November 30, 2008

Aku membaca kembali...

Heh heh heh... sebenonya, dah dekat setahun lebih aku terhilang mood nak jadi org yg membaca buku. Mungkin gak sebab koleksi buku aku semua dah tertiungg tah mane2, makanya aku macam fedup. Tu la, dulu sapa suruh takmau beli buku sendiri kan. Kan dah takde buku.

Tapi skrg ni, aku mula jadi rajin membaca balik. Walaupun dalam kadar satu hari satu bab..i (saje nak bagi rhyme...), tapi dah mula balik la tu. Bagus la kan. Kau pun da tua kapal. kehkeh.

Tapi yg bagusnya, aku macam dulu, baca bebenda senget la kan.. Dan kekdahnya, aku memulun balik semula baca column BLWE kat website afterellen. Apokobondo blwe tu. Kalau korg yg rajin masuk website tu, sure tau kan.

So, baca punya baca.. tetiba ai tertarik la plak dgn satu cerita nih... Aku tak tau la dah lama ke baru ke cerita ni. Tapi aku nak gak tulis walau dah ketinggalan zaman. huhu.. Dgn harapan lepas aku tulis ni, ada la sesapa yg baik hati nak tolong donlodkan atau belikan dvd utk aku kan. ahahah... (ada shrimp di sebalik rock gamaknya)

Anyway, sesapa yg nak tolong donlodkan... Tajuk cerita ni I can't think straight. Cerita ni pasal Tala, pompuan Palestin yg dah btunang, dan dah sesibuk nak kawen. Tetiba terjumpa plak dgn Leyla sorg pompuan India yg cam malu2 dan sesenyap skets. Camna depa kenal? Sbb Leyla ni bedating dgn kawan si Tala yg bernama Ali.... huhu.. buipren la kot. Tapi camna tah tetengah cerita tu depa pun terjatuh hati.. gedebak, gedebuk... aku pun taktau apa endingnya. Bley? Apa yg menarik? Ntah le, tapi aku cam tetiba nak tau acamna diorg portray kes senget yg melibatkan Muslim...

Cerita ni baru open kat cinema pun bulan seblas ni je. Aku belek2 kat utube pun cam sumenya trailer je.. haih... apa2pun, enjoy je la trailer nih...





haih... tetiba cambest la plak adegan ceom2 perut tu kan.. iskkk.... nak balekk

November 29, 2008

Its just a little crush... that crushes another.

huh... Hari ni cuti after thansgiving. AKu patutnya join bebudak ni sume pi soping. Tapi tetiba aku mmg gile2 tak sihat. Macam kena keracunan mknn pun ada. Dah sesiap pakai baju, tetiba rasa macam nak pinsan. So, terpaksa lah aku menyerah kalah dan berguling2 kat katil sensorg. Nak tido perut memulas. Lepas buang semuanya, baru la aku leh tido. Tapi tu cerita pagi tadi, skrg ni aku terlangak sensorg kat rumah, tengok marathon Hannah Montana. haih. Cambest la jugak kan.. huh? Sekapal the non girly girly say what??!! cheh!

Dan sebab keboringan, maka membaca lah aku dengan kadar yg membuatkan aku tetiba rasa nak share benda ni dgn korg. Oh yeay.. Ini article aku baca kat majalah Jane and Jane pasal terjatuh hati kat org lain... sedangkan anda sudah ada yg punye? hehehe... This used to be some topic very sensitive to explore. But.. heck... we all been there done that. kan? Ok la... maybe bukan all la kot. but anyway....

Article ni bagitau tanda2 yg korg sudah ter-CRUSH kat si org lain... Tanda2nya ialah:

