November 18, 2008

Gol!!

Huhu... ini entah kali ke berapa aku bukak lembaran blogger ni. Asek nak update... tapi tak terapdet2.. cis..

Hmmm.. harini nak bercerita tentang goal in life. Erk.. cam serius la pulok. biasala, aku ni dah masuk angka 'tua'. Harus la pikir pasal malas nak keja dah lepas ni. haha..

Anyway... apa ultimate goal korg in life?
- Nak jadi kaya? Goyang kaki pun leh masuk duit? (macam kes menang judi la plak... haha)
- Nak jadi humanitarian? Buat semua benda untuk kegembiraan orang lain
- Nak teruskan keja macam sekarang, tapi masa tu dah jadi takuk yg tinggi?
- Nak jadi zen? Ketenangan sepanjang masa.
- Nak kawen, ada suami dan anak2. hehehe...
- Ataupun nak bikin cerita gol dan gincu?

Aku sendiri macam terpening2 bila memikirkan goal aku sendiri. Umur dah makin meningkat. Takkan la aku nak dok kat sini je. Asek kena tekan dgn org yg takbest. Buat benda yg aku takde la passionate sangat pun. Sbb passion aku nak jadik glamer. haha... tapi bukan notorious punya glamer macam Kim Kardashian. Dan takde la nak glamer macam Obama plak. Itu over dah tu. Setakat glamer macam Angelina Jolie jadi la.. kah kah.. berangan!

Tapi pokok pangkalnya... adakah semua org tau kenapa mereka semua dihidupkan di dunia ni?

So, goal tak berapa jauh dalam hidup. Aku taknak keja benda yg aku terpaksa buat. Aku nak keja benda yg mmg aku suka buat. Apa? Hmm... kalau la tido boleh mendatangkan rezeki.. kan best? huhu... So, apa bendanya tu, kena la pikir2 dan tenung2 dlm bilik termenung, sambil rajin2 belajar. huhu

Dan akhir sekali.. mmg rasanya, dan aku mmg nak sangat... at the end of the day, aku nak bawak perubahan untuk ramai orang. Hopefully untuk kebaikan, tapi kalau pun yg datang keburukan, biar la benda tu menjadi silver lining dalam hidup mereka. Kalau boleh sebelum aku mati biarlah aku mampu buat banyak benda yg tidak mementingkan diri sendiri lagi.

Tapi skrg ni, sifat jual ikan aku ni masih tebal lagik. Camna la nak nipiskan benda ni?
hmmm... perjalanan masih lagi jauh. Persoalannya sekarang, sempat kah capai gol sebelum gol? cheh...