Heish.. dah berkoyan2 agaknya syaitannirrajim masuk dlm badan aku ni melalui mulut yg tak abis2 menguap. Patut la makin lama aku makin jadi poyo. Byk makhluk itu rupanya. huahaha.. Huargh.. ngantuknyer!!!
Huhu.. seperti biasa, ini hari isnin, entry dejavu iaitu apa aku buat pada ujung minggu haritu... (sesapa taknak baca, takpe, sbb aku nak tulis jugak, buat ala2 diari seorang kapal gitu...)
Hari sabtu dgn jumaat, aku tak ke mana2 sbb boo masih lagi sibuk dgn kekejanya di opis yg tak habis2 sampai aku pun dah naik bosan. hehe.. Tapi, sbb skrg ni aku gegeh nak mendietkan diri dan poket dgn berpuasa, takde hal lah kalau tak ke mana2 tu.
Hari sabtu dah dekat kol 6 baru boo balik dgn wajah ceria sbb kejanya yg membuatkannya mengalir air mata telah berjaya disiapkan. Aku plak fefeeling best haritu, dgn gegeh lagi masak utk lauk buka. Tambahan plak, ada tetamu yg dtg sejak tengahari menambahkan lagi kemeriahan time buka poser. huhu.. bestnya mkn reramai kan? Aku tetiba kerinduan la plak suasana nak bermakan2 beramai2 sambil membuat sesi luahan rasa. isk.. Jom kengkawan. Kita bukak satu sesi mggu depan? Mau ka? huhu..
Sbb dah keletihan kerja dan nak menselebret kejayaannya siap keja, boo sudah berjanji dgn dirinya sendiri yang dia mau bangun lewat pada hari ahad. haha.. mmg dgn aku2 sekali terlajak sampai kol 10 baru tersado dr tido.
Lepas mandi dia tersengih2 ajak aku pi damansara, dgn specific request, nak pegi naik keta busuk aku. Pelik jugak la memulanya, sbb biasanya kalau kitorg jenjalan hujung mggu, mmg lebih seronok memandu keta dia yang penuh keriangan dan mampu di parking dimerata2 ceruk walaupun sempit... Tapi aku tak kisah la plak nak bawak keta busuk aku tuh. Bila dah sampai ke tempat dituju, dan aku dah kerut2 dahi aku sket... baru la ai yg lombab ni tersado..
Aku: Oooo... Patutla nak bwk keta saya. Awk nak beli benda2alah2 ini ke?
Dia: Hahaha.. Baru perasan ke?
Aku: Ha'ah.. cheit!
Dia: Slow la u nih...
Patut la dia nak bawak keta busuk aku. Rupanya dia ada nak buat projek mengemas dan beberapa barang2 yg bersaiz sederhana besar dia mau beli. Cit... kenapa la aku tak sedar sebenarnya dia ada niat baik yang tersembunyi. Dan dgn gembira dan rela hati aku pun sama2 gak mensoping beli barang2 utk equip ruangan aku buat keja sekolah.
Time balik ke rumah tu, sekali lagi aku terkena dgn dia, sbb aku gatal nak bertanya pasal tipon dan tenet kat kaunter streamyx depan umah. Niat aku nak tanya2 aje, tapi dgn tak semena2 dia telah berjaya menggosok2 blkg aku utk terus sign borang dan masukkan tipon+tenet ke dlm umah. Huhu.. kuatnya obat kuat kakzu..
Dan biasanya aku yg kedekut dan tak kaya ni, bila sampai umah, mmg akan megomplen2 la kalau dok buat purchase tah pape tah. Tapi smlm.. ntah kenapa, angin komplen aku sangat kurang. Maybe sbb purchase tu bukan yg tah pape kot. Ataupun, sbb aku pun bleh beli barang yg aku sendiri nak, bukannya semata2 brg yg dia aje nak. Ataupun aku tak amuk disebabkan ada bebenda abstrak yang payah di tulis kat sini. hahaha.. tatau.. tatau..
Bila mlm tu, dia sibuk2 mengemas bilik stor dgn anak bulu aku yg dok kuar masuk plestik sampah, ai plak fefeeling surirumah masak kat dapor. hehehe.. best jugak jadi tukang masak ni. Sampai tetiba aku terfefeeling nak buat rancangan masakan yg bertajuk 'Cooking for Dummies, with a Dumb2 Cook' dan dihantar ke AFC. Huhuhu...
Lepas mkn.. lepak sama2 dgn uL sambil layan cerits sengets yg bisa membuat aku pilih utk baca buku kat dlm toilet, pastu berdiskusi sket pasal the l word season 5 (huhu.. mcm dlm forum la pulok..), pastu baaaru la masuk tido.
Pagi ni, masa aku dah nak pegi keja, boo masih lagi tak berdaya nak bangun dr tido. Ntah letih pasal apa, aku pun tatau.. huhuuu.. Maka, aku tinggalkan aje dia dgn pesanan, "jgn lupa bagi anak2 makan". Nampaknya, gelpren aku ni masih dlm mood berdendam sbb dia baru mensettlekan kejanya, dan memilih utk tido dan pergi berpoya2 aje harini. huhuhu.. jelesnya aku!