  1. Bila korg nampak tipon korg menyala2 dan terkeluar la nama si dia yg korg suka, tetiba je korg rasa cam eksaited terlebih sampai kembang2 lubang idong. Dan dengan segera korg suruh partner korg pegi amikkan air ke, masakkan nasik goreng, ataupun basuhkan baju ke. Atau tetiba korg terus terasa nak terkenc dan pi masuk toilet bawak henpon...? Ataupun tetiba buat2 cam kengkonon main game dlm henpon. hehhehe...
  2. Korg leh sanggup perabih masa pikir macamana cara nak 'ter' jumpa dgn si dia secara 'kebetulan'. Tak kisah la samada dgn mengajak partner korg tgk wayang, dan kebetulan si dia nak ikut sama ke... (dengan kawan2nya). Ataupun korg tetiba terasa nak buat majlis makan2 kat rumah, dan mengajak kengkawan lain join bersama... walaupun hakikatnya... realiti tersorok di hujung lengan baju sendri... kan kan?
  3. Tetiba je korg jadi terlebih ingin tahu dengan bebenda yg dia obseskan. Kalau dulu korg mmg langsung tak suka nengok kartun, tapi bila tau dia obses dengan sailormoon, tetiba korg pun terajin la plak nak menggugel pasal selemun. Nak tau cantik sangat ke si Michiru sampai semua e-mail dia pun letak nama minah tu? heh.... Dan bila partner korg rasa cam pesal lak dia ni lain macam je... partner korg la plak yg kena sbb dia tak tau yg anime is the 'in-thing'. hehe
  4. Korg jadi mempercayai bahawasanya si dia adalah satu petanda yg menunjukkan korg punya current relationship mmg sedang bermasalah, dan dia adalah the soul mate yg korg idam2kan selama ini. So, secara tak langsung, korg pun tak kuasa nak perbetulkan apa yg tak betul dlm current relationship, dan terus terus terusan mendapatkan si dia yg korg suka itu...
Kekdahnya...

Tapi apa yg membuatkan crush tu lagi best? Sbb otak kita macam dah terlebih2 dgn oxytocin, yg juga dikenali sebagai cuddle hormone, yg membuatkan kita rasa partner sendri tu macam terlalu selamat dan memang akan sentiasa ada... which eventually, tidak membuatkan kita rasa partner sendiri masih 'hot' gitu. Pastu bila ada crush baru, mula la sang otak berparty dgn neurochemical yg meriah dan penuh rasa WOW!! Seperti dapat dadah baru gitu... pheww! Dan sesungguhnya hubungan yg dah lama, mmg macam the 'AHH!' factor tu dah kurang.

Ah...tapi hakikatnya, kalau memang kita tak berjodoh panjang dengan partner kita, mmg la. Ada org lain ke, takde ke.. mmg takde jodoh la tu. Kalau jodoh panjang, sapa pun muncul, cinta tetap padanya.

Tapi... lain pula keadaannya dgn si mata keranjang yg tak pernah puas dengan satu aje. heh heh...

November 27, 2008

facebuketi

Huh... kelihatannya jiwa aku yg tak berapa keruan dua tiga hari lepas macam dah sedikit okey. Rasa bengap je skrg ni. Asyik jiwa kacau. Gamaknye hantu2 halloween dulu tak ilang2 lg dr sini kot.

Anyway, ini hari aku mau cerits sket pasal facebook. Nape facebook ni fenomena sgt kalau nak dibandingkan dgn friendster? Sebab dia je yg site social networking yg cambest nak celen dgn friendster gamaknya. Dan yg best sekali, backgroundnye PUTIH!! Tak seperti friendster yg masyaAllah bergelen2 warna. Siap ada bebudak ni yg profile page dah takde rupa siuman dah. Bersepah2 di sana sini.

Haha.. walaupun aku ni suka bersepah, tapi on screen.. aku suka clean. Cit, macam pantun.

Nape aku tetiba cerita pasal facebuketi ni? Sbb skrg ni, aku tgh dalam misi mencari kekasih lama dlm facebook.. Mbwaahahaha... Sesungguhnya ia telah berjaya menemukan aku pompuan yg aku penah kuch2 hota hai dulu. Dapat la jugok aku melihat muka dia yg mmg tak berubah pun dr dulu, tapi cam dah matang (takkan nak kata berumur kot...). Hhehehe... lawak2. Dan mmg soheh sekiranya aku katakan, kalau ex korg dah kawen... daya ingatan dia terhadap apa yg korg pernah buat mmg akan berkurangan... ermm... erk... ke... aku je yg suka ingat benda tah pape yg berlaku pada aku? Entah.

Pastu aku dok menggodeh facebuk utk cari ex aku yg sorg lagi tu. Tapi jenuh ai pusing sini dan sana, masih tak berjumpa. Heish. Apa2lah. Yg penting, usaha tangga kejayaan! haiyakk! hheheheh..

OK... objektif. Nape aku sibuk2 nak cari semula depa2 tuh? Sebab nak cuba tackle diorg balik ke? hehe... Oh sesungguhnya hati ini sudah dimiliki, dan mmg aku sendri tau yg aku tak berkawan dgn ex aku. Tapi kalau ex tu dah generasi ke empat, takkan kau mau hard feeling lagi kekdahnya kapal?

