November 3, 2008

Aku pandai soping kat sini...

Huh.... ujung mggu ni cambest la plak.

Sbb pertama... daylight saving ni buat aku rasa malam makin banyak. ehhee.. bestnyaaa.
kedua.. hari sabtu haritu pegi stock ayam dan daging kat umah. dan mlm tu terus aku dgn osmet aku gotong royong masak nasik ayam. we made a very good tag-team okeh! Ailaikk... ahaha..

Sebab ketiga, tadi aku pegi downtown. Soping baju dgn buku. Cuma yg bongoknya Borders kat sini tak terima travellers cheque. Nasib baik ai bawak cash cukup. Kalau tak.. kena lerah la... uhuhu..

Dan aku sebenarnya macam malu2 la jugak nak beli buku yg terang2an tulis 'L' kat situ. ntah kenapa aku malu.. aku pun tak tau. Ngok jugak kalau nak dikirakan... so, bila aku search kat internet ni.. ada list of books yg ada kat borders yg aku selalu pegi tu..

http://www.bordersstores.com/search/search.jsp?srchTerms=lesbian&mediaType=1&srchType=Keyword&doSearch.x=8&doSearch.y=12&doSearch=foad

sesapa leh bagi sajesyen buku apa aku patut beli? huhuhu...

Lepas beli buku, aku pun menjoin kengkawan stret aku pi bersoping. Depa yg soping sakan. Aku soping hangat2 air ikan aje. Itu pun sempat la jugak mensapu glove, fleece vest, belt, setokin dgn t-shirt lengan panjang utk buahati aku.

haih... dok US ni aku jadi gile soping. tetiba terasa barang cam murah la plak. sbb sume2 barang yg aku beli syarat harganye msti kurang drpd $30. Dan tips lagi satu.. JANGAN CONVERT ke RM. Nescaya satu benda pun takkan di beli. hehehe. Bukan setakat barang.. makanan pun harus tak mampu nak beli jugak.

Mana taknya... meh kira secara purata harga makanan aku tetiap hari:
Bfast: Kopi dgn roti2an - $2.00 (kalau aku amik kopi strabuck, tambah lagi limaposen)
Lunch: Salad/sandwich tuna/cis piza/random ikan dgn air coke pelbagai perisa: $5.00

sehari dlm $7. Cuba convert dgn rate pengurup wang yg aku beli USD masa kat mesia haritu $1=RM3.45

Maka, sehari aku makan reganya RM24.50!!!! Gile! Kat Malaysia kalau aku makan RM24 sehari. Mmg macam org kaya lah.

Tapi yg bestnya... kalau kira dolar to dolar.. kat sini barang mmg murah.

Contohnya... keja mcm aku kat kampeni aku kat mesia gaji RM2000. Dan rega kasut Crocs kat sini RM129.
Kalau keja kat US, keja yg sama.. gaji yg sama.. tapi dlm USD la kan..
So, gaji $2000 dan rega kasut crocs $29.99.

tak ke murah berkali2 ganda namanya tu?? Dan alang2 kat sini haritu aku jumpa Crocs outlet, harus la ai tapau barang sepasang kan? hahah...

behold... kasut aku!! Kaler putih oke... macam mak misi!




Bleh promo kasut kat sini? hehehe