February 20, 2008

Kalau benda tu memang menyakitkan. Tak guna nak tambah jadi lebih sakit.

Adalah amat menensenkan sebenonya kalau tido lewat, boleh bangun pagi.. tapi bila tido awal, tak bleh la plak nak bangun pagi. Adusss.. Sabo je la kan? Nasib baik bangun2 je takyah go thru proses2 utk memilih baju nak pi keja. Kalau tak.... mmg sah2 la aku melambatkan diri ke opis dgn lebih teruknya...

Huhu... topik hari ini, pasal breakup lagi?
hahaha... you bet lah. Gf aku pun dok tanya, apsal entry aku lately ni pasal breakup. Jawapan aku adalah, sbb aku kena sogok. Sapa sogok apa aku pun tatau.

Dan harini, nak cerita pasal... kalau tak suka tu, jangan la nak tipu.
Semuanya idea ni dtg sbb aku tgk cerita Bella kat TV3 semalam. Sesapa yg tak tgk... macamni la snippet adegan yg membuatkan aku cam leh tetiba terpikir nih.

Alkisahnya... bila Rayyan nak melamar Bella. Si Bella ni sibuk la kata, mak ayah dia yg tak restu. Sbb taraf hidup la.. blablablalala. Pastu di Rayyan yg bendul ni pun pegi la jumpa mak ayah Bella, dok mintak restu... Bila mak ayah Bella dah okey, tuptup... terkantoi la plak si Bella dok berdatingmating dgn Zahar. ahahaha... jengjengjeng.
So.. sebenarnya, bukan masalah mak ayah Bella. Tapi si Bella tu sendiri yg taknak kat Rayyan. Mak ayah tu alasan pusing2 je. Bila Rayyan confront Bella, katanya.. dia taknak cakap hal sebenar sbb taknak Rayyan tinggalkan dia. Sbb dia taknak hilang kawan.

Tapi bila dah tau cerita sebenar, lagi la sakit hati kan?
Bagi aku... one word je... 'selfish'.

Kalau ko mmg takde rasa cinta tu, cakap je la. Dan kalau betul pun Bella tu lebih sukakan Zahar daripada Rayyan. Cakap je la terus terang... camni ke...
"Rayyan, aku tidak bolih terima chinta kao, karena, aku chinta sama Zahar..."
Camtu aaa kan...

Jadi... tak perlu la nak pusing sana, pusing sini. Salahkan mak bapak, salahkan perubahan masa, salahkan tempat kerja, salahkan beg sekolah dan liquid paper... Bukan ke itu semua hanya membazirkan tenaga untuk terus mencari idea supaya boleh keep on menipu?

Rasanya lah, kalau sudah berani mempunyai perasaan begitu, berani la terima consequence. Cakap je. Dah memang kalau cinta ditolak tu sakit rasanya, kalau cinta ditolak, dan diri ditipu, berdabel2 la plak sakit tu.

Contohnya la, imaginary gelpren aku yg muka giler rabak kendu ala2 tiada wanita lain di dunia ini yg sekendunya tetiba terjumpa la seorang lelaki yg dia suka dan nak jadikan suami.
Ayat yg sepatutnya:
"babai kapal... i dah jumpa lelaki yg best. I nak kawen. Hidup dgn u takde arah tujuan..."

Ayat tipu yg tak patut tapi kengkonon nak jaga hati la kan...
"Kapal.. I rasa, tujuan hidup kita dah tak sama. Lagipun, parents i dah bising suruh I kahwin. I tak tahan pressure. So.. ada baiknya, kita berpisah sahaja. Andainya ada jodoh kita, insyaAllah, kita tetap bersama juga akhirnya."

hahahah... dedua ayat pun melukakan hati kan? Habistu? Apsal mau tipu?

Dan harus la hati aku akan jadi panas, kalau aku dapat tahu yang dua hari lepas clash, dia terus hangkut lelaki itu berjumpa ibu bapanya, dan terus plan2 nak tunang bagai.

Bukan kah seperti makan cipan rasa itu. hahaha.. adeh.

Apa2pun, ayat DISKLEMER... tak semua org clash dgn cara kaver2an ini. Ramai je yg cakap terang2. Samada terang selepas tersuluh dengan tangan merah. Ataupun terang sbb mmg tak reti nak kaver2.
So, tahniah kepada mereka yg berterus terang. Yg tipu2 tu, takpe, cuba lagi di lain masa..

Oh ye.. nanti bebila ada masa, kita cerita pasal mencurang dengan ex sendiri pulak ek? hahahahaha... daaaaaa..