So, aku akui, objektif sebenar ialah aku nak tgk camno rupa mereka skrg. Suda gumuk kah? Suda makin kurus kah? Betulkah aku nampak lebih muda belia bbdg diorg? Ataupun muka mereka sudah berubah akibat mangsa pisau tajam Dr.90210? hehehe.. takkan la sampai nak buat plestik sejeri plak kan?

Jadi, sesiapa yg pandai menggugel tu (u know who u are kan? cit!), meh tolong aku. Tolong aku gugelkan ex aku yg first. yg pertama membuatkan aku rasa... 'ye, jadi senget pun ada market daaa...' dia yg mengajar aku erti rindu. Yang pertama menyerahkan...er... Eceh.. hahahaha.. poyonye ayat.

OK la.. aku nak sambung keja2 menggugel semula. Daaa... selamat sosial networking!

November 25, 2008

Am i broken?

We worked more than half of our life, looking, longing, and ultimately owning things that'd make life easier, better, satisfying.
But if there's no one to share those with, what's there to it?

I just turned 31 few days ago. Huh. Age is just a number, what's there to keep it secret. Throughout my course of life, I've gained things, and even lost some, or maybe more.

But to tell whether it is more towards gaining as opposed to losing... I don't know. Honestly I don't. I long to have the feeling of satiety, fulfilling... like a wholesome goodness of something something. It seems to be crumbling. Altogether scattered.

Are you the person whom you used to be?
Are you still the you that you knew?
Or are you totally just f*cking things up one after another?

That's the non-cranial voice of mine, shoved all the way to the back of my skull.

Is it pure simple needs? Or perhaps its the brain that makes it complicated. Tho never underestimate the power of non-brainiac being of a being. Heart with its love, and blood with its lust.

Come to think of it, will I be able to finally fulfill my objective of being?

Yes, monsieur Maslow mentioned the hierarchy:
1- Psychology
2- Safety
3- Love/belonging
4- Esteem
5- Self-actualization

But is it possible to void the needs in between, to later leap and reach the highest point?
Or everything altogether succumb to the insufficiency and ultimately knocked even lower?

I... really don't have a clue...

How perfect if at times of confusions and madness as this, one could turn back time, and head to the most cherished moments.

Excuse me sir.
What?
I have a problem with that
Which is?
I can't even remember when...

Bosannya entry, tak abih2 pasal nak balik... huhu

Sejuk.
Itu je yg leh aku cakap. huhu... Tapi sejuk tu bukan harini. Wpun harini salji turun macam ujan batu, tp takde la seteruk dan sesejuk time aku berdiri tegak utk menyaksikan parade sambil diorg nyalakan lampu kat Magnificent Mile. Dah la org banyak gile. Masing2 rude plak tu. Mengumpat kitorg dlm bahasa omputeh. Ingat kitorg tak paham kot. hehe.. tapi padan muka kitorg la, sbb selama ni asyik mengumpat depa je. huhu...

Bdiri kat tepi jalan tu lebih drpd sejam dlm kebekuan, kaki aku macam dah nak kena frostbite (hehe... exaggerate la pulok). Last2, lom sempat kuar fireworks, kitorg dah cabut. Tak tahan wooo... Kalau korg rasa best sejuk2 camni. Think again. Suhu dah la lebih kurang 3 celcius. Pastu dgn baju sampai empat lima lapis. Kaki kesejukan macam air batu, sarung tangan aku dua lapis, pastu peralatan tutup telinga yg hampir beku lagi ni... huhuhu... macam kedai baju bergerak. Itu lom tiba time angin btiup lagi. Almaklum la Chicago the Windy city nih asekkk ada angin. Sejokkkkkk....

Tapi nak kata aku suka panas macam kat melesia, tak jugak la. hehe.. Malaysia panassss. Bepoloh la pulak. Kat sini mmg takde peluh, tapi ada ketaq je.

Anyway, bila tiba time nak balik ni... ada debaran lain la plak. Tetiba aku panik, takut muatan terlebih plak utk barang2 aku nih. Haih.. Haritu dah beli duffel beg sebijik. Ini tetiba rasa macam nak kena carik beg lagi sebijik la plak. Tu le, sapa suruh pi beli board game yg berat cam batu jemala patik? huhu... Lagi... baju bajan sendiri yg bertambah hampir 100% dr baju yg dibwk bekal. Pastu dgn barang2 yg utk family aku lagi. haih haih...

