December 21, 2013

yang dulu bukan yang sekarang

Hari tetiba nak menulis pasal org senget. Ada macam2 jenis orang senget sekarang ni, yang aku rasakan tak berapa nak sama dengan aku. haha.. mungkin perbezaan ni disebabkan sekarang ni makin ramai orang senget yg kita kenal yg lebih gembira menonjolkan diri dan menunjukkan ciri-ciri di dalam diri di mana2 laman sosial yang berlambak2 skang ni. haha.. tp sblm tu, saya nasihatkan, sesapa yg baca ni, read at your own risk. kalau nak terasa, aku tak bertanggungjawab, sbb apa yg aku tulis ni, mungkin ada kaitan dgn yg masih hidup, tapi mungkin bukan korg. u think i know u so well meh? haha.. here goes.

Senget Gumbira (Happy gay)
i mean.. itu la maksud sebenar gay kan? happy and gay. bak satu ayat dlm cite Imagine me and you.. "Am I gay? I'm ecstatic!" haha..
org senget jenis ni sentiasa gelak. ha ha ha.. macam takde masalah. bila ada sebarang event pun dia yg jadi tukang karut. buat org lain terhibur. mereka ini adalah set2 yg membuatkan kita org2 senget ni boleh dikatakan sebagai org yg senang didekati, best nak lelepak sesama. sbb takde masalah. kan kan?

Senget kerr?
Org camni, mmg sumpah tak tau dia ni senget. mereka adalah seperti org2 biasa yg kita jumpa di tepi jalan, di shopping kompleks, ataupun di sekolah mengajar kita ABC. macam tak caya je org camni senget kan. tapi sebenarnya, pengalaman senget.. nahhh.. dr umur 13 tahun dah kapel dgn pompuan uolss, hamek.. kau ado? Ai mmg suka kalau dpt jumpa dgn org senget kerr nih. Sbb, dia membuatkan aku rasa seperti orang biasa, yg tak perlu nak gah sangat dgn kesengetan diri ni. Macam, kita kawan, kita ada gelpren, kita makan, minum, sama je macam org lain. Apa masalah?


Senget jerr
Ini adalah org yg dalam kata lainnya ialah surely suspected. haha.. ala2 Abby Wambach yg men bola team US tu. Speku2 dia senget. Dia tak pernah cerita pun yg dia ni senget.  Tup2 kawen sesama wanita. syabbas bete. haha...ini semua konsep, kena mengaku meh? in a way, betul jugak kan. apa benefit kalau mengaku, dapat tiket free ke gold coast? ataupun, lifetime supply of Nescafe 3 in 1? heheh

So senget
Ini mengingatkan aku pada Dana Fairbanks. Bersungguh2 nak nampakkan diri tu senget, supaya ada org akan suka, dan label dia sebagai gay. Akan purposely pandang pompuan dgn berlebih2an. Mencuba dgn gigih supaya org nampak dia gay, tapi sendiri takde plak nak dress up macam senget. Ye la, dah kalau tak boyish, tapi suka kat pompuan, apa tableh ke? Cuma tu la.. tak ramai pompuan cantik yg perasan plak kang. so kena la menonjol2kan diri. nak tonjol camna tatau. haha

Senget Aktivis
Org2 camni adalah yang Aktivis yg misinya utk memperjuangkan hak. mementang kat US skang makin banyak state yg benarkan kawen, takkan kita nak ketinggalan kan. Kalau boleh kita perjuangkan hak kita sebagai gay di Malaysia. Jangan biarkan orang lain mempertikaikan hak kita sebagai manusia di tanah air sendiri. kalau org stret boleh kawen, kita pun boleh kawen. Diorg boleh beranak, kita pun boleh beranak jugak. Kalau diorg boleh bercerai, kita pun nak jugak hak bercerai berai dan poligami bagai. hahaha. I mean, aku amaze dgn org yg aktivis camni. dan aku salute la kalau diorg berani berjuang secara fizikal, dan bukan setakat taip2 kat facebook, kat blog, atau kat forum, sedangkan kat luar, bertatasusila kalah org paling stret dlm dunia. i mean.. kamonn.. sblm ajak org lain, sendiri bikin dulu la.

