Tetiba harini aku dok bedek2 komputer org lain... pastu terjumpa la ada org yg mengeshare runut bunyi filem cinta.. (haha.. mateila runut.. bunyik cam adik badik kentut la pulok)
Anyway tetiba harini aku nak cakap tentang cinta. Tapi macam biasa la.. cakap pasal cinta pun, aku tetap tak reti kot... nak gunakan perkataan2 ala2 romantika seperti berikut:
Namun + diri
Contoh ayat: Namun ku sedari kekurangan diri ini...
Maaf + mampu + bahagia
Contoh ayat: Maafkan aku kerana aku tidak mampu membahagiakan kamu.
Sesungguhnya + luka + luluh
Contoh ayat: Sesungguhnya hati ini telah terluka dan luluh kernamu.
Terimalah + dariku
Contoh ayat: Terimalah payung ini sebagai hadiah dariku bagi menghalang titisan hujan dari membasahi dirimu.
Arkkkk!! mateila cizinyerr.. hahahaha...
sudah lah.. topik pengskemaan kesusahteraan ayat ni pun aku boleh buat satu topik. Tapi takut kang kena bambu dgn pakar mekap bahasa yang berleluasa di luar sana plak kang.. wahaha..
Ok ok.. berbalik kepada topik yg ada kat kepala aku nih. Cinta, love, pyaar, wapucetau...
Oh yeah.. dalam runut bunyik filim cinta kan ada lagu 'Cinta' yg misha sama jac nyanyi kan... Entah mengapa tiba-tiba hati ini tertarik dengan bait ayat yang terakhir nan tersusun indah sehingga merenggut tangkai hatiku ini (wahahaha.. bestnya ayat aku!! ptuih ptuih...)
OK... perkataan2 itu adalah seperti berikut...
Cinta,
biar saja ada,
yang terjadi biar saja terjadi,
Bagaimanapun,
hidup hanya cerita,
cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan...
Wahahaha.. tett tettt tetttttt..
Adakah itu je maknanya cinta? Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan?
Secara penuh logika, memang semua cinta akan menyebabkan berlakunya perpisahan. Sebab semua orang akan mati. Unless kalau orang itu immortal. harus la aku takut kalau dapat gelpren immortal. Especially kalau dia tu, lebih tua dari aku. Mak takottt.. takut dia bela bebenda ntah apa2. Na'uzubillah...
Okeh, kita tinggalkan benda tu jadi waris jari hants..
Tapi.. kalau kes pasangan yg sehidup semati ni. memang kalau boleh, nak mati bersama, sebab sakitnya tinggal sensorang dan punya la setia sampai takmau cari gf baru (iyer ker??) Eh... aku rasa, mmg ada org macamni.. kalau tak takkan la ada lagu yg liriknya macamni..
Sejak kau pergi tinggalkan bumi,
tinggal ku di sini
Turunkan matahari,
usir bintang-bintang,
putarlah utara ke selatan.
Untuk apa lagi semuanya?
Ambillah jiwa retak ini.
Ku tak ingin lagi...
Putuskan ari-ari bumi.
Aku ingin pergi menuju abadi,
selamanya...
Tapi... org macamni, memang ada, cuma aku rasa... takde ramai kot. Sbb kalau ada dah sah2 akan jadik ceritera cinta seperti laila majnun, dan jugak romen jilat.. eh.. sori, silap.. romeo juliet..
Rasanya lebih ramai pasangan yang tersungkur di medan peperangan, ataupun belum sempat berperang dah menggelupur lalu tersungkur. Kalau kes yang sambil berperang, sambil menggelupur tu.. pempaham aje la yea..
So.. kes2 tersungkur sebelum ajal ni, aku rasa, ramai orang dah rasa. Especially dalam komuniti macam kita ni. langsung takde ikatan. Setakat bersandarkan lidah yang takde tulang tu.. hurm... senang kata, tak orang tak kita.
Macam aku yg menulis ni pun, sambil mengata diri sendiri jugak. Janji yo yo oo.. last2, aku biarkan je dia tunggu aku kat stesen bas. Aku plak... dok yeay yeay tour dengan awek baru. Dimanakah keadilan?? (keadilan muncul apabila tetiba anda menerima phone call menyatakan, sorry, i don't want you anymore, please don't try later...)
Bottom line is... selagi bumi berputar, selagi manusia boleh berfikir, selagi itu evolusi boleh berlaku... Dan ada jenis2 manusia yang berevolusi pada katar rata, iaitu dua tahun sekali. Tahun ni nak kuih donat. Dua tahun lagi nak batang burok pulak. Dua tahun lepas tu, suka apam balik la pulok..
isk isk.. kesian si donat sama batang burok, mereka pun menyanyi lagu yang sebegini bunyinya...
Alangkah sedih hatiku,
bila pulang dari rantau,
terlihat kau bersama teman baru.
Bertahun lama terpisah,
kiranya kau telah berubah,
janjimu hanya tinggal kenangan.
Hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
mengapa, oh mengapa?
Dari jauh ku lihat kau berlalu pergi.
berbahagialah di sampingnya...
Pastu bila dah clash... maka akan terbuka la peluang baru, pintu baru, aweks baru yg lebih segar. Dan sebab manusia ni ada rasa ingin dicintai dan mencintai, maka boleh la terbuka lembaran cinta baru... yang membolehkan sang kekasih baru bercinta menyanyikan lagu seperti ini..
Aku bermimpi riang terbang,
pagi sampai senja.
Cinta di hati sudah kembang,
untuk engkau saja.
Tidur atau jaga,
rindu sentiasa...
Huhuhu... indahnya bercinta..
Dan setiap percintaan membuka kehidupan baru... and gear satu untuk vicious cycle yang baru pun bermula. Berapa lama boleh bertahan? Kita kena tunggu dan lihat...
hah hah hah hah hah (gelak cam org jahat...)
DISKLEMER:
Sekapal mintak ampun kalau entry dia berbunyi agak kasar2 gittew. Makcik kapal kata... ini lah padahnya kalau tgh kemaruk berkorok, terkurang tido, dan terlebih kafein. So, jgn la minum kopi bbnyk. Harap maklum.