Apa2pun, balik tetap balik. Berat ke, hapa ke.. aku tetap nak makan lontong raya haji (ni kena soh mak buat..), charketiau, dan especially sambal ikan bilis terhaibat hasil air tangan dak boo... yes!!

November 20, 2008

TV mmg best, tapi balik jumpa partner lagi best!!

Aku baru je lepas baca blog osmet aku kat chicago ni hah. (link takleh bagi sbb nnt korg kenal aku. haha).

Anyway, dlm tu dia ada la apdet pasal kitorg yg gegeh memasak makanan melayu sebagai santapan di kala meroyan terkenang kampung halaman. Projek iron chef la kunun. huhuhu... Semangat memasak yg membuatkan kitorg berjaya buat projek nasik tomato dgn ayam kurmak, nasik lemak sambal udang dgn ayam goreng, popia goreng dan jugak mi kari. Gegeh okeh!! Tapi setakat tu je la list nye. yg lain balik2 telo.. telo.. telo... naik muak dah telo nengok muka aku.

Sesapa yg kenal rapat dgn aku, mmg tau aku gile suka menonton Asian Food Channel masa kat mesia. Astro cenel 703. Kat sini, life is much better in a sense that aku dapat tgk Food Network!
Merasa la tetiap minggu meroyan tgk masakan iron chef america yg penuh bertekstur dgn plating yg sungguh indah. Telan2 ayo liur je menengok mknn yg diorg prepare. Pastu terus gegeh nak ngikut jejek langkah depa.. haha.. lawak lawak. Kalau iron chef ori dulu aku minat iron chef michiba, kat utk Iron Chef America, my feveret is Iron Chef Cat Cora. Kenapa? Sbb dia sorg je yg pompuan. Ai kan suka pompuan.. harus le. hehe.

Selain iron chef, aku gak gegeh bukak Food Network tetiap hari sabtu dan ahad seawal aku bukak mato. Maklumla.. bilek ai kat sini ada LCD tv. Walaupun hanya 15 inci, tapi.. jadi le. Drpd umah aku yg satu tv je kat ruang tamu... kecik plak tuh.. haih.. Anyway, bukak2 je tv awal pagi minggu, merasa la tgk bederet rancangan masakan yg dihoskan oleh para2 kaum wanita. haha.. ailaikkk. Tapi feveret aku ialah macik Paula Deen. Dia ni asek la masak, makan, masak, makan. Macam la aku gak. Cuma aku lom lagi jadik platinum blonde cam dia. Pastu ada the Nelly's, Ingrid Hoffman, Anne Burrell, dan bbrp org lagi yg aku tak teringat nama diorg, tapi kalau nampak muka kenal la.. (eh, cam kengkawan sekolah la plak.. hehe). Hmmm... tapi aku tgk je la..tatau la balik mesia nnt leh ke masak cam diorg. haha... motif? malas!

haih.. bila time nak balik ni laaa baru reti nak tgk tv kat sini. tu yg mcm rasa.. alahaiii... pasni sure la aku miss siri Girls Next Door yg memaparkan gelpren2 pacik Hef mencari gadis2 baru utk bb*ugil dan dib*ugilkan. Dah la kat sini depa censor kelam2 je. masih nampak la jugak rupa bentuk minah plemet tu berposing2 utk diambil gambo.. ailaik?? ofkos! (isk.. gatal!) Apa2pun, mak tetap suka kat Kendra Wilkinson sbb dia gile dan poyo. Sila lah gugel kalau nak tgk gambo2 b*ugil minah ni.

Apa2pun, sebyk mana pun rencangan tv best uncensored kat sini, aku tetap meruntun2 nak balik melesia. berjumpa dgn kekasih hati nan-saorang yg jauh di mata itu. Ai tetap nak balik main hujan batu dgn family dan kawan2ku kat malaysia. tambahan plak kat chicago ni dah start ujan air batu, harus la aku nak cabut sebelum aku kesejukan dan keras cam batu.

yeay yaay!! lagi dua minggu lebih nak balek! nak balek!

November 18, 2008

Gol!!

Huhu... ini entah kali ke berapa aku bukak lembaran blogger ni. Asek nak update... tapi tak terapdet2.. cis..

