November 11, 2008

pardon me ranting

Huh? hehe... tetiba tadi aku dok baca2 blog org lain. Bila terbaca blog2 depa yg link ke blog aku. Nampak nama blog aku 'sekapal'. Tetiba aku terasa cam terpana seketika. Aku ke Sekapal? Hmmm... mmg banyak btol dilema, deja vu, dalam hidup ni. Kadang2... macam tak percaya. Betul ke ini aku? Betul ke apa yg aku rasa? Ini ke perjalanan hidup aku? Atau semuanya hanya mimpi yang bersulam realiti? Cheh.. munyit btol. Tah pape aku tulis nih.

Anyway, sbb asek emo (dan aku bersyukur aku takde kat melesia, dgn kes budak2 senget bongok nak mempromot diri senget, kalau tak sure aku lagi emo... haha... emo gak kan?) makanya aku takde la sgt teruja nak menulis. Walaupun byk benda yg aku nak tulis kat sini.

Happy ke aku skrg ni?
Happy sbb selang dua bulan dapat elaun makan yg bila di convert ke RM, mata bleh bling bling.
Happy sebab umah yg aku dok skrg ni ada org gaji datang dua minggu sekali (so aku takyah kemas rumah).
Happy sbb aku takyah beli minyak keta.
Dan sesungguhnya kalau tren kat Malaysia se-reliable tren dan bas kat sini, mmg konfem aku tak gi keja bawak keta. Baik aku naik pablik transpot. Jimat, leh eksesais, leh cuci mata.. huhu... bestnya
Happy gak sbb si jakun (i.e. aku la yg jakun) dapat merasa dua tiga butiran salji tertempek2 kat baju sejuk aku.

Happy sebab Obama menang? hahaha...
Mmg ketaq lutut kitorg tgk berita masa awal2 diorg publish McCain lead. Masa tu Obama baru dapat 3 undi. Aku siap cakap kat osmet aku. Tak pelik kalau McCain menang. Sbb terang2an lah media semua sokong Obama. Macam la kat Malaysia semua media sokong Barisan.. (ye ke?)

Apa2pun, keadaan kat Chicago mmg cambest. Giulliana Rancic pun cover E! News dari sini. Maybe dia datang sbb laki dia pun ada kat sini la tu. Menyiapkan Trump Tower yg masih lagi tak siap2.

Berbalik cerita Obama...

Org2 kat Grant Park Chicago makin lama makin ramai. Tapi tak lama lepas tu, Obama terus lead, makin la galak keadaan kat Grant Park. Semua dah ready utk tunggu Obama bagi speech kemenangan. Depa kata Oprah dah beli gaun spesel utk selebret malam tu. Aku tulis pun cambest je kan, sbb aku dapat the best seat. Iaitu atas katil aku. Tgk TV daa... Dah time tengah malam tu Hampir semua news dgn national channel tunjuk keadaan kat Grant Park. Aku terlibat sama dengar speech kemenangan dia. Mamat tu mmg calm. Relaks je dia deliver, tapi boleh feel apa yg dia nak buat. Mmg takde la besar sgt kot impak kemenangan dia. But betul ke? Mungkin dia boleh mengurangkan kuasa Polis Dunia. Ataupun mengarahkan kuasa sang polisi ke arah benda yg lebih berpekdah.

Tapi.. jgn lupa jugak apa yg dah jadik kat Bill Clinton. presiden demokrat yg bertahan sepenggal sahaja.. huhu...

Heh... basi dah cerita Obama ni. Skrg ni tgk berita pun aku dah malas. Kecuali tgk weather channel, sebab nak kena kira berapa lapis baju nak pakai esok. Kalau tak pun, aku langak tgk Food Network. Tapi tak reti2 gak nak masak macam diorg.

Perkembangan terbaru? Malam Sabtu yg lepas aku gi United Center. Tgk basketball... Chicago Bulls lawan Cleveland Cavalier. Aku mmg penyokong Bulls sejak zaman Michael Jordan. So, aku cheer utk Bulls je lah. yeay!

Tgk.. tgk... giler atas aku duduk. Itu pun tiket dah terasa mahal mamfus


Mmg nampak la depa struggle nak menang. Diorg sempat lead dlm 2nd dgn 3rd quarter... tapi yg last... haih... sesungguhnya LeBron James mmg haibatt... Dan macam sume org pass kat dia je. Last2 Bulls kalah. 97-106. Kalau Bulls menang, McD bagi Big Mac percuma. Tapi kalau dapat pun, aku nak ke makan? heheh. Nak kot. Tapi takleh. haha...

Dan it seems that kat sini NBA macam game paling tak glamer. Terutamanya kalau nak dibandingkan dgn Baseball & American football. Tapi kita mmg tak tau menahu la game dua bijik tu. Org melesia asek tgk bola sepak je... kan? ehe.. Saki-baki penjajahan yang masih menebal gitu.

Anyway, tinggal beberapa minggu je lagi aku kat sini. Tak lama lagi dah leh balik Malaysia. Yahuu!! Erk.. mmg best jumpa org2 yg aku sayang, balik semula nampak harta benda aku... dan balik utk terus pikul tanggungjawab... peratikan utang piutang yg masih tak settle... sengkek, sengkek.

Sesungguhnya, aku sedar aku mmg sengkek. Kat sini je la fefeeling nak berbelanja barang2 branded pun.. Huh... Betul la kata pepatah. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun perasan kayo kat sini, tapi hati ini meruntun2 nak kembali ke tanah air sendiri... walaupun kasut crocs kat malaysia mahal gile... ai pasrah. huhuhu

Oh yeah... cheer squad utk bulls... Luvabulls!!!
Sori la.. kamera ai sengkek. takleh zum baek. hahaha