November 27, 2008

facebuketi

Huh... kelihatannya jiwa aku yg tak berapa keruan dua tiga hari lepas macam dah sedikit okey. Rasa bengap je skrg ni. Asyik jiwa kacau. Gamaknye hantu2 halloween dulu tak ilang2 lg dr sini kot.

Anyway, ini hari aku mau cerits sket pasal facebook. Nape facebook ni fenomena sgt kalau nak dibandingkan dgn friendster? Sebab dia je yg site social networking yg cambest nak celen dgn friendster gamaknya. Dan yg best sekali, backgroundnye PUTIH!! Tak seperti friendster yg masyaAllah bergelen2 warna. Siap ada bebudak ni yg profile page dah takde rupa siuman dah. Bersepah2 di sana sini.

Haha.. walaupun aku ni suka bersepah, tapi on screen.. aku suka clean. Cit, macam pantun.

Nape aku tetiba cerita pasal facebuketi ni? Sbb skrg ni, aku tgh dalam misi mencari kekasih lama dlm facebook.. Mbwaahahaha... Sesungguhnya ia telah berjaya menemukan aku pompuan yg aku penah kuch2 hota hai dulu. Dapat la jugok aku melihat muka dia yg mmg tak berubah pun dr dulu, tapi cam dah matang (takkan nak kata berumur kot...). Hhehehe... lawak2. Dan mmg soheh sekiranya aku katakan, kalau ex korg dah kawen... daya ingatan dia terhadap apa yg korg pernah buat mmg akan berkurangan... ermm... erk... ke... aku je yg suka ingat benda tah pape yg berlaku pada aku? Entah.

Pastu aku dok menggodeh facebuk utk cari ex aku yg sorg lagi tu. Tapi jenuh ai pusing sini dan sana, masih tak berjumpa. Heish. Apa2lah. Yg penting, usaha tangga kejayaan! haiyakk! hheheheh..

OK... objektif. Nape aku sibuk2 nak cari semula depa2 tuh? Sebab nak cuba tackle diorg balik ke? hehe... Oh sesungguhnya hati ini sudah dimiliki, dan mmg aku sendri tau yg aku tak berkawan dgn ex aku. Tapi kalau ex tu dah generasi ke empat, takkan kau mau hard feeling lagi kekdahnya kapal?

So, aku akui, objektif sebenar ialah aku nak tgk camno rupa mereka skrg. Suda gumuk kah? Suda makin kurus kah? Betulkah aku nampak lebih muda belia bbdg diorg? Ataupun muka mereka sudah berubah akibat mangsa pisau tajam Dr.90210? hehehe.. takkan la sampai nak buat plestik sejeri plak kan?

Jadi, sesiapa yg pandai menggugel tu (u know who u are kan? cit!), meh tolong aku. Tolong aku gugelkan ex aku yg first. yg pertama membuatkan aku rasa... 'ye, jadi senget pun ada market daaa...' dia yg mengajar aku erti rindu. Yang pertama menyerahkan...er... Eceh.. hahahaha.. poyonye ayat.

OK la.. aku nak sambung keja2 menggugel semula. Daaa... selamat sosial networking!