Hmmm.. harini nak bercerita tentang goal in life. Erk.. cam serius la pulok. biasala, aku ni dah masuk angka 'tua'. Harus la pikir pasal malas nak keja dah lepas ni. haha..

Anyway... apa ultimate goal korg in life?
- Nak jadi kaya? Goyang kaki pun leh masuk duit? (macam kes menang judi la plak... haha)
- Nak jadi humanitarian? Buat semua benda untuk kegembiraan orang lain
- Nak teruskan keja macam sekarang, tapi masa tu dah jadi takuk yg tinggi?
- Nak jadi zen? Ketenangan sepanjang masa.
- Nak kawen, ada suami dan anak2. hehehe...
- Ataupun nak bikin cerita gol dan gincu?

Aku sendiri macam terpening2 bila memikirkan goal aku sendiri. Umur dah makin meningkat. Takkan la aku nak dok kat sini je. Asek kena tekan dgn org yg takbest. Buat benda yg aku takde la passionate sangat pun. Sbb passion aku nak jadik glamer. haha... tapi bukan notorious punya glamer macam Kim Kardashian. Dan takde la nak glamer macam Obama plak. Itu over dah tu. Setakat glamer macam Angelina Jolie jadi la.. kah kah.. berangan!

Tapi pokok pangkalnya... adakah semua org tau kenapa mereka semua dihidupkan di dunia ni?

So, goal tak berapa jauh dalam hidup. Aku taknak keja benda yg aku terpaksa buat. Aku nak keja benda yg mmg aku suka buat. Apa? Hmm... kalau la tido boleh mendatangkan rezeki.. kan best? huhu... So, apa bendanya tu, kena la pikir2 dan tenung2 dlm bilik termenung, sambil rajin2 belajar. huhu

Dan akhir sekali.. mmg rasanya, dan aku mmg nak sangat... at the end of the day, aku nak bawak perubahan untuk ramai orang. Hopefully untuk kebaikan, tapi kalau pun yg datang keburukan, biar la benda tu menjadi silver lining dalam hidup mereka. Kalau boleh sebelum aku mati biarlah aku mampu buat banyak benda yg tidak mementingkan diri sendiri lagi.

Tapi skrg ni, sifat jual ikan aku ni masih tebal lagik. Camna la nak nipiskan benda ni?
hmmm... perjalanan masih lagi jauh. Persoalannya sekarang, sempat kah capai gol sebelum gol? cheh...

November 11, 2008

pardon me ranting

Huh? hehe... tetiba tadi aku dok baca2 blog org lain. Bila terbaca blog2 depa yg link ke blog aku. Nampak nama blog aku 'sekapal'. Tetiba aku terasa cam terpana seketika. Aku ke Sekapal? Hmmm... mmg banyak btol dilema, deja vu, dalam hidup ni. Kadang2... macam tak percaya. Betul ke ini aku? Betul ke apa yg aku rasa? Ini ke perjalanan hidup aku? Atau semuanya hanya mimpi yang bersulam realiti? Cheh.. munyit btol. Tah pape aku tulis nih.

Anyway, sbb asek emo (dan aku bersyukur aku takde kat melesia, dgn kes budak2 senget bongok nak mempromot diri senget, kalau tak sure aku lagi emo... haha... emo gak kan?) makanya aku takde la sgt teruja nak menulis. Walaupun byk benda yg aku nak tulis kat sini.

Happy ke aku skrg ni?
Happy sbb selang dua bulan dapat elaun makan yg bila di convert ke RM, mata bleh bling bling.
Happy sebab umah yg aku dok skrg ni ada org gaji datang dua minggu sekali (so aku takyah kemas rumah).
Happy sbb aku takyah beli minyak keta.
Dan sesungguhnya kalau tren kat Malaysia se-reliable tren dan bas kat sini, mmg konfem aku tak gi keja bawak keta. Baik aku naik pablik transpot. Jimat, leh eksesais, leh cuci mata.. huhu... bestnya
Happy gak sbb si jakun (i.e. aku la yg jakun) dapat merasa dua tiga butiran salji tertempek2 kat baju sejuk aku.

Happy sebab Obama menang? hahaha...
Mmg ketaq lutut kitorg tgk berita masa awal2 diorg publish McCain lead. Masa tu Obama baru dapat 3 undi. Aku siap cakap kat osmet aku. Tak pelik kalau McCain menang. Sbb terang2an lah media semua sokong Obama. Macam la kat Malaysia semua media sokong Barisan.. (ye ke?)

