January 31, 2008

cakap-cakap bermasalah besama cik sri sekapal versi 'dan lain-lain'

Sbb aku lately ni selalu sgt dok bercakap dengan mambang. Maka ini entry bersama cik sri sekapal mengenai masalah-masalah harian yang dicipta oleh aku sendiri. Sebarang persamaan dengan kehidupan korg adalah kebetulan belaka.. wahaha... (Apa? ingat masalah tu korg je ke yg ada? Ada berliun2 manusia di dunia ni.. wehuu!)

---

Cik sekapal...
Partner sy tetiba citer kat org len yg dia dah buhsan ngan sy, tapi dia tak citer ngan sy. Pastu dia puji pulak kwn sy di belakang sy, mula membanding-bandingkan diri sy ngan kwn sy. Dia mula lah nak cari pasal ngan sy, ckp sy tak lomantiklah, sy kuat tidola, sumer keja umah dia yg watlah, so on and so on...
-tulip- *berdasarkan soalan sebenar*


CikTulip…
Sblm aku jawab soklan si tulip ni, meh aku tanya kat tulip nih. Kalau dia cakap pasal bebenda ni kat blkg awk, macamana awak boleh tau? ha... jengjengjeng... huhuuu... musti la ada tukang sampaikan kan? Mula2 sekali, kita kena selidik dulu org yang bawak mulut tu. Apahal dia bawak mulut? Kenapa mesti dia nak sampaikan kat awak? Ntah2 dia syiok sama partner awak? Mana tau... haha.. Biasanya, kalau ada org ketiga. Tak kira lah org ketiga tu buat sex ataupun tidak dgn partner awak, mmg dia mampu menggegarkan rumahtangga... one way or another.

So, nesiyat aku ialah... tanya sendrik kat partner awk tu, betul ke dia komplen2 tudung kaler oren? kalau betul, apa hal la plak dia nak komplen2? Kenapa? Dia tu perfect sangat kah sampai boleh nak demand itu ini dr awak? Apa kata awk komplen plak pasal dia. Kasi dia sedar sket.

Tapi kalau rasa approach komplen balik semula ni agak mendebarkan, borak la hati ke hati. Suruh dia terus terang apa yg dia tak suka. Awk plak cuba la ubah. Dan kalau ada pd dia yg awk tak puashati, harap2 dia pun bleh la ubah jugak. Pokok pangkalnya, komunikasi takleh tersasar... Sbb kadangkala ada org komplen lelebih ni, sbb dia dah ada org lain. Itu semua ayat kaver kesalahan sendrik je tu...

***

Kapal kapal..
Aku ni dah berbulan2 clash dgn ex aku tu. Skang dia pun dah ada gf baru. Masalahnya skrg, aku masih takleh lupakan dia!! Org nak ngorat aku pun aku tak layan sbb aku masih nak kat dia lagik. Apa patut aku buat skrg?
-si peroyan-


Siti royanah….
Kau patut minum susu anlene. hahaha... gantikan kalsium2 yg dah terkeluar. Kerana kemeroyaan menyebabkan kalsium terbebas melalui air hidung (erk.. macam tipu je fakta nih. haha).

Ok ok... aku tau ini hal serius ni. Bukannya senang nak buang rasa sayang yg pernah lama korg bina tu. Dan aku sebagai org puluh ribu ni, boleh je bagi nesiyat tah pape. Tapi... pokok pangkalnya, kalau ko masih nak balik kat ex kau tu, nesiyat aku ni pun ko bagi ikan dalam kolam makan kan? hehe.. Sbb, aku tatau apa yg ko pernah rasa, dan kau dan ex kau tu lebih memahami antara satu sama lain. huhu.. (pjgnya ayat disklemer)

Skrg ni, masa utk kau buat keputusan. Kenapa kau takleh lupakan dia? Sbb kau pasti dia lah orgnya, dan kau akan balik semula dgn dia? Hmmmm... Ok, katalah masa umo 50tahun nnt korg balik semula dgn dia, kira betul la instinct tu. Tapi... buat masa ni, takkan nak terus2an macamtu. Living in celibacy kekdahnya ek? huhu...

