huhu... Betul ke setiap yg lebih besar itu lebih best? hehehe... Tak semestinya lah kan.. Maybe kalau kita bercakap dalam konteks rumah, atau TV, ataupun ayam KFC ketika sedang kebuluran... memang yang lebih besar tu lebih best! Tapi kalau bercakap tentang laptop, ataupun gelpren (utk sesetengah org) yg kecik lagi best la kot. Agaknya la...
Kenapa aku cakap pasal bebenda bebeso ni? Kerana aku sekarang sangat sangat memerlukan meja yg lebih besoo! Baik meja kat opis ni, maupun meja keja aku kat umah. Tensen betul la. AKu dah tatau nak letak kat mana barang2 aku. Letak sini ada itu. Letak situ ada ini.
Kalau kat opis ni kertas la yg lebihnya. Segala kertas2 dari zaman batu awal ada kat meja ni. Rasaya mmg dah harus di dispose. Kalau kat umah plak, meja aku penuh dgn kunci, brooch, cepit kuku, file2 berisi resume bagai, benda2alah yg aku buat reference, mug yg makin hari makin bertambah kuantitinya, wayar2 yg tah pape, dan jugak kucing sekor. Bottom line is... workspace aku mmg jadi tak conducive. Lebih2 lagi kalau kucing sekor tu hobinya juga menaip macam mama bulatnya ini..
Huhu.. acamno nak buat ni? Hahaha.. buat apa la nak bising2... ada dua je cara utk menyelesaikan masalah ini. Yang pertama.. harus la buang bebenda yg tak diingini tu ye. Toksah la fefeeling nak jadi pusat pembuangan sampah. Kalau rasa2 ada benda2 yg macam tak sure nak simpan atau nak buang, apa nak buat? lambak je la dlm satu kotak. Kalau dah lepas sebulan masih tak guna jugak bebenda yg dah dilambak dlm kotak tu... sah2 la boleh dibuang dgn kotak2 itu sekali.. huahaha..
Itu solution pertama. Solution seterusnya ialah dengan membeli meja baru atau pun meja extension. Kasi sambung you punya meja. Ini boleh dilakukan samada dengan membeli sendiri, ataupun boleh jugak suruh gelpren tolong belikan. Tak susah sgt pun nak mintak gelpren tolong beli... sepah kan je lelebih, sampai mata dia pun sakit. Nnt tau2 je ada meja baru.. hahahah.. ailaikkk. Tapi ni aku dah tulis kat sini, sah2 boo dah tau trick aku. Isk.. takde can la dapat meja pree.
Er... kalau gelpren takleh nak bagi, boleh jugak la buat muka tak malu mintak sesapa yg sama2 baca blog ni buat sumbangan derma ikhlas kepada aku. Kalau korg taknak dikenali pun takpe. Bgtau je kat org2 IKEA tu alamat umah aku. Nak tau alamat umah aku, email la ai... auw!! (mateila tatau malu... haha)
Ala.. tapi sebesar mana pun meja, kalau dah mmg suka sepah2 barang... mmg akan bersepah jugak.
Jadi... kesimpulannya. Toksah la nak salahkan benda lain. Sendri punya attitude kena betulkan dulu.
Huhuhu.. tetiba dpt kesedaran la pulok. dah lah.. Aku nak kemas meja ni.. daaaaaa....
Fakta kesihatan kali ini:Salah satu penyebab bau pada angin puspus ialah komponen sulfur (hydrogen sulfite & carbonyl sulfite) yang hadir disebabkan oleh pemecahan protein.