Apa2pun, keadaan kat Chicago mmg cambest. Giulliana Rancic pun cover E! News dari sini. Maybe dia datang sbb laki dia pun ada kat sini la tu. Menyiapkan Trump Tower yg masih lagi tak siap2.

Berbalik cerita Obama...

Org2 kat Grant Park Chicago makin lama makin ramai. Tapi tak lama lepas tu, Obama terus lead, makin la galak keadaan kat Grant Park. Semua dah ready utk tunggu Obama bagi speech kemenangan. Depa kata Oprah dah beli gaun spesel utk selebret malam tu. Aku tulis pun cambest je kan, sbb aku dapat the best seat. Iaitu atas katil aku. Tgk TV daa... Dah time tengah malam tu Hampir semua news dgn national channel tunjuk keadaan kat Grant Park. Aku terlibat sama dengar speech kemenangan dia. Mamat tu mmg calm. Relaks je dia deliver, tapi boleh feel apa yg dia nak buat. Mmg takde la besar sgt kot impak kemenangan dia. But betul ke? Mungkin dia boleh mengurangkan kuasa Polis Dunia. Ataupun mengarahkan kuasa sang polisi ke arah benda yg lebih berpekdah.

Tapi.. jgn lupa jugak apa yg dah jadik kat Bill Clinton. presiden demokrat yg bertahan sepenggal sahaja.. huhu...

Heh... basi dah cerita Obama ni. Skrg ni tgk berita pun aku dah malas. Kecuali tgk weather channel, sebab nak kena kira berapa lapis baju nak pakai esok. Kalau tak pun, aku langak tgk Food Network. Tapi tak reti2 gak nak masak macam diorg.

Perkembangan terbaru? Malam Sabtu yg lepas aku gi United Center. Tgk basketball... Chicago Bulls lawan Cleveland Cavalier. Aku mmg penyokong Bulls sejak zaman Michael Jordan. So, aku cheer utk Bulls je lah. yeay!

Tgk.. tgk... giler atas aku duduk. Itu pun tiket dah terasa mahal mamfus


Mmg nampak la depa struggle nak menang. Diorg sempat lead dlm 2nd dgn 3rd quarter... tapi yg last... haih... sesungguhnya LeBron James mmg haibatt... Dan macam sume org pass kat dia je. Last2 Bulls kalah. 97-106. Kalau Bulls menang, McD bagi Big Mac percuma. Tapi kalau dapat pun, aku nak ke makan? heheh. Nak kot. Tapi takleh. haha...

Dan it seems that kat sini NBA macam game paling tak glamer. Terutamanya kalau nak dibandingkan dgn Baseball & American football. Tapi kita mmg tak tau menahu la game dua bijik tu. Org melesia asek tgk bola sepak je... kan? ehe.. Saki-baki penjajahan yang masih menebal gitu.

Anyway, tinggal beberapa minggu je lagi aku kat sini. Tak lama lagi dah leh balik Malaysia. Yahuu!! Erk.. mmg best jumpa org2 yg aku sayang, balik semula nampak harta benda aku... dan balik utk terus pikul tanggungjawab... peratikan utang piutang yg masih tak settle... sengkek, sengkek.

Sesungguhnya, aku sedar aku mmg sengkek. Kat sini je la fefeeling nak berbelanja barang2 branded pun.. Huh... Betul la kata pepatah. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun perasan kayo kat sini, tapi hati ini meruntun2 nak kembali ke tanah air sendiri... walaupun kasut crocs kat malaysia mahal gile... ai pasrah. huhuhu

Oh yeah... cheer squad utk bulls... Luvabulls!!!
Sori la.. kamera ai sengkek. takleh zum baek. hahaha

November 6, 2008

monolog bongog

Aku ni tulis blog asek emo je. Haritu dah publish, pastu aku turunkan balik. Tetiba aku terasa lawak dan sedih... haha.. kan dian kan? hehhe...

ini aku tetiba emo lagi. taktau la berapa lama entry ni bertahan kat sini.


er....

agaknya lah.. bila partner korg meninggalkan korg sampai bbulan2 disebabkan otstesen (macam aku tinggalkan patne aku skrg ni...), apa akan jadi ek?

Mmg agaknya kalau bjauhan dr partner mmg korg akan cari lain kah?
Agaknya kalau kita tgk partner org tu dah takde, maksudnya, org tu mmg sdg dlm proses mengorat org lain ek?
Masa ditinggalkan adalah masa mengorat dan sesungguhnya bukan merupakan masa menyibukkan diri utk adaptasi.

