Lately ni... aku banyak dengar cerita pasal breakups. Aku sendiri baru je lepas mengalaminya dalam jangkamasa yang tak sampai setahun. Memang... segala kisah putus kasih, memang memeritkan. Lebih perit apabila kita menjadi insan yang tertinggal dan terkapai2 tanpa ada sesiapa yang terus boleh kita tuju. Memang ada yang boleh kata, semua pihak sakit kalau berpisah ni. Tapi hakikatnya, hanya salah seorang daripada yg terpisah itu yang terus ada insan yang mampu menjadi pecinta yang seterusnya.
Hmmm.. AKu bukan nak cerita pasal kesakitan. Aku dah rasa. Dan rasanya, kalau pun aku putus kasih lagi, aku dah boleh hadapi semuanya tanpa sebarang masalah. 11 years relationship aku musnah... apatah lagi kalau hubungan itu masih belum mencecah angka setahun. It will definitely hurt. Tapi... perhaps keremukan hati tu tak teruk sangat kot. ehehe
Sebelum satu perpisahan itu berlaku, memang sebenar-benarnya bau2 untuk perpisahan itu berlaku memang dah ada. dah ada tanda2. Terutamanya kalau salah seorang daripada pasangan itu, sebenar-benarnya ada pasang dua.
Masa tu, apa yang pernah dirasai, semuanya dah jadi tak sama. The kiss... dah kurang rasa. Kalau dulu sentuh sikit2 aje karen meletup2 dan meluap2. Tapi... sebenarnya, kalau ada masa benda dah jadik hambar, semua tu tak terasa.
Kalau dulu, setiap kali keluar berjalan berdua, ada aje masanya tangan tergesel, berlaku beberapa display of affection, walaupun tertahan. Seperti senyuman yang penuh bermakna, ketawa yang penuh keikhlasan dan juga rengekan yang memang mampu digambarkan sebagai satu kemanjaan. Tapi... kalau benda dah tak menjadi. Rengek dah jadi rajuk. Tawa hadir kerana terpaksa. Senyum pula datang apabila dipinta oleh akal. It may be funny... tapi kenyataannya, perkara ini tidak boleh disangkal.
Even the sex. Apabila ada yang meminta, ada aje alasannya untuk tidak memberi. Tak kisah la samada alasan tu sebab penat, letih, takde mood, panas. It's just... not happening.
Maybe one of us will wonder. Kenapa? Kenapa jadik macamtu? Adakah kerana kita terlalu memaksa? Ataupun... masa dah membuatkan semuanya sedikit hambar tak seperti biasa? Mungkin masing-masing dah terlalu terbiasa sesama sendiri sampaikan kadang2 perasaan cinta tu kureng, yang keluar perasaan kasih sayang yang mutual di antara dua orang sahabat.
Sampai bila boleh bertahan? Kerana apa boleh bertahan? Mengapa sanggup bertahan?
Ada yang sandarkan pada kenangan. Ada jugak yang merasakan umur dah terlalu tua untuk gamble dan keluar dari relationship yang dah hambar. Dah berumur, macamana? Ada ke lagi yang nak? Kalau takde sapa yang nak? Sanggup ke membujang sampai ke tua? Tapi hakikatnya, sanggup ke bertahan dalam satu hubungan yang hambar? hehehe...
Sampai bila waktu masa untuk perpisahan itu telah hampir tiba.... tanpa disedari, salah seorang daripada kita kata.... Sorry sayang, I dah ada yang lain. I masih sayangkan you sebagai kawan. Anggaplah pemergian I ni sebagai satu cara untuk mengelakkan hubungan kita dari terus dilanda masalah. Nampaknya, jodoh kita tak panjang... Maafkan I.
heh... Again, seorang lagi menjadi mangsa ditinggalkan kerana orang ke tiga.
Persoalannya di sini, kenapa bukan yang main kayu tiga itu yang memulakan langkah untuk memutuskan perhubungan yang dirasakan telah mula hambar? Kenapa kena tunggu betrayal of trust yang memainkan peranan?