Senget Pendakwah
Org camni adalah senget yg masih berpegang kuat pada agama. bukan setakat pegang, malah sampai berdakwah bagai. Sampaikan kengkadang aku yg belajar agama idok berapa tinggi ni pun kompius.. eh.. boleh meh jadi senget? tak dosa ke? Cuma lagi best kalau yg berdakwah tu dr segi luarannya juga kelihatan sebagai pendakwah, baru best sket nak percaya, dan nak ikut.
walaupun aku idok le kata org senget tak sepatutnya solat, puasa, bayar zakat, pergi umrah/haji dan sebagainya. Sebagaimana senget aktivis kata nak ada hak utk itu ini, senget juga ada hak utk beragama. 

Senget Provokatif
Ini spesies paling best, yg juga boleh buat aku kagum. Mcmana dgn hanya salah atau silap satu perkataan, diorg boleh buat telenovela yg berbelit2 dan berputar2 sampai tak terjangkau dek akal orang. Pantang ada je yg salah cakap sikit, siap la lapan jela ayat dia balas balik. Tersentuh je perkara yang tak sama dgn pendapat diorg, laju je nak  reply. Mmg terer diorg ni menulis atau berkata2. Cuma kengkadang, ada ke org baca apa yg kau tulis tu sampai habis dik? Dan bila org baca, org makin respek kat kome ke? tepuk dada, tanya org tu sendiri. 

Senget Sarkastik
Ini org biasanya tak byk beza dgn yg provokatif. Cuma instead of lapan paragraph, dia tulis lapan patah perkataan aje. Cuma senget sarkastik ni jadi tak best bila eh, apa ke semua benda ko nak sarkastik ni munah? Apa tak pernah ada benda best berlaku dlm hidup kau ke sampai semua kau nak sound? gitu...mengata org, tapi rasanya aku macam tergolong gak kat dlm ni. haha.. cuma kengkadang aku sendiri tak tau ada ke org perasan aku ni sarkastik, atau aku je fefeeeling sarkastik walaupun sebenarnya aku provokatif. hahaha.. lantak.


All in all.. sama macamana kita pilih makanan, dan channel tv, sukahati kita la kan nak org senget macamana, dan kawan senget macamana yg kita pilih. Kalau memilih kawan sgt jd la mcm aku yg ada minimal je rakan2 senget. sosad. haha. nk buat camno, senget sarkastik la katakan. hahaha.. 

Cuma satu je la aku nak ckp kat sini, kat malaysia ni ramai lagi senget closeted. Dan diorg ni takde ramai kawan senget nak bertukar pendapat bagai. Kalau dunia senget online ni dipenuhi dengan senget provokatif, ingat org macam ni nak rasa selesa ke? 

Ingat2 la balik zaman korg sendiri ada masalah dalaman, yg ada rasa komfius2 nak menerima diri sendiri. Bila dah ramai kawan.. kemain lagi kan. Sesuka hati je nk taram org yg tak sependapat dgn korg. Ye la, org dah rasa diri diterima. kawan pun dah ramai, apa kisah setakat sakitkan hati dua tiga org. 

Sama2 kita renungkan, di mana diri kita. Tapi, apa pun yg kita perjuangkan, seeloknya hormat lah pendapat org lain. kalau yg senyap boleh bertahan dgn yg provokatif, apa kata yg rajin menaip membalas cerita org lain tu, pikir2kan jugak perasaan org lain yg juga sebenarnya sentap macam kau, cuma tak kuasa nk taip pepanjang je. ke.. mmg power tu pada keyboard?



At the end of the day, kita hidup dlm masyarakat, bukan utk bergaduh (atau aku je yg pikir camni.. huhu).

5 comments:

Tiramisu Paris said...

Terbaik!
Really love it

mia said...

agreed... simply said~

Anonymous said...

kapal.. ni EO.. email kan ke roha.ramli@gmail.com

thank you

ai stalk. ai read. ai digest. said...

*claps* ai senget multiple disorder. kadang jadi ustajah. kadang jadi rocker. lol

Anonymous said...

so true . senget kerr