Aku rasa ex kau pun takkan lupakan kau. Cuma skrg ni, dia dah ada org lain yg dia lebih suka nak ingat. So, apa salahnya kalau ko pun ada benda lain yg lebih best utk difikirkan. Contohnya pikir pasal diri sendrik, ataupun kalau nak lagi memeningkan, pikir pasal bila britney bleh dapat hak penjagaan anaknya semula, atau boleh jugak pikir macamana nak memantapkan sore utk audition AF yg seterusnya..

Byk benda lain yg boleh korg pikir selain dari diri dia.Cuma.. kalau rasa nak pikir jugak. takpe, at least ko tak guna otak aku suruh pikir. Sekian, dan janganlah meroyan.

***

Sekapal...
Ramai yg kata aku ni player. Sbb tu la aku ada ramai awek. Setakat umo aku yg baru nak masuk 30'an ni. Dah ramai pompuan yg jatuh ke tangan aku. Sure korg rasa aku best kan? huahaha..


(nota dr sekapal: Mana soklannya weh!!)

Oh.. soalannya.. kenapa pompuan senget ni, bila dah berkapel aje musti nak u-haul? Terus nak duduk sama. Lepak2 takleh ke? Pastu, kenapa susah sgt nak terima konsep poligami? bukankah sharing is caring?
-poli(gami) is posi(ble)-

cik my little poly,
Sapa kata semua pompuan senget dah berkapel ni musti nak u-haul. Ngko taknak u-haul kan? huhu...

Cakap pasal poligami ni, mmg la aku skrg ni ala2 idop monogami, tapi.. takyah cakap tipu la kan, sapa yg tak suka poligami. Pelbagai pilihan, dapt rasa macam2 rasa. durian, rambutan, basuh, tak basuh.

Dan bagi aku, takde masalah la kalau sang kekasih tu sanggup berkongsi kasih. Di sana menanti, di sini menantu. Tapi kalau jenis yg mmg takleh terima tu, mmg takleh la. BUkannya senang nak kongsi2 ni. Contohnya, ko pegi keja naik kereta sendiri ke.. ko carpool dgn kengkawan? Apsal takmo carpool? Sbb kalau share2 nnt byk limitasi kan? heheheh... nuff said la.

Nasihat aku, sukati la kalau ada pompuan yg takleh nak poligami, walaupun hubungan sesama pompuan ni tak diikat ketat pun.. tapi.. er.. sukati aaa!
Kalau kau nak poligami, cari org yg mmg tak kisah poligami. tapi.. jgn plak ngko nak pasang lelebih, tapi bila partner kau pasang lelebih, ngko jeles2 plak. Buatpe nak jeles2.. bukan ke sharing is caring? weihuuu!

***

Sekapal
ini satu soklan teka-teki. Macamanakah caranya nak apdet blog, kalau opis anda block access ke website www.blogger.com.
-keta keti-


keta keti yak..
hahaha..., kau tanya soklan yang sungguh dejavu untuk diri aku. Itu jawapannya senang saje.... Siap boleh pilih A/B/C lagik... anda bersedia untuk jawapan2nya? Kapal mempersilakan diri sendrik..

A. Cari la internet percuma, seperti di dalam kereta di hadapan kedai mamak ber wi-fi (yo la.. kalau singgah, dah sah2 tak percuma, sbb kena bayo duit teh tarik.. huhu). Dan kalau anda malu nak surf curi2, sila lah pi siberkafe atau tipon je la 100, cakap nak masuk internet kat umah.. abis cerits

B. Kalau bleh access email kat opis, pastu ada gelpren yg dah sah2 tau password email, nombor pin ATM, saiz kasut, bilangan tahilalat di kepala, jenis darah, dan sebagainya... suruh je la dia aplodkan. Sebarang kesilapan, nanti kat rumah bleh settle...

C. Takyah la apdet blog.. ngeng! kat opis tu.. buat la keja.. shooh shooh...



FAKTA KESIHATAN INI KALI:
"Kelemumur merupakan sel-sel mati kulit pada kepala yang berlambak-lambak, yang boleh juga disebabkan oleh sejenis fungus yang diberi nama Malassezia globosa"