila sorg nk ajak dating, sorg lg malass. Baik masak kat umah, jimat duit katanya. My oh my... Mak stress tawtakkkk! Jgn x tau org skrg ni, ramai yg jangkamasa berkapel gedik2 lebih lama drpd berkapel secara serius. 

Kesimpulannya?
Tepuk dada, tanya partner, "best tak?" Haha
Kalau tepuk kuat, mmg sakit.
Tapi kalau tepuk memanja, mungkin sedap. 
Oleh itu, bg aku, hidup bersama, kene ada rasa memanja tu, maksudnya, toksah keras sgt, jgn pikir semuanya nak perfect sepanjang masa. Anggap la pergaduhan itu sebagai asam garam rumahtangga. Kengkadang terlebih masin, kengkadang terlebih masam, tapi sentiasa akhiri dgn yg manisss.. (Analogi makan la pulakkk...)

Dan kalau tak mampu, jgn bermula. Juga kalau sudah bermula, tp x mampu bertahan, kenapa nak mendera diri sendiri atau org lain tu? Lepaskanlah. Carilah kebahagiaan masing2. 


6 comments:

Anonymous said...

Ai pun scorpio.. tp boboi. Dier sagi dan keboboi-an juga. So.. kitorg suka space masing2..
Most of the time nak berkepit. Sometime.. personal space required. It's mutual. Thank God. So easy bersama partner yg memahami dan mempunyai gaya hidup yg similar.

ai stalk. ai read. ai digest. said...

Hai sekapal.
Nice entry. Kami berkawan for three years, then baru decide move in. dah tetua ni banyak menda nak consider.

Mula2, takut juga nak move in. Tapi harung je lah labu.

Semua Pro and Cons yang di nyatakan sangatlah betul. Haha.

All in all, seronok bila berdua. kasih sayang itu berganda. :)

Kepunyaan sesiapa .. said...

sekapal , meme sonok pun duduk sekali dan peratus bergado tiap2 hari pun meloncak..hahaha..to me , i lebih rela duk asing .. sbb bila gado msti ada yang dtg pujuk..lg manis dok asing la bg i..i pun xtahu la lpas hbes stdy nih hti msing2 cmner..

hanie x said...

Hahaa.. byk bnda jgak kna consider kalau nak duduk same ni...

Nadira Naima said...

setujunya bab scorpio asek nak melekat dengan partner tu. baru lepas dating turun kereta je dah rindu. lepas lunch masuk lif je dah rasa sedih. haha.

gaduh-gaduh tu dah lama-lama dah boleh pandai pujuk hati sendiri buang ego kot walaupun sebenarnya rasa nak menanggggg je hahaha

Tiramisu Paris said...

Tak pernah duduk bersama... teringin nak duduk sama tapi kekangan kerjaya masing2 terpaksa duduk jauh2.. happy tgk kawan2 yang leh duduk sekali...