Ataupun...

Sbb korg sendiri mmg jenis pantang kena tinggal je melilau mata tu mencari lain, so, semua org kena jadi macam korg? camtu? menyalahkan kehilangan/kekurangan org lain atas kegatalan sendiri?

dah bongok la tu.

Apa? Aku yg bongok sebab tinggalkan partner aku? Ooo... kitorg sesama bongok. Kenapa? Sbb partner aku pun bongok, sanggup tunggu org yg tinggalkan dia?

Hmmm... mungkin skrg ni aku sedang bersenang lenang btukor bendalir badan dgn awek2 kat sini kot. Sbb tu la partner aku kena jugak mengorat ke sana sini utk main the body fluid exchanging game. Agaknya la...

So what kalau aku percaya pada monogami dan being committed to UNO lady.
Memang ada masa aku tak happy. Tapi korg pun happy sangat ke setiap masa?


monolog basi ini ditaja oleh 'labetolol' - agen penurun tekanan darah untuk manusia separa biol

November 3, 2008

Aku pandai soping kat sini...

Huh.... ujung mggu ni cambest la plak.

Sbb pertama... daylight saving ni buat aku rasa malam makin banyak. ehhee.. bestnyaaa.
kedua.. hari sabtu haritu pegi stock ayam dan daging kat umah. dan mlm tu terus aku dgn osmet aku gotong royong masak nasik ayam. we made a very good tag-team okeh! Ailaikk... ahaha..

Sebab ketiga, tadi aku pegi downtown. Soping baju dgn buku. Cuma yg bongoknya Borders kat sini tak terima travellers cheque. Nasib baik ai bawak cash cukup. Kalau tak.. kena lerah la... uhuhu..

Dan aku sebenarnya macam malu2 la jugak nak beli buku yg terang2an tulis 'L' kat situ. ntah kenapa aku malu.. aku pun tak tau. Ngok jugak kalau nak dikirakan... so, bila aku search kat internet ni.. ada list of books yg ada kat borders yg aku selalu pegi tu..

http://www.bordersstores.com/search/search.jsp?srchTerms=lesbian&mediaType=1&srchType=Keyword&doSearch.x=8&doSearch.y=12&doSearch=foad

sesapa leh bagi sajesyen buku apa aku patut beli? huhuhu...

Lepas beli buku, aku pun menjoin kengkawan stret aku pi bersoping. Depa yg soping sakan. Aku soping hangat2 air ikan aje. Itu pun sempat la jugak mensapu glove, fleece vest, belt, setokin dgn t-shirt lengan panjang utk buahati aku.

haih... dok US ni aku jadi gile soping. tetiba terasa barang cam murah la plak. sbb sume2 barang yg aku beli syarat harganye msti kurang drpd $30. Dan tips lagi satu.. JANGAN CONVERT ke RM. Nescaya satu benda pun takkan di beli. hehehe. Bukan setakat barang.. makanan pun harus tak mampu nak beli jugak.

Mana taknya... meh kira secara purata harga makanan aku tetiap hari:
Bfast: Kopi dgn roti2an - $2.00 (kalau aku amik kopi strabuck, tambah lagi limaposen)
Lunch: Salad/sandwich tuna/cis piza/random ikan dgn air coke pelbagai perisa: $5.00

sehari dlm $7. Cuba convert dgn rate pengurup wang yg aku beli USD masa kat mesia haritu $1=RM3.45

Maka, sehari aku makan reganya RM24.50!!!! Gile! Kat Malaysia kalau aku makan RM24 sehari. Mmg macam org kaya lah.

Tapi yg bestnya... kalau kira dolar to dolar.. kat sini barang mmg murah.

Contohnya... keja mcm aku kat kampeni aku kat mesia gaji RM2000. Dan rega kasut Crocs kat sini RM129.
Kalau keja kat US, keja yg sama.. gaji yg sama.. tapi dlm USD la kan..
So, gaji $2000 dan rega kasut crocs $29.99.

tak ke murah berkali2 ganda namanya tu?? Dan alang2 kat sini haritu aku jumpa Crocs outlet, harus la ai tapau barang sepasang kan? hahah...

behold... kasut aku!! Kaler putih oke... macam mak misi!




Bleh promo kasut kat sini? hehehe