Aku baru je lepas baca blog osmet aku kat chicago ni hah. (link takleh bagi sbb nnt korg kenal aku. haha).
Anyway, dlm tu dia ada la apdet pasal kitorg yg gegeh memasak makanan melayu sebagai santapan di kala meroyan terkenang kampung halaman. Projek iron chef la kunun. huhuhu... Semangat memasak yg membuatkan kitorg berjaya buat projek nasik tomato dgn ayam kurmak, nasik lemak sambal udang dgn ayam goreng, popia goreng dan jugak mi kari. Gegeh okeh!! Tapi setakat tu je la list nye. yg lain balik2 telo.. telo.. telo... naik muak dah telo nengok muka aku.
Sesapa yg kenal rapat dgn aku, mmg tau aku gile suka menonton Asian Food Channel masa kat mesia. Astro cenel 703. Kat sini, life is much better in a sense that aku dapat tgk Food Network!
Merasa la tetiap minggu meroyan tgk masakan iron chef america yg penuh bertekstur dgn plating yg sungguh indah. Telan2 ayo liur je menengok mknn yg diorg prepare. Pastu terus gegeh nak ngikut jejek langkah depa.. haha.. lawak lawak. Kalau iron chef ori dulu aku minat iron chef michiba, kat utk Iron Chef America, my feveret is Iron Chef Cat Cora. Kenapa? Sbb dia sorg je yg pompuan. Ai kan suka pompuan.. harus le. hehe.
Selain iron chef, aku gak gegeh bukak Food Network tetiap hari sabtu dan ahad seawal aku bukak mato. Maklumla.. bilek ai kat sini ada LCD tv. Walaupun hanya 15 inci, tapi.. jadi le. Drpd umah aku yg satu tv je kat ruang tamu... kecik plak tuh.. haih.. Anyway, bukak2 je tv awal pagi minggu, merasa la tgk bederet rancangan masakan yg dihoskan oleh para2 kaum wanita. haha.. ailaikkk. Tapi feveret aku ialah macik Paula Deen. Dia ni asek la masak, makan, masak, makan. Macam la aku gak. Cuma aku lom lagi jadik platinum blonde cam dia. Pastu ada the Nelly's, Ingrid Hoffman, Anne Burrell, dan bbrp org lagi yg aku tak teringat nama diorg, tapi kalau nampak muka kenal la.. (eh, cam kengkawan sekolah la plak.. hehe). Hmmm... tapi aku tgk je la..tatau la balik mesia nnt leh ke masak cam diorg. haha... motif? malas!
haih.. bila time nak balik ni laaa baru reti nak tgk tv kat sini. tu yg mcm rasa.. alahaiii... pasni sure la aku miss siri Girls Next Door yg memaparkan gelpren2 pacik Hef mencari gadis2 baru utk bb*ugil dan dib*ugilkan. Dah la kat sini depa censor kelam2 je. masih nampak la jugak rupa bentuk minah plemet tu berposing2 utk diambil gambo.. ailaik?? ofkos! (isk.. gatal!) Apa2pun, mak tetap suka kat Kendra Wilkinson sbb dia gile dan poyo. Sila lah gugel kalau nak tgk gambo2 b*ugil minah ni.
Apa2pun, sebyk mana pun rencangan tv best uncensored kat sini, aku tetap meruntun2 nak balik melesia. berjumpa dgn kekasih hati nan-saorang yg jauh di mata itu. Ai tetap nak balik main hujan batu dgn family dan kawan2ku kat malaysia. tambahan plak kat chicago ni dah start ujan air batu, harus la aku nak cabut sebelum aku kesejukan dan keras cam batu.
yeay yaay!! lagi dua minggu lebih nak